Senaman Mudah Kuruskan Badan di Pejabat

 


Assalaamualaikum…hai!

Umum mengetahui untuk pekerja di pejabat (ataupun jika bekerja dari rumah), akan selalu menghadap komputer dan duduk di meja seharian waktu bekerja. Waktu untuk bergerak mungkin hanya pada waktu rehat. Lebih-lebih lagi di waktu dateline submission kan, memang fokus habis menghadap komputer.

Pekerjaan pejabat juga membuatkan kita tidak berkesempatan untuk bersenam, terutamanya yang keluar rumah pagi dan tiba di rumah lewat petang.

8 infografik dari Kementerian Kesihatan Malaysia ini sangat membantu memudahkan keinginan pekerja pejabat untuk bersenam, dengan hanya menggunakan kerusi pejabat sahaja 😊 Cuma pastikan kerusi yang tidak beroda, ya!

Angkat kaki 90 darjah

-       Berdiri di belakang kerusi sambil memegang kerusi sebagai imbangan.

-       Angkat lutut kanan 90 darjah dan tahan.

-       Ulang pergerakan yang sama untuk kaki kiri.

Gerakkan kaki ke sisi dan kebelakang

-       Tolak kaki kanan sedikit ke sisi kanan dan tahan.

-       Ulang gerakan sama untuk kaki kiri

-       Tolak kaki kanan sedikit ke belakang dan tahan.

-       Ulang gerakan sama untuk kaki kiri.

-    Anda boleh memilih untuk membuat regangan ini sambil memegang kerusi ataupun tidak, mengikut ketahanan anda 😊

“Squat”

-       Buka kaki selebar bahu.

-       Turunkan punggung ke bawah 90 darjah sambil tangan memegang kerusi sebagai imbangan dan tahan.

-       Pastikan lutut tidak melebihi ibu jari kaki ketika dibengkokkan.

-       Naik perlahan-lahan.

-       Ulang beberapa kali.

Regangan pinggang

-       Duduk di atas kerusi dan tegakkan badan.

-       Pusingkan badan ke kanan sambil tangan memegang kerusi dan tahan.

Senaman Otot Perut

-       Angkat kedua-dua kaki lurus ke hadapan.

-       Kemudian bengkokkan lutut 90 darjah sambil tangan memegang kerusi sebagai imbangan.

-       Kekalkan posisi selama 8 saat.

Angkat kaki ke hadapan

-       Angkat kaki kanan serta luruskan ke hadapan.

-       Kekalkan posisi selama 8 saat.

-       Ulang gerakan dengan kaki kiri.

Sentuh hujung jari kaki

-       Pacak tumit kanan.

-       Turunkan badan ke bawah.

-       Kemudian sentuh hujung jari kaki dengan tangan kanan.

-       Kekalkan posisi selama 8 saat.

-       Ulang gerakan dengan tumit kiri.

OK, sangat mudah kan senaman di pejabat ni? 😊 Selain senaman, penjagaan makanan juga penting untuk diet sihat. Anda boleh klik untuk ketahui lebih mengenai cara kuruskan badan dengan cepat dan contoh menu makanan, ya.

 

Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Klang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

 

Enjoy!

_cikEdahyu :)


Post a Comment

0 Comments