Assalaamualaikum…hai!

Di antara salah satu cabaran duduk di rumah adalah mengawal nafsu makan, dan saya yakin ramai yang bersetuju dengan saya. Lebih-lebih lagi saat kebosanan, alamatnya buka tutup pintu peti ais je lah, ataupun keluar masuk dapur.

Saat itu kita sebenarnya di dalam fasa “craving”, bukannya lapar. Craving ini selalunya berlaku sewaktu kita rasa kebosanan dan ia boleh berlaku walupun waktu kita kenyang ataupun selepas makan. Craving ini selalunya berkaitan dengan keinginan untuk sesuatu makanan yang spesifik terutamanya manisan. Contohnya, selepas makan nasi kita teringin kek pula. Padahal perut sudah kenyang baru lepas makan nasi, kan? Kek itu craving.

Masalah craving ini adalah salah satu punca berat badan naik, tau! Penting untuk kita tahu cara nak atasinya.

Minum air kosong

Tips diet sihat: Cara Atasi Craving 

Badan kita akan menghantar isyarat jika tidak cukup air melalui rasa haus dan lapar. Jadi, pastikan kita minum air secukupnya untuk mengelakkan mendapat isyarat ini tetapi disalah tafsirkan sebagai lapar.

Pastikan makanan yang kita ambil penuh nutrisi

Tips diet sihat: Cara Atasi Craving 

Craving juga boleh terjadi apabila badan kita tidak cukup nutrisi. Jadi, badan memberi isyarat lapar dan mahu makan lagi. Oleh itu, kita perlu memastikan sajian yang kita ambil itu lengkap dengan nutrisi seperti karbohidrat, serat dan protein.

Makanan tinggi serat seperti sayur-sayur dapat membuat perut rasa kenyang. Selain itu, protein juga dapat membantu badan merasa kenyang lebih lama. Anda boleh lihat dengan details mengenai Energizing Soy Protein (ESP) di sini.

Makan tepat waktu

Tips diet sihat: Cara Atasi Craving 

Makan pada waktu makan yang sepatutnya dapat mengelakkan diri kita dari rasa terlalu lapar. Craving seperti kek sebagai dessert contohnya, dapat dikurangkan apabila perut kita kenyang.

Kawal stress

Tips diet sihat: Cara Atasi Craving 

Stress dan situasi otak yang penat boleh membuatkan kita craving manisan sebagai pelepas tekanan. Jadi, kalau boleh elakkan stress dan memilih untuk bersenam sebagai ganti. Rujuk sini untuk tips bersenam di pejabat.

Memilih kudapan yang sihat

Tips diet sihat: Cara Atasi Craving 

Selalunya otak kita member isyarat craving untuk manisan. Untuk mengurangkan craving tersebut, kita boleh memilih untuk kudapan seperti kekacang ataupun buah-buah yang mempunyai nutrisi untuk mengelakkan makanan manisan.

Menggosok gigi

Tips diet sihat: Cara Atasi Craving
Salah satu cara yang lain adalah dengan menggosok gigi. Apabila mulut kita terasa segar dan bersih, craving juga boleh berkurangan.

Selamat mencuba! 😊

Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Klang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Enjoy!

_cikEdahyu :)