Simptom Awal Kemurungan dan Cara Atasi Kemurungan sewaktu Pandemik

Saya terkejut dan bersedih 😢

Malaysia telah mencatatkan sebanyak 468 kes bunuh diri dari bulan Januari sehingga Mei 2021 dan negeri Selangor mencatatkan negeri dengan rekod tertinggi iaitu 117 kes! Sumber: malaymail

Allahu…Ramai sangat 😭😭

Kita tak dapat nafikan, sangat ramai yang terkesan dengan pandemik ini tak kira dari sudut kewangan ataupun mental. Mental health sangat penting untuk kita semua sekarang ni, guys 😊

Di sini saya kongsikan simptom-simptom awal kemurungan yang boleh kita perhatikan pada diri kita dan juga orang sekeliling kita. Antaranya;

1.    Perubahan tingkah laku dan sikap seseorang

·         Sentiasa kelihatan sedih dan murung

·         Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan

·         Mengalami gangguan tidur dan selera makan

·       Kesukaran untuk menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian yang biasa

·         Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan

·         Menyalahguna alkohol dan dadah

·         Bertindak agresif dan kasar (abusive) kepada diri sendiri dan orang sekeliling

2.    Menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan untuk hidup dan kehadirannya membebankan ahli keluarga

3.    Menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal atau penulisan

Bila kita sendiri mula rasa atau perasan orang sekeliling kita menunjukkan simptom-simptom ini, jangan berlengah masa lagi dan segera dapatkan nasihat doktor professional bagi mengelakkan keadaan pemikiran itu menjadi lebih buruk ye 😊

Simptom Awal Kemurungan dan Cara Atasi Kemurungan sewaktu Pandemik 

Salah satu cara untuk atasi kemurungan adalah komunikasi 😊 dan reach out!

Cara komunikasi berkesan dapat membantu diri kita dan orang sekeliling yang kemurungan. Tapi, tak semua orang tahu cara komunikasi yang betul kan? Kalau silap langkah, boleh mudarat. Ini cara komunikasi berkesan yang boleh kita ambil;

1.    Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat yang terkini bagi mengekalkan perhubungan dengan kawan kita tu

2.    Tidak mengambil mudah atau memperlekehkan masalah mereka

3.    Mengambil serius tentang masalah yang dialami

4.    Memberikan sokongan sosial kepada mereka seperti membantu mereka dalam urusan seharian jika diperlukan

5.    Meluangkan masa untuk mendengar luahan hati mereka

6.    Menggalakkan dan membantu mereka untuk mendapatkan penilaian dan rawatan professional

7.    Menunjukkan rasa empati dan elakkan sikap menghakimi mereka

Simptom Awal Kemurungan dan Cara Atasi Kemurungan sewaktu Pandemik 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadi guys, jom kita support each other positively ya ðŸ˜ŠStay safe!