Vitamin Ibu Mengandung Trimester Ketiga

 


Trimester Ketiga adalah kehamilan bulan ketujuh sehinggalah bulan kesepuluh.

Bulan 7

Berat otak bayi berkembang 400-500% saat ini sehinggalah lahir. Lemak pada bayi juga semakin bertambah dan kulit bayi menjadi kurang berkedut. Ketika bulan ketujuh, lemak sihat adalah penting untuk menyokong perkembangan otak dan kesihatan kulit. Disamping itu, pengambilan Vitamin C juga penting untuk menyokong kesihatan kulit.

Bulan 8

Ketika bulan kelapan, otak bayi semakin berkedut untuk sambungan saraf. Tambahan lagi, bayi juga memerlukan bekalan kalsium yang cukup untuk menguatkan dan mengeraskan tulang. Ketika ini, pengambilan asid lemak Omega 3 penting untuk membantu perkembangan otak bayi, juga kalsium dan protein diperlukan untuk perkembangan tulang.

Bulan 9

Bulan kesembilan dimana pengerasan tulang rangka bayi berterusan, dan bayi akan melalui banyak perkembangan otak. Protein adalah penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi, manakala Omega 3 dan Vitamin B penting untuk perkembangan otak bayi.

Bulan 10

Pada bulan ini, bayi masih terus berkembang. Otak bayi juga masih membina beribu-ribu sambungan saraf. Seperti bulan kesembilan, protein adalah penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi, manakala Omega 3 dan Vitamin B penting untuk perkembangan otak bayi.

Oleh itu, pengambilan protein, Vitamin C, kalsium, Omega 3 dan juga Vitamin B adalah sangat penting pada kehamilan trimester ketiga ini.

Protein adalah penting untuk menguatkan rahim ibu mengandung dan dapat menggalakkan pertumbuhan sel baru pada bayi. Energizing Soy Protein (ESP) merupakan protein soya yang dapat membekalkan tenaga kepada si ibu dan membaiki sel-sel rosak. Ia juga menyediakan hidangan lengkap protein untuk menyokong nutrisi tambahan harian ibu mengandung yang bermanfaat untuk kecantikan kulit si ibu dan bayi, mengurangkan alahan si ibu, mengurangkan masalah lesu dan letih, dan juga dapat membantu melegakan masalah gastrik.

Vitamin C adalah sangat penting untuk sistem imunisasi dan penjagaan kulit. Ini kerana disebabkan perubahan hormon ketika hamil, ibu mengandung lebih terdedah kepada kemungkinan kulit berjerawat, kulit kusam dan sebagainya. Selain itu, pengambilan Vitamin C dapat memaksimumkan penyerapan iron dan zat besi oleh si ibu.

Vitamin OsteMatrix mengandungi antaranya kalsium, magnesium dan Vitamin D. Kalsium sangat penting untuk ibu mengandung kerana ketika hamil, kalsium diserap oleh bayi. Kerana itulah si ibu merasakan sakit gigi dan kekejangan otot semasa hamil. Pengambilan OsteMatrix dapat mengurangkan risiko kekejangan otot, simpul biawak dan kejang kaki ibu mengandung, juga membantu si ibu tidur lena yang berkualiti. Selain itu, ia dapat membekalkan kalsium untuk si ibu dan bayi, menyokong kelahiran dengan tulang dan gigi yang kuat, serta mengelakkan si ibu dari masalah sembelit dan buasir.

Omega 3 atau Vitamin Omega Guard penting bagi menyokong perkembangan mata dan otak bayi, membantu mengawal kenaikan berat badan mendadak semasa hamil dan dapat mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.

Pengambilan B-complex dapat membantu control mood ibu mengandung dan boleh menukar gula yang di ambil oleh si ibu kepada tenaga. Di samping itu, B-complex juga dapat membantu kulit si ibu terutama yang diserang kulit berjerawat akibat daripada perubahan dan gangguan hormon semasa hamil. B-complex juga penting untuk membantu mengelakkan kecacatan pada bayi.

Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai Vitamin untuk kehamilan trimester pertama tekan sini dan trimester kedua di sini 😊

Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Klang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

 

Enjoy!

_cikEdahyu :)

Post a Comment

0 Comments