End of July 2020 aritu kami
sekeluarga ke Pangkor..We opt for 3 days 2 nights sebab macam penat je kan if
holiday beach 1 malam. Kami naik jetty from Marina Island Jetty. Sementara
tunggu ferry kita makan dulu πTak banyak sangat choice pun, tapi ok la dapat
rezeki nasi ayam berempah. So, dinasihatkan kalau nak makan lunch yang proper
dan sedap tu, silalah lunch siap-siap sebelum sampai ke jetty ni ye. Hehe..
Parking at Marina Island Carpark
is RM15/day untuk parking marhaen. If bernasib baik macam kami haritu, dapatlah
parking ada bumbung. If takde rezeki, open parking je ye, tapi nampak tersusun.
Insyaallah OK.
Parking VIP pulak is RM20/day and
memang dekat je sebelah jetty tu. Tak payah lah nak jalan jauh-jauh angkut beg macam
rakyat marhaen ni…hehe.. π
Dari Jetty Marina Island ke Pulau Pangkor just ambil masa around 15 mins je compared to around 45 mins if naik dari Jeti Lumut. So, untuk kita-kita yang pening-pening lalat naik bot ni, inilah berita baik. Tak payah suffer lama-lama. Haha..ticket nya pulak untuk adult is RM14 return ticket and kanak-kanak boleh naik free. Balik dari Pangkor nanti guna ticket yang sama, so make sure jangan hilang lah ye.
Sampai je Jeti Pangkor, ramai je
taxi driver akan tunggu and bagitau je destinasi, laju je dorang direct ke van
pink yang comel tu.
Puteri Bayu Beach Resort.
Located at Pasir Bogak, so dalam
10mins dah sampai. Again, berita baik untuk kita yang selalu pening-pening lalat
dalam kereta, jika nak consider dengan jalan bengkang-bengkok Pangkor tu..haha..tambang pun 1
van ni RM20 ke Pasir Bogak, so affordable la if 1 family muat 1 van kan.
Resort ni memang cantik sangat..
dia ada hotel room types and chalet/villa types. Kami pilih Bayu Villas type
and rezeki dapat villa yang mengadap laut..walaupun bukanlah betul2 mengadap sebab
2 nos. for honeymooner and another 4 pintu dah penuh π’ Tapi, still direct nampak laut and dari rumah tu dah dapat dengar deruan-deruan ombak
yg indah tuuuu..chewaahh π
Hari pertama tu since sampai pun
dah petang, kami rehat-rehat je di villa sambil dengar ombak and petang sikit kami ke
pantai untuk mandi laut..siap ada buaian untuk feeling tarzan lagi. Dengan view
yang cantik, Subhanallah.
Since resort ni ada direct access
to the beach and this side of the beach juga agak jauh dari access org luar, so
boleh la dikatakan beach ni kita yang punyaaaa…memang rata-rata resort guest jugak yang
mandi area sini.
Untuk makan, jangan risau. Location
resort ni memang best, walking distance je dengan kedai makan and ada duty free shop
lagi ππ Waktu petang bawa ke malam, ada
stall kat walkway area resort ni yang jual laksa, char kuetiaw, mee/kuetiow
goreng..memang macam niπ sedapnya especially laksa. Dapat pulak
lepak makan lepas mandi air laut kan, sejuk-sejuk tu kita pekena laksa..mmg best!
If nak pergi ke Teluk Nipah, naik
van RM15 je. Tapi memang serabut area tu π sebab memang ada mcm-macam kan..we go there
untuk lunch je for the second day and then jalan-jalan kat stall area, macam biasa ada souvenir, baju
mandi untuk yang terlupa bawak tu and also ada jual beach hat (barulah
feeling pantai, kan π). Then, kami lepak minum coconut shake sambil makan rojak buah
sambil layan bayu lembut laut. Lupakan panas terik tu ye..haha
Selain itu, untuk yang suka jogging,
boleh la bawak sport shoes ya sebab memang ada proper walkway untuk kita jogging
tepi pantai Pasir Bogak ni π.
Last day hari checkout tu, since
nak avoid crowded kat jetty, after breakfast kami terus check out and gerak ke
jetty. Dapat naik jetty 11am ke Marina Island Jetty. Kami singgah untuk beli
ikan bilis di Jetty Lumut sebab katanya harga dekat Lumut lagi murah dari Pangkor..tak tahu lah betul ke tidak sebab tak compare π
Kami akhiri hari travel Pangkor tu dengan
minda yang positive tapi penat sebab 4 jam dalam kereta kan π, dengan jalan kampung.
Cepatlahhhhh WCE tu siap ππ
Enjoy!
_cikEdahyu
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.