1. Apa itu soya non-GMO?
Soya non-GMO adalah soya yang tidak diubah genetiknya. Bermakna, kacang soya ini organik dan tidak mempunyai hormon tambahan. Jadi, dapat diserap oleh badan dengan sempurna.
2. Bagaimana Isoflavonan dalam kacang soya dipercayai menyerupai hormon wanita?
Kerana bentuk molekul Isoflavonan tersebut. Akan tetapi, tindak balas atau kerja yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan jika hendak dibandingkan dengan phytoestrogen.
3. Bagaimana soya ESP berfungsi untuk membantu wanitu yang mengandung?
Soya ESP dapat membantu wanita mengandung kerana kandungan protein dalam ESP yang berkualiti tinggi. Ia membantu dalam perkembangan bayi di dalam kandungan.
Boleh baca: Set hamil Shaklee
4. Bagaimana soya ESP berfungsi untuk mambantu wanita yang ingin hamil?
Ini kerana kandungan protein dalam ESP yang berkualiti tinggi. Protein sangat diperlukan dalam memperbaharui sel-sel baru yang sihat, seperti hormon untuk kesuburan dan juga sel-sel sistem pembiakan.
5. Soya tidak elok untuk lelaki. Betul ke?
Tiada kajian sahih yang membuktikan soya tidak boleh diambil oleh kaum lelaki.
6. Bagaimana hendak mengenal pasti customer yang mempunyai alergik terhadap kekacang?Sesetengah orang tidak pernah tahu mereka alergik kepada kacang soya dan hanya mengetahuinya selepas pembelian.
Sebaiknya, customer tersebut diminta untuk membuat pemeriksaan di klinik atau hospital untuk mengesan alergik kepada sesuatu makanan.
7. Dari segi perbidanan melayu, soya dikatakan boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang sebab ia dikategorikan dalam kategori kekacang. Betul ke?
Tiada kajian sahih yang membuktikan soya boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang.
8. Berapa sudu ESP yang sepatutnya di ambil dalam sehari? Jika mengambil kuantiti ESP yang berlebihan, adakah ia memudaratkan?
Sukatan yang disarankan adalah 3 sudu besar setiap hari. Protein yang ada di dalam ESP ialah 14 gram. Individu biasanya memerlukan 50-60g protein setiap hari. Jadi, individu yang mengamalkan makanan sihat dan ditambah dengan ESP satu hidangan, sudah mencukupi untuk keperluan badan.
Baca: Waktu sesuai minum ESP
9. Mengapa ambil ESP boleh jadi naik berat badan dan ada pula yang boleh kurus?
Pengawalan berat badan perlu seimbang dengan mengawal pemakanan, senaman dan supplemen berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengambilan supplemen tanpa mengawal pemakanan dan senaman, ia akan menggangu proses kurusnya dan menyebabkan berat naik.
Kita dinasihatkan untuk minum air secukupnya jika mengambil ESP supaya proses penyerapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik.
Baca: Set Kurus Shaklee
10. Bagaimanakah pengambilan ESP untuk orang diet? Dan bila waktu yang sesuai perlu ambil ESP?
ESP boleh diambil sebagai meal replacement di waktu pagi, atau 3 jam selepas sarapan pagi, atau boleh diambil sebelum sarapan atau sebelum makan malam (pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah dikawal).
11. Adakah ESP tidak boleh diambil bersama supplemen-supplemen Shaklee yang lain?
Boleh, tiada masalah.
12. Ada mitos mengatakan soya tidak bagus untuk kesihatan lelaki dan perempuan. Ada juga yang mengatakan soya boleh menyebabkan kulit bayi menjadi sensitif?
Tiada bukti saintifik yang kukuh mengatakan soya tidak bagus untuk kesihatan, malah banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan.
13. Soya tidak baik untuk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel-sel kanser (makanan sel-sel kanser). Betul ke?
Soya dari sumber non-GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak merbahaya. Soya ini juga dibasuh dengan air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam.
14. Bolehkah ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism, hyperthyroidism, pesakit buah pinggang yang belum atau sedang menjalani dialisis?
Untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
15. Adakah ESP penyebab ruam bayi?
Tidak.
16. Adakah ESP menyebabkan tulang menjadi lemah. Jika ibu hamil mengambil ESP, adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?
Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium. Adalah disarankan untuk ibu hamil mengambil OsteNutrix (dulu OsteMatrix) untuk menampung keperluan kalsium.
17. Sebenarnya, bolehkah wanita yang ada masalah fibroid dan cyst mengamalkan vitamin berasaskan soya seperti ESP? Jika tidak boleh, apakah cadangan terbaik untuk sumber protein mereka?
