Jerawat terhasil
antaranya disebabkan oleh kadar hormon testosteron yang meningkat dan
mengakibatkan kelenjar minyak di wajah mengeluarkan minyak secara berlebihan.
Ini menyebabkan pori-pori muka tersumbat, dan terjadinya jerawat.
Selain hormon
testosteron, hormon estrogen juga terkait dengan pembentukan jerawat apabila
kadar estrogen terlalu rendah, kebiasaanya sewaktu period ataupun bersukan.
Terdapat dua (2) jenis jerawat wajah iaitu jerawat tanpa keradangan dan jerawat keradangan kulit seperti bintik putih “whitehead’ dan bintik hitam “blackhead”, dan satu lagi adalah jerawat keradangan kulit yang biasanya mengandungi nanah. Terdapat tiga (3) jenis jerawat yang menyebabkan keradangan iaitu “papule”, “pustule” dan “nodule”.
Jerawat tanpa
keradangan – sebelum terbentuknya jerawat, “whitehead” dan “blackhead”
ini akan terjadi dahulu.
Bintik putih whitehead
Sebelum
terbentuknya jerawat, minyak yang berlebihan di wajah dan sel-sel mati yang
terkumpul akan menyebabkan pori-pori muka tersumbat. Pori-pori muka yang
tersumbat ini dinamakan whitehead sebab ianya adalah benjolan kecil
berwarna putih.
Selalunya whitehead
terhasil di bahagian wajah yang selalu bergesel seperti dagu dan rahang muka. Whitehead
juga kita panggil jerawat nasi sebab dia kecik-kecik kan, kat muka tu.
Bintik hitam blackhead
Blackhead pula terjadi apabila whitehead
tidak dibersihkan atau dibuang. Blackhead ini adalah whitehead
yang naik ke permukaan kulit. Ia juga berwarna hitam sebab pigmen kulit yang
meningkat.
Sebab itu, kita akan nampak bintik-bintik hitam di permukaan
wajah kita.
Jerawat yang
menyebabkan keradangan
“Papule”
Papule ni
adalah benjolan kecil berwana kemerah-merah pada kulit. Apabila pori-pori wajah
kita terus tersumbat dimana minyak, bakteria dan sel-sel kulit mati terus
berkumpul, lama kelamaan keradangan akan terjadi. Keradangan ini terjadi
apabila trio ini terus terperangkap dan mula menyebar ke kawasan sekitar. Sebab
itu, papule ni biasanya muncul jika whitehead dan blackhead dibiarkan
begitu sahaja, tidak dirawat.
“Pustule”
Jerawat pustule
ini merupakan benjolan jerawat yang lebih besar dan merah, jika dibandingkan
dengan papule. Isi jerawat pustule juga dipenuhi dengan nanah di
mana nanah tersebut menghala ke satu titik di kulit yang membentuk pusat kecil
berwarna putih (nanah).
Pustule dan papule
biasanya akan berkumpul dan timbul bersama di permukaan kulit. Elakkan diri
dari memicit jerawat jenis ini sebab jerawat ini sudah meradang. Jika dipicit,
ianya akan meninggalkan kesan/bekas jerawat yang susah nak hilang.
“Nodule”
Jerawat nodule
ni sejenis jerawat keradangan dalam kategori yang serius. Nodule ini
sebenarnya sama sahaja dengan jerawat yang lain. Tetapi, jerawat jenis ini
selalunya sudah meradang hingga ke lapisan kulit lebih dalam, dan menjadi
benjolan yang keras dan lebih besar.
Jerawat jenis nodule ini akan mengambil masa yang lama untuk hilang dan boleh menyumbang kepada kulit berlubang.
Jadi, sangat penting kan, untuk kita memastikan kebersihan
wajah kita? Sebab dari sekecil-kecil whitehead dan blackhead itu, boleh merebak
dan meradang sehingga menjadi nodule.
Jadi, anda dah tau jenis-jenis jerawat kan? Anda juga boleh baca tentang 5 punca yang boleh menyebabkan jerawat di sini.
Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee yang dapat membantu masalah jerawat?
Hubungi saya: _cikEdahyu
Whatsapp: 016-6203735 Klik sini
Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)
Your certifies Shaklee Product Consultant
COD Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Enjoy!
_cikEdahyu :)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.