Assalaamualaikum…Hai!

Ramai tak antara kita yang mempunyai kulit wajah berminyak? Bersinar-sinar je muka kan? Lagi-lagi kalau pakai mekap dan bergambar kan, rasa nak delete je gambar tu..haha

Memang wajah kita memerlukan minyak untuk kulit yang sihat. Tetapi yang menjadi masalah apabila kelenjar minyak menghasilkan minyak berlebihan, yang menjadi punca liang pori tersumbat dan jerawat pula timbul. Nak tahu tak punca kulit wajah berminyak? Jom kita…

Faktor 1 : Faktor Pemakanan

 

Pengambilan makanan yang bergoreng dan berminyak boleh menyumbang kepada pengeluaran minyak yang berlebihan oleh kelenjar minyak.

Jadi, bagi mereka yang mengalami kulit bermasalah atau berjerawat, makanan yang berminyak seharusnya dielakkan supaya dapat mengawal pengeluaran minyak berlebihan.

Baca: 9 Makanan Punca Jerawat Timbul di Wajah 

Faktor 2 : Faktor Genetik

 

Faktor genetik daripada ibu bapa juga mempengaruhi jenis kulit wajah kita. Jika ibu bapa kita mempunyai kulit berminyak, berkemungkinan besar kita juga akan memiliki kulit berminyak.

Walaupun ia tidak dapat dielakkan, ia dapat dibantu dengan memakai skincare yang bersesuaian dengan kulit wajah.

Baca: Cara Memilih Pencuci Muka yang Terbaik untuk Kulit Berminyak 

Faktor 3 : Penggunaan barang kosmetik

 

Bahan kandungan kosmetik yang tidak sesuai boleh membuatkan muka kita semakin berminyak. Jadi, pilih yang sesuai, ya!

Baca : Kulit Berminyak setelah Pakai Skincare

Faktor 4 : Faktor Hormon

 

Ketidakseimbangan hormon juga menyebabkan kulit berminyak. Bagi wanita, wajah kita akan timbul jerawat semasa datang bulan. Ini disebabkan ketidakseimbangan hormon semasa datang bulan.

Selain itu, kalau anda perasan jerawat akan timbul ketika kita stress. Stress adalah ketidakseimbangan hormon.

Faktor 5 : Tidak Cukup Tidur

 

Proses pembaharuan sel kulit wajah bertindak sewaktu kita tidur. Oleh itu, kita perlu mendapatkan waktu tidur dan rehat yang berkualiti untuk memastikan proses tersebut dapat berjalan dengan lancar seiring dengan badan yang mendapat rehat yang mencukupi.

Okay, setelah kita memastikan punca kulit wajah kita berminyak, Langkah seterusnya, adalah memahami cara untuk mengurangkan dan merawatnya.

Baca: 10 Tips Mengurangkan Kulit Berminyak Secara Tradisional


 

YOUTH Skincare sesuai untuk semua jenis kulit, termasuklah kulit berminyak dan kulit sensitif. YOUTH Skincare berfungsi untuk:

·         Melembapkan kulit wajah

·         Mengurangkan masalah kemerahan pada kulit

·         Membantu masalah jerawat

·         Mencerahkan kulit

·         Memperbaharui sel kulit

·         Meningkatkan penghasilan kolagen

Berminat dengan YOUTH Skincare? YOUTH Set ini boleh dibeli dengan dua cara:

1.    Anda boleh layari Shaklee website https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1441796  untuk terus beli di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun 

2.    Whatsapp saya di https://www.wasap.my/60166203735/YOUTH dan saya akan bantu belikan untuk anda. Hassle free :P

Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Klang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Enjoy!

_cikEdahyu :)