Untuk wanita yang mempunyai masalah cyst, sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil supplement. Walaubagaimanapun, soya bukan penyebab kepada masalah cyst.
18. Bolehkah ibu yang menyusu anak g6pd mengambil ESP dalam tempoh menyusu? Adakah terdapat kesan sampingan kepada bayi?
Ibu yang menyusu anak g6pd dan mengambil produk berasaskan soya hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ia tidak digalakkan, kecuali di bawah kebenaran doktor.
19. Bolehkah pesakit gout mengambil ESP?
Boleh.
20. Ibu menyusu yang minum ESP, adakah ia memberi kesan ke atas berat badan bayi? Adakah berat badan bayi akan bertambah atau sebaliknya?
Ia adalah bergantung pada pemakanan ibu dan anak.
Baca: Pengalaman Ibu Menyusu dengan ESP
21. Bagaimana cara pengambilan ESP boleh membantu menaikkan berat badan?
ESP boleh membantu kerana ESP memberi kandungan amino asid yang lengkap kepada tubuh badan dan ia dapat membantu penghasilan otot. Kenaikan jisim otot akan mempengaruhi berat badan.
22. Betulkah tidak digalakkan mengambil ESP pada awal kehamilan kerana boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran?
Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatan hormon.
23 Adakah ESP boleh menyebabkan kegemukkan setelah ditinggalkan atau apabila sudah tidak ambil?
Tidak. Boleh rujuk jawapan 9.
24. Apakah kaitan ESP dengan putihkan kulit?
ESP adalah protein, asas pada bina sel. Apabila sel sihat, maka organ sihat dan sistem tubuh badan akan sihat. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan positif pada sel-sel kulit.
Baca: Testimoni ESP untuk Kulit Cantik
25. Kanak-kanak boleh minum ESP tak? Kalau boleh, berapa sukatan yang sesuai untuk kanak-kanak?
Kanak-kanak tidak digalakkan untuk minum ESP, sebaiknya ambillah Meal Shakes.
Baca: Meal Shakes Shaklee
26. Berapakah sukatan pengambilan ESP untuk pasakit diabetes?
Sukatan dan pengambilan seperti biasa. 1-2 kali sehari.
27. Apakah bukti yang soya ESP adalah non-GMO?
ESP dihasilkan di bawah Identity Preservative Program (IPP), di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga ke pemprosesan. Ia adalah pihak ketiga yang akan memastikan produk ESP adalah non-GMO.
Baca: ESP Shaklee
28. Pengambilan ESP dikatakan dapat membantu rasa kenyang lebih lama, tetapi kenapa ada yang lepas sejam dua sudah rasa lapar? Adakah terdapat kesilapan dalam pengambilan?
Pengambilan ESP adalah 3 sudu besar bersamaan 14g protein (105kcal). Proses penyerapan protein juga berbeza untuk setiap individu iaitu sekitar 5 – 9gram setiap jam. Jadi, individu boleh sudah berasa lapar dalam masa 3-4 jam jika hanya minum ESP semata-mata. Seeloknya, makan pada kalori yang rendah dan ditambah dengan ESP.
29. ESP dikatakan bagus untuk pesakit gastrik. Adakah ia disebabkan unsur kalsium di dalam ESP?
Ya, betul. ESP mengandungi 500mg kalsium bagi setiap hidangan.
Baca: Testimoni ESP untuk Kurangkan Gastrik
Wanita menopause adalah disebabkan oleh level hormon estrogen yang turun secara mendadak. Soya yang mengandungi isoflavons dapat membantu dalam mengawal penurunan hormon ini.
31. Ada effect tak ambil ESP yang sudah expired?
Disarankan untuk tidak minum ESP selepas expiry date.
32. Betulkah kesesuaian pengambilan ESP adalah mengikut darah? Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?
Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh.
33. Adakah ESP tidak boleh di minum oleh pesakit cyst disebabkan kandungan soya di dalam ESP?
Soya bukanlah penyebab kepada penyakit cyst. Tetapi pesakit cyst hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplemen.
34. Benarkah ibu yang tiada eczema (masih menyusu bayinya) akan menyebabkan bayinya itu eczema sekiranya ibu tersebut mengambil ESP?
Tidak, kecuali jika bayi tersebut mempunyai elergik kepada soya. Tetapi kebarangkaliannya adalah rendah.
35. Adakah ESP mengandungi soya isoflavon yang boleh menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dalam badan wanita?
Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormon original yang terdapat dalam badan. Jadi, ia tidak mengganggu tahap keabnormalan hormon.
