Assalaamualaikum…hai!
Mendapat
berat badan yang ideal tentunya menjadi idaman setiap orang terutamanya wanita.
Apalagi di tengah-tengah kesibukan bekerja, waktu makan dan jenis makanan yang
kita ambil setiap hari sangat mempengaruhi berat badan dan kesihatan kita.
Cara
yang cepat untuk kuruskan badan adalah dengan mengelakkan makanan berkalori
tinggi. Kita perlu tahu kalori setiap makanan yang kita ambil dan cara untuk
membakarnya. Jom burn out the calories! 😊
Teh tarik dan roti canai
Antara
makanan kegemaran rakyat Malaysia, teh tarik dan roti canai menjadi pilihan
tidak kira sewaktu sarapan pagi, makan tengahari ataupun makan lewat malam di
mamak.
Jumlah
kalori: 420 kcal
Tempoh
masa: Berjoging selama 60 minit
Nasi lemak dan ayam goreng
Nasi lemak memang signature dish negara kita. Bila tambah pula dengan ayam goreng, berempah pula tu…memang ummphh! Nak tahu berapa kalori untuk sepinggan nasi lemak dan ayam goreng?
Jumlah
kalori: 690 kcal
Tempoh masa: Berjoging di treadmill selama 1 jam 15 minit
Nasi tomato
Nasi tomato merupakan menu
yang sangat terkenal di majlis kenduri atau majlis perkahwinan di Malaysia.
Jumlah
kalori: 600 kcal
Tempoh
masa: Berjalan kaki selama 3 jam
Nasi beriani
Menu nasi kenduri juga ni 😍
Jumlah
kalori: 830 kcal
Tempoh
masa: Bermain golf selama 3 jam
Nasi goreng
Selalunya, menu di kedai mesti
ada senarai menu nasi goreng yang panjang. Nasi goreng kampung, nasi goreng
biasa, nasi goreng cina taknak pedas, nasi goreng paprik (favourite),
nasi goreng USA dan bermacam-macam lagi jenis nasi goreng. Ini kalori nasi
goreng biasa, ya.
Jumlah
kalori: 600 kcal
Tempoh
masa: Lompat tali selama 60 minit
Kuetiau goreng
Diet nasi tetapi diganti
dengan kuetiau atau mee? Jangan lupa ya, kuetiau dan mee tetap karbohidrat
sebab diperbuat daripada tepung.
Jumlah
kalori: 670 kcal
Tempoh
masa: Menggosok pakaian selama 4 jam 50 minit (lenguh satu badan tu, berjam-jam gosok
pakaian 😛)
Char Kuetiau
Char Kuetiau jenis basah
berbanding dengan kuetiau goreng yang selalunya kering. Kalori char kuetiau
juga lebih tinggi tau!
Jumlah
kalori: 730 kcal
Tempoh
masa: Berenang selama 3 jam
Mee goreng
Mee goreng merupakan antara
menu pilihan rakyat Malaysia untuk juadah minum petang ataupun untuk perjumpaan
santai seperti majlis harijadi.
Jumlah
kalori: 580 kcal
Tempoh
masa: Bermain bola sepak selama 1 jam 25 minit
Mee kari
Jumlah
kalori: 450 kcal
Tempoh
masa: Mengemop lantai selama 2 jam 9 minit
Burger Special
Burger special lazimnya burger
yang disalut telur. Tetapi kini semakin banyak burger viral yang ditambah
cheese, fries dan daging bertingkat. Nervous saya nak memikirkan kalorinya. Ini
adalah anggaran kalori burger special disalut telur.
Jumlah
kalori: 370 kcal
Tempoh masa: Bermain badminton selama 1 jam 20 minit
Banyakkan kalori
yang terdapat di dalam makanan pilihan kita? Jangan risau, kita boleh amalkan
makan moderately dengan ilmu. Kalori harian yang diambil perlulah
diproses dan digunakan (penggunaan tenaga untuk aktiviti harian) supaya tidak
terkumpul menjadi lemak. Good Luck!
Maklumat poster
“Pengambilan Kalori dan Penggunaan Tenaga” daripada website http://nutrition.moh.gov.my
Hubungi
saya: _cikEdahyu
Whatsapp:
016-6203735 Klik sini
Page
FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock
(vitaminayu)
Your
certified Shaklee Product Consultant
COD
Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Enjoy!
_cikEdahyu :)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.