Pernah tak waktu
kita nak pergi travel, time-time itu jugak lah jerawat keluar ☹.
Ataupun, weekend itu kita dah ada plan nak pegi kenduri kahwin. Baju, tudung,
dan kasut semua dah siap satu set..tiba-tiba jerawat keluar pulak ☹
Boleh merosakkan mood kan?
Sebab apa? Terlebih makan seafood pula…sedap dan banyak pulak makan BBQ udang dan sotong hujung minggu lalu. Tak pasal-pasal menjadi penyebab jerawat pula.
Jadi, macam mana
ya? Jangan risau, cuba buka peti ais anda dan lihat jika ada anda barang-barang
seperti di bawah :
Lemon
Buah lemon
mempunyai kandungan asid yang tinggi. Kandungan asid ini bukan saja dapat
membantu membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat, tetapi boleh mengurangkan
keradangan pada jerawat tersebut.
Petua: Air dari
buah lemon dilumur ke seluruh wajah, terutamanya kawasan berjerawat. Dibiarkan
seketika sebelum dibilas dengan air bersih.
Image from eatthis.com
Aloe Vera
Gel aloe vera
atau juga dikenali sebagai daun lidah buaya dapat membantu mengering dan
mengecutkan jerawat dengan cepat. Ini bonus untuk mereka yang rajin menanam
daun lidah buaya di halaman rumah 😊 Haaa…apa lagi,
kan?
Selain
mengecutkan jerawat, gel aloe vera juga dapat mengurangkan kesan sunburn tau!
Petua: Gel aloe
vera ini boleh dilumur ke seluruh wajah, terutamanya kawasan berjerawat. Boleh
juga dibuat sebelum tidur dan dibiarkan seperti masker, kemudian dibilas dengan
air bersih
Image from medicalnewstoday.com
Timun
Timun selalu
diambil sebagai ulam-ulaman sebab rasanya yang menyejukkan. Tahukah anda, timun
juga merupakan salah satu petua tradisional untuk mengatasi jerawat, dengan kos
yang murah pula tu.
Petua: Timun
dibuang kulitnya dan dikisar. Kisaran timun tersebut boleh digunakan untuk
dijadikan masker. Biarkan seketika dan dibilas dengan air bersih.
Tomato
Petua tomato ini
memang petua yang sangat ramai yang tahu, kan. Selain timun, tomato juga boleh
mencantikkan kulit wajah dan juga membantu mengecutkan jerawat.
Petua: Sama
seperti timun, tomato boleh dihancurkan dan dijadikan masker. Biarkan seketika
dan jangan lupa bilas dengan air bersih, ya.
Anda juga boleh baca tentang 5 punca yang boleh menyebabkan jerawat di sini.
Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk Shaklee yang dapat membantu masalah jerawat?
Hubungi saya: _cikEdahyu
Whatsapp: 016-6203735 Klik sini
Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)
Your certifies Shaklee Product Consultant
COD Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Enjoy!
_cikEdahyu :)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.