Pengalaman di The Shore Hotel, Melaka

 


Assalaamualaikum…hai!

Saya nak cerita sikit pengalaman menginap di The Shore, Melaka. The Shore ini kind of residential apartment type, bahagian bawah ada shopping mall, and also sharing parking/ amenities dengan Swiss Garden Hotel Melaka. The Shore at different tower, Swiss Garden pulak at different tower tapi di dalam satu building complex. The Shore website di sini.

Untuk parking, The Shore guests boleh terus parking di Level 4, better parking area column A12 sebab lift ni senang straight to reception and apartment. 

Parking di Level 4, area A 12

Untuk check-in, kita ke Level G untuk ke reception. Urusan checked-in sangat senang dan cepat je dapat masuk bilik. Kami dapat bilik di Level 11. OK lah, tak tinggi atau rendah sangat 😊

The reception

Masuk je bilik, yessss puas hati 😊 Ada 2 super single bed yang cukup besar, dan ada juga sofa bed, selesa untuk tidur juga. Decoration nya minimal tapi rasa selesa.

Ada 2 katil super single

Ada sofa bed juga


Decoration di TV cabinet

 Pemandangan dari balkoni bilik Level 11 "City View"

Selepas berehat, kami ke Level 9. Di Level 9 ini ada outdoor pool for kids and adults, indoor pool for adult, gym, basketball court and tennis court. Boleh katakan Level 9 ini tempat beriadahlah, senang. Pool dia memang best! 😊 Cuma kurangnya, tuala tidak disediakan di pool. Kita kena bawa tuala hotel kita sendiri dan perlu request for extra bila tuala kita basah selepas mandi pool. Bagi saya, benda tu melecehkan sikit. Tapi, overall OK! Enjoy the pool 😊

View sunset di indoor pool

Kerusi rehat di indoor pool 

Sofa di indoor pool

 
Pool untuk kanak-kanak with playgrounds di hadapan gym

Kerusi rehat disediakan di hadapan pool kanak-kanak untuk ibu bapa, dengan pemandangan Kg. Morten dibelakang.

Pemandangan Kg. Morten dari Level 9. Waktu malam lagi cantik sebab berlampu warna-warni kampung ni

The Shore ni memang bersebelahan dengan Sungai Melaka yang popular dengan River Cruise tu. Sebab itu dari The Shore ni, kita boleh nampak Kg. Morten, salah satu tarikan popular di sepanjang Sungai Melaka. Disebabkan memang dah sangat dekat, saya spend petang saya berjalan-jalan di tepi Sungai Melaka sambil melihat mural-mural yang cantik 😊 

Selain itu, The Shore ni juga ada Sky Tower tau! Jadi, boleh view pemandangan bandar Melaka dari Level 43 bangunan The Shore ini. Personally, saya tidak masuk Sky Tower ni pun sebab kekangan masa. Tetapi, bagi saya harganya sangat berpatutan. Dewasa RM25 manakala kanak-kanak RM18. Anda boleh refer website ni untuk ticket information dengan lebih lanjut.


Pemandangan dari Level 41 

Overall, bagi saya, saya suka menginap di The Shore ni. Amenities dia cukup, location pun strategik. Dekat sangat dengan bandar Melaka. Nak menginap lagi di The Shore? Boleh! 😊

 

Enjoy!

_cikEdahyu :)



























Post a Comment

0 Comments