Assalaamualaikum…Hai!
Mesti stress kan bila muka kita ni berjerawat? Kadang-kadang sampai malas nak tengok cermin sebab tak mahu fikirkan soal jerawat di wajah tu. Jadi, jom kita belajar antara punca-punca terjadinya jerawat di wajah.
1.
Sering memegang wajah dengan tangan
Simple tapi kita
selalu terlupa. Tangan kita tak selalunya bersih. Lagi-lagi lepas sudah pegang
itu, pegang ini. Dengan tangan yang sama, tiba-tiba kita memegang wajah kita
pula. Jadi, bakteria yang kita tidak nampak di tangan, dengan mudah berjangkit
di wajah. Seterusnya, menyebabkan jerawat tumbuh.
Jadi, kita perlu
sentiasa ingatkan diri untuk tidak memegang wajah ni ya 😊
2.
Hormon tidak seimbang
Terdapat dua (2)
hormon yang terkait dengan jerawat iaitu testosteron dan estrogen. Apabila
kadar hormon testosteron meningkat, kelenjar minyak di wajah akan mengeluarkan
minyak secara berlebihan. Ini menyebabkan pori-pori muka tersumbat, dan
terjadinya jerawat.
Sementara itu,
jerawat juga terjadi apabila hormon estrogen kita terlalu rendah. Penurunan
hormon estrogen ni selalunya terjadi sewaktu kita period ataupun bersukan secara
berlebihan.
3.
Stress dan tekanan
Apabila kita berada
di dalam keadaan stress, hormon di dalam badan kita akan bertindak dan akan
dikeluarkan secara berlebihan, dan menjadi punca pembentukan jerawat.
Jadi, cara
paling senang ialah melatih diri kita untuk bertenang. Kita boleh dengar muzik
dan juga berzikir. Kan best? Pahala percuma pun kita dapat.
4.
Mekap dan peralatannya
Ya, memang mekap
itu essential untuk menutup cela di wajah kan? Kita sama 😆.Tetapi, kita perlu
tahu bahawa pemakaian mekap menyebabkan kulit wajah kita susah untuk bernafas.
Lebih-lebih lagi, bila kita tidak membersihkan wajah dengan teliti. Sisa-sisa mekap
yang ter’tampal’ di wajah akan menyebabkan pori-pori muka tersumbat, seterusnya
menyebabkan jerawat.
Satu lagi hal
yang penting ialah kebersihan alat mekap kita. Jika tidak dibersihkan, bakteria
yang melekat di alat-alat mekap tersebut akan berjangkit ke wajah kita apabila
kita memakainya.
5.
Pemakanan Harian
Makanan yang
tidak sihat yang sering dikaitkan dengan jerawat antaranya adalah makanan
berminyak dan makanan laut. Makanan berminyak boleh menyebabkan pengeluaran
minyak yang berlebihan daripada kelenjar minyak, yang menyebabkan jerawat.
Selain itu, makanan laut seperti udang mengandungi iodium yang akan menyebabkan pengeluaran minyak meningkat apabila diambil secara berlebihan.
Jadi, inilah 5 perkara yang menjadi punca pertumbuhan jerawat di wajah kita ni. Simple, kan? 😀😀 Jom, kita elakkan dalam usaha untuk dapat wajah yang sihat 💓
Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee yang dapat membantu masalah jerawat?
Hubungi saya: _cikEdahyu
Whatsapp: 016-6203735 Klik sini
Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)
Your certifies Shaklee Product Consultant
COD Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Enjoy!
_cikEdahyu :)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.