Assalaamualaikum…Hai!
Tidak boleh
dinafikan, banyak cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu mengandung dari
segi mental dan fizikal. Jadi, di sini saya senaraikan antara cabaran yang
dihadapi ketika hamil sebagai asas untuk anda melalui pengalaman yang pasti
memberi memori ini.
Perubahan
Emosi
Perubahan
emosi semasa hamil boleh disebabkan oleh peningkatan hormon, tekanan dan juga
keletihan. Ibu mengandung perlu tahu bahawa kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Jadi, anda
dinasihatkan tidak memandang remeh soal kesihatan mental, terutamanya semasa
hamil.
Apa
yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung?
1.
Mendapatkan tidur yang mencukupi
2.
Meluangkan masa dengan pasangan
3.
Cuba senaman yoga yang bersesuaian dengan kehamilan
4.
Mengambil makanan berkhasiat dengan GI yang rendah
5.
Mengambil vitamin pranatal seperti vitamin B, zat besi dan
asik lemak Omega 3 dapat membantu untuk emosi yang lebih baik.
Jisim
Tulang Berkurangan
Semasa
hamil, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang mencukupi untuk
perkembangan rangka tulang, terutamanya pada 3 bulan yang terakhir. Jika ibu
mengandung tidak mendapatkan kalsium yang mencukupi, bayi akan menyerap apa
yang diperlukannya dari tulang si ibu. Sebab itulah, ibu mengandung sering
mengalami kekejangan otot ataupun simpul biawak semasa hamil.
Apa
yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung?
1. Mengamalkan gaya hidup yang sihat
2. Melakukan senaman ringan yang sesuai
dengan kesihatan
3. Mendapatkan vitamin yang mengandungi sumber kalsium dan mineral pembina tulang. Baca mengenai OsteMatrix, bukan sekadar kalsium di sini.
Keguguran rambut
Ketika hamil, sesetengah wanita akan mengalami keguguran rambut akibat
perubahan hormon ataupun nutrisi yang tidak seimbang.
Apa
yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung?
1.
Menggunakan syampu dan
perapi rambut yang lembut
2.
Urut kulit kepala untuk merangsang peredaran darah
3. Amalkan pemakanan sihat dan ambil vitamin pranatal seperti protein, zat besi, biotin, vitamin B dan juga vitamin C. Nutrisi pranatal boleh memberikan perlindungan untuk folikel rambat dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Berat badan berlebihan
Berat badan yang berlebihan boleh memberi efek kepada
kandungan dan ibu mengandung juga berpotensi untuk mendapat kencing manis.
Apa
yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung?
1. Makan hidangan dalam kuantiti
dengan kerap, untuk mengelakkan craving.
2. Memilih makanan ringan
yang sihat seperti protein dan buah. Apa yang bestnya ESP Shaklee ni?
3. Anda hanya memerlukan kalori
tambahan sebanyak 300 kalori saja sehari. Boleh tengok contoh kiraan kalori
dalam rajah di atas.
Kekejangan kaki
Kekejangan kaki atau ‘cramp’ selalunya berlaku pada waktu
malam dan pada lewat kehamilan. Ia boleh disebabkan oleh berat badan berlebihan
yang ditampung, kekurangan nutrisi, terlalu aktif atau tidak cukup aktif.
Apa
yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung?
1. Alaskan kaki dengan
bantal
2. Buat regangan kaki dan
pergelangan kaki. Tips: Regangkan dan pusingkan kaki anda dalam bentuk bulatan
8 kali pada 1 arah, dan pusingkan lagi 8 kali pada arah yang bertentangan.
3. Minum air kosong secukupnya
untuk kekal hidrasi
4. Pastikan pengambilan
kalsium dan magnesium yang mencukupi
Mabuk
Hamil
Mabuk
hamil biasanya dialami terutamanya pada peringkat awal kehamilan dan biasanya
akan berlaku pada akhir trimester pertama. Ia disebabkan oleh perubahan hormon
yang boleh menjejaskan pemakanan anda.
Apa
yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung?
1. Makan dengan kuantiti yang sedikit
tetapi kerap.
2. Jika muntah, ambil air yang mencukupi
untuk mengelakkan dehidrasi.
3. Boleh mencuba the pudina halia
4. Ambil vitamin prenatal terutamanya
vitamin B6 dan magnesium untuk membantu mengurangkan mabuk hamil
Jangan lupa
share ilmu ni dengan suami tau! 😊
Berminat untuk
tahu lebih lanjut mengenai Vitamin untuk kehamilan :
Vitamin Ibu Mengandung Trimester Pertama
Hubungi
saya: _cikEdahyu
Whatsapp:
016-6203735 Klik sini
Page
FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock
(vitaminayu)
Your
certified Shaklee Product Consultant
COD
Klang
Pengeposan
ke seluruh Malaysia
Enjoy!
_cikEdahyu :)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.