36. Betul ke pengambilan ESP yang berlebihan boleh merosakkan buah pinggang?
Kerosakan buah pinggang bukan disebabkan oleh faktor pengambilan soya, tetapi daripada faktor pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan di dalam badan.
37. Siapa yang tidak boleh ambil ESP?
Tiada alasan spesifik yang mengatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu. Walaubagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor untuk pesakit yang menghidap kanser, g6pd, thyroid dan sebagainya.
38. Berapakah sukatan pengambilan ESP harian bagi ibu hamil, ibu menyusu, yang hendak kurus dan yang hendak menjaga kesihatan?
Disarankan pengambilan 3 sudu minimum harian. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu, ikut keperluan badan.
39. Adakah gatal-gatal badan selepas consume ESP merupakan healing crisis ataupun alahan kepada kacang soya? Berapa lama biasanya healing crisis untuk pengguna ESP?
Kebarangkalian itu ada. Boleh perhatikan untuk 2-3 minggu dan banyakkan minum air kosong. Sebaiknya buat pemeriksaan untuk melihat tahap elergik pada makanan. Jika tidak, boleh amalkan meminum air kosong secukupnya setiap hari.
40. Betul ke ESP boleh mencerahkan kulit? Berapa lama selepas consume ESP boleh kulit gebu sebab ada yang consume lama tetapi belum cerah kulitnya?
ESP bukan ubat tetapi merupakan supplement, makanan tambahan. Ia bertindak untuk membina sel. Apabila sel sihat, maka organ dan sistem sel turut sihat. Selain itu, untuk vitamin kulit boleh ikhtiar dengan pengambilan Vitamin C, Vitamin E dan kolagen.
Baca: ESP Ada Niacinamide
41. Mengapa ESP rasa pahit?
ESP tidak pahit. Sila buat report kepada
pihak Shaklee jika terdapat sebarang keraguan.
Ia bergantung kepada individu. Tiada masalah setakat ini sejak ESP dikenalkan sejak tahun 1961. Jika semakin teruk, disarankan untuk dapatkan rawatan dari doktor.
43. Bolehkah ESP diambil oleh pesakit yang disyaki denggi?
Boleh, tiada masalah. Pada masa yang sama, pesakit denggi hendaklah minum air yang secukupnya.
44. Bagaimana ESP dapat membantu dalam kesuburan lelaki dan wanita?
ESP adalah sumber protein yang sihat. Protein adalah penting dalam penghasilan hormon, secara tidak langsung dapat membantu dalam kesuburan.
45. Perlukah pesakit psiorisis mengambil ESP dan apakah kebaikannya?
Untuk penyakit autoimmune, perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
46. Mengapa selepas minum ESP, ada yang rasa bloated and angin?
Dikuatiri kurang makan dan kurang minum air. Banyak faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul dan minum air kosong secukupnya.
47. Sekiranya ibu hamil yang minum ESP sejak dari sebelum hamil, tetapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu minum ESP. Adakah cadangan cara minum ESP?
Boleh minum ESP dengan mencampurkan dengan minuman lain seperti jus buah-buahan.
Baca: Resepi ESP sedap
48. Protein dikatakan sebagai penggalak kanser. Bolehkah pesakit kanser mengambil ESP?
Boleh diambil atas nasihat doktor. Jika ada penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang supplemen.
49. Jerawat akan tumbuh setiap kali saya makan kacang, Adakah selamat sekiranya saya minum ESP?
Boleh buat pemerhatian terlebih dahulu, kerana mungkin terdapat healing crisisnya. Produk Shaklee sentiasa selamat, namun penerimaan setiap individu dan kesannya berbeza mengikut tahap kesihatan setiap orang.
Baca: Set Cantik Shaklee: ESP danVitamin C
50. Abang saya ada asthma. Apabila dia mengambil ESP, terus trigger asthma. Boleh jelaskan?
Berkemungkinan abang puan ada masalah
alahan pada makanan tertentu juga. Sila buat pemeriksaan doktor terlebih
dahulu.
Sangat
menarik kan? 😊 Berminat dengan ESP ni? ESP ini boleh dibeli dengan dua cara:
1. Anda boleh layari Shaklee
website https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1441796 untuk terus beli
di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun
2. Whatsapp
saya di https://www.wasap.my/60166203735/ESPblog dan
saya akan bantu belikan untuk anda. Hassle free 😊
Hubungi
saya: _cikEdahyu
Whatsapp:
016-6203735 Klik sini
Page
FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock
(vitaminayu)
Your
certified Shaklee Product Consultant
COD
Klang
Pengeposan
ke seluruh Malaysia
Enjoy!
_cikEdahyu :)
Nak tahu
macam mana untuk dapatkan diskaun 20% Shaklee? Tekan sini
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.