Assalaamualaikum…hai!
Diet
tetapi tetap tidak kurus? Diet tidak semestinya dengan mengikat perut
kelaparan, tetapi ia juga berkaitan dengan senaman dan cara pemakanan yang
betul.
Jom
tengok antara tips-tips yang boleh digunakan 😊
Makan
on time
Kadang-kadang
kita berfikir untuk skip waktu makan sebab diet. Seeloknya, baik untuk
kita makan on-time untuk mengelakkan rasa lapar yang lebih, dan boleh
menyebabkan kita akan makan dengan lebih banyak pada waktu makan yang
seterusnya. Atau lebih parah, perasaan craving akan datang dan kita beralih
kepada makanan yang manis yang mempunyai kalori yang lebih tinggi.
Makan
dengan kerap pada kuantiti makanan yang sedikit dapat membantu dalam diet yang
sihat kerana kita tidak membiarkan perut kita kelaparan dan kalori juga dapat
dibakar dengan lebih cepat selari dengan aktiviti harian kita.
Kelebihan
mengambil sarapan pagi
Sarapan
pagi mempunyai kebaikan kerana ia membantu menjaga kesihatan dan kecekalan
minda kita sepanjang hari.
Antara
kepentingan sarapan pagi:
1. Membantu meningkatkan metabolisme
badan.
2. Memberi tenaga untuk memulakan
hari yang sihat.
3. Boost up konsentrasi sewaktu kerja dan aktiviti
harian.
4. Mengabaikan sarapan pagi hanya akan membuatkan
badan kita kehilangan nutrien penting.
5. Meninggalkan sarapan pagi lebih mudah
untuk mendapat kolestrol dalam darah yang lebih tinggi.
Minum
air kosong secukupnya
Tubuh
kita akan menghantar isyarat apabila tidak cukup air (terhidrasi) dengan isyarat
lapar atau haus. Mengamalkan minum air kosong secukupnya dapat membantu untuk
diet kita, dengan memastikan kita tidak keliru dengan isyarat yang ditunjukkan
sebagai kelaparan. Padahal, tubuh kita perlukan lebih air sahaja waktu itu.
Menggunakan
pinggan dan mangkuk yang kecil
Secara
psikologi, kita akan memenuhkan pinggan kita semasa mengambil makanan, kan? 😊 Lebih-lebih lagi ketika kelaparan.
Sebagai alternatif, kita boleh menggunakan pinggan dan mangkuk yang lebih kecil
di mana kita masih boleh memenuhkannya dengan makanan, tetapi dengan portion
yang lebih kecil!
Senaman
dan aktif
Senaman
harian juga penting dalam diet yang sihat kerana berat badan berkaitan dengan
kiraan kalori yang kita ambil. Kalori yang diambil (melalui pemakanan) perlu
digunakan atau diproses kepada tenaga (melalui senaman dan aktiviti harian yang
aktif). Ini untuk mengelakkan kalori yang diambil disimpan dan tidak digunakan,
dan lama-kelamaan bertukar menjadi lemak yang tidak perlu.
Anda boleh baca
contoh Senaman ringan di pejabat di sini.
Selamat mencuba! 😊
Hubungi
saya: _cikEdahyu
Whatsapp:
016-6203735 Klik sini
Page
FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock
(vitaminayu)
Your
certified Shaklee Product Consultant
COD
Klang
Pengeposan
ke seluruh Malaysia
Enjoy!
_cikEdahyu :)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.