Sebenarnya, saya tak plan pun untuk menulis blog mengenai
percutian di Avillion Water Chalet ni. Tapi dah alang-alang ada gambar and
memories yang best, apa salahnya kita share kan? 😊
Kami ke Avillion ni semasa cuti Merdeka. Tapi, kami checked-in
Ahad (sebab predict checked-in Sabtu sure penuh) and checked-out Selasa.
Holiday 3 days 2 night.
Checked-in Avillion ni pada 3pm. Jadi, sebelum ke hotel,
kami singgah beli lunch di Warung Salai, Port Dickson. Beratur nak masuk memang
panjang, as expected. Jadi, kami bungkus je and plan nak makan lepas checked-in
untuk jimat masa. Alhamdulillah, checked in smooth, so kami terus ke bilik. Tak
sabar nak makan, lapar sebenarnya ni 😂.
Masa berjalan ke Temasek room tu, dah start rasa teruja 💃💃 sebab lalu
swimming pool, ada booth boleh sewa layang-layang, ada ping-pong table, lalu Cochin
pool, ada taman, ada go-kart track and akhirnya sampai Temasek.
Masuk je bilik, Subhanallah. Cantiknyaaaaaaa. Berebut-rebut
ambil gambar. Maklumlah, baru sampai kan 😁
Toilet dia pun cantik..Tempat shower dia open air and nampak laut kat bawah tuuu
Makan masak lemak salai di balkoni. Lunch with view konon 💕💕
Rehat-rehat, relax. Petang-petang sikit tu, kami keluar
untuk pusing-pusing tengok area Avillion ni. Memang cantik water chalet ni,
view laut lepas 😍
Kami bermain badminton kat laman ni 😊 (bawa raket sendiri ye)
Malam tu, kami order Kenny Rogers through FoodPanda je. Senang.
Nak keluar, malas pulak. Confirmlah ramai dan penuh restoran-restoran PD ni
malam-malam Merdeka begini. So, dinner dalam bilik lagi tenang.
Kat Avillion ni memang sangat best la rasanya. Ramai orang sebab
full house OK, tapi tak rasa crowded. Mungkin sebab kawasan Avillion ni besar.
Yang saya paling suka is the Cochin pool. Pool ni khas untuk
orang dewasa sahaja, kanak-kanak tak dibenarkan sebab kanak-kanak ada their own
pool kat depan restoran sana. Jadi, kita yang datang nak santai-santai ni,
bolehlah berehat di Cochin pool ni. View pun cantik. Cuma, if nak mandi di pool
ni perlu pakai proper swimming suit attire. Jadi, jangan lupa bawa swimming
suit ye. Macam saya, saya suka berehat tepi pool tu je, sambil relax baca
novel..Tenang 😊
Selain pool yang best ni, laut dia pun best jugak.
Betul-betul sebelah Temasek ni, ada direct access to the beach. Orang pun tak
ramai, rata-rata guest hotel ni juga. So, boleh la enjoy.
Mak pak boleh jerit je panggil anak-anak balik bilik, dari beranda tu 😋. Ni gambar petang, panas bak hang tepi pantai. Nasib baik ada sunblock and Vitamin C, dapatlah juga membantu kurangkan sunburn tu 😀😀
Tengah mandi tu, hujan pulak. Berlarian lah kami balik ke
bilik sambil terngiang-ngiang lagu hindustan.
Dah alang-alang basah kan, main la hujan terus 😆
Overall, memang puas hati lah 3 days 2 night di Avillion ni.
Insyaallah, ada rezeki boleh datang lagi. *kumpul duit balik*
Enjoy!
-cikEdahyu
2 Comments
LZ pun pernah stayed sini. Overall views semua cantik. Next visit nak pergi ke AviSpa..
ReplyDeleteMemang boleh repeat Avillion ni, kan 😝 samalah, haritu masa kat sana Spa dia full. Lainkali kena book awal-awal
DeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.