Cara Memilih Pencuci Muka yang Terbaik untuk Kulit Berminyak

 

Assalaamualaikum…hai!

Banyak sangat jenama atau produk skincare di pasaran, kan. Kadang-kadang kita sampai tidak tahu mahu menggunakan produk yang mana satu, dan muka mula menjadi bahan eksperimen pula 😅. Sebelum membeli sesebuah produk skincare, penting untuk kita tahu jenis kulit wajah kita.

Baca: Cara Kenali Jenis Kulit WajahBerminyak

Jika kulit wajah anda jenis berminyak, di sini saya kongsikan cara memilih pencuci muka yang bersesuaian untuk anda.

Membersihkan kotoran dari wajah

Pencuci muka tentulah fungsinya untuk membersihkan muka kita dari kekotoran kan? Untuk mengetahui sama ada muka kita betul-betul bersih selepas dicuci, kita boleh cuba cara ini:

1.    Ambil kapas dan basahkan dengan toner

2.    Sapukan pada keseluruhan muka

3.    Muka yang bersih sepenuhnya tidak akan ada kesan kotoran pada kapas. Jika masih ada kotoran, maknanya muka anda belum cukup bersih tau 😊

Membersihkan kotoran pori-pori

Pencuci muka yang bagus adalah pencuci muka yang dapat membersihkan liang pori-pori. Ini untuk memastikan muka kita betul-betul bersih dan pori-pori tidak tersumbat akibat dari muka berminyak dan pemakaian mekap harian.

Kulit tidak kering

Kulit wajah kita memerlukan kelembapan. Apabila kulit kita kering, kelenjar minyak akan perasan kelembapan kulit kita berkurangan dan akan auto-produce lebih banyak minyak untuk memastikan kelembapan kulit kita mencukupi. Elok-elok nak kurangkan muka berminyak, kulit muka makin berminyak dan jerawat makin naik pula 😢😢

Jadi, pencuci muka kita wajib yang tidak mengeringkan untuk memastikan kulit makin tidak berminyak!

Melembapkan kulit

Selain membersih, pencuci muka perlu melembapkan kulit dan tidak mengeringkan. Pencuci muka yang melembapkan dapat membantu tahap pengeluaran minyak wajah kita dan juga mengekalkan kelembapan semulajadi kulit kita.

Bertindak secara lembut

Pencuci muka yang terlalu kuat boleh memberi kesan sampingan yang merbahaya. Ia boleh menghakis pigmen dan menjadikan lapisan kulit kita menipis, dan lebih terdedah kepada sinaran UV. Nanti, masalah jeragat pula timbul.

Sebab itulah, langkap pertama untuk kulit yang cantik dan sihat adalah memilih pencuci muka yang sesuai. Sebab jika tersalah pilih, kulit boleh menjadi semakin berminyak, jerawat timbul dan boleh terjadi jeragat!

Youth Gel Oil Cleanser membersih, menghalus dan menyediakan kulit kita secara lembut untuk wajah yang lebih berseri. Hanya perlu picit sebesar kacang pea ke atas tapak tangan yang basah, ratakan ke seluruh wajah dan bilas 😊

 

Berminat dengan Set Youth Skincare? