Pengalaman
di District 21, Indoor Theme Park di Putrajaya// “Enter at Own Risk”..Gitu warning sign
dia sebelum masuk District 21 ni 😊 Akhir bulan November lalu, kami buat last
minute plan untuk spend time di District 21. Masing-masing laju apply cuti nak
pergi bermain 😋 hehehe..
Memandangkan
kami datang hari weekdays, park buka pukul 12 tengahari. Kami isi borang health
declaration dan beratur untuk beli tiket. Masa tu ada promosi beli 2 tiket
dapat percuma 1 tiket, weekdays total harga RM128. Jimat banyak 😎 Yay!
Park dibuka sampai 8 malam, jadi kalau nak bermain puas-puas sampai malam pun..silakan 😊 Jangan risau, kita boleh keluar masuk dari park ni. Cuma perlu scan tag gelang tangan sahaja. Selain itu, kita juga akan dapat stoking dan sarung tangan grip. Boleh lah tukar stokin siap-siap sebelum bermain.
Banyak loker
yang disediakan. Multiple use locker, jadi boleh buka tutup banyak kali untuk
letak barang. Air minum pun boleh dibawa masuk.
Lepas simpan semuabarang, dah boleh lah mula explore District 21 ni. Good Luck!
Banyak juga aktiviti di District 21 ni, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Setiap aktiviti pula ada requirement ketinggian dan berat yang dibenarkan.
Kalau tak meet
the requirement, memang mereka tak bagi buat aktiviti tu. Ada kami terjumpa
geng ni, kawan dia tak cukup tinggi requirement untuk adult games, jadi agak rugilah
tengok kat luar je dan ambilkan gambar kawan-kawan 😂
Tak banyak
gambar yang diambil pun sebab semua sibuk bermain 😊 dan
tak sesuai untuk bergambar pun. Yelah kan, tengah buat aktiviti “extreme”.
Macam Sky Trail, memang aktiviti di udara. Mencabar jugak bagi kami ni..haha..
Antara gambar yang sempat diambil.
Free Fall ni best. Nampak macam tinggi, tapi seronok melompat begitu je (of course ada rope and harness lah)
Dari maze tu,
kita turun bawah ikut gelongsor tube warna kuning tu. Bas sekolah tu pun bukan
saja-saja tau, gelongsor juga tu 😁
Aktiviti lain
yang best macam tubby ride. Alah, kita duduk dalam tube kemudian akan ditolak
turun. Adrenaline sebab laju turun tubby ride tu tapi jenuh lah nak memanjat
tangga semula sambil tarik tube 😂 Roller glider
pula tutup masa tu, under maintenance katanya.
Overall,
recommended pada mereka yang suka aktiviti extreme. Bagi kami ni, lebih kepada
spend time together dan bergelak ketawa..hahaha
Enjoy!
_cikEdahyu
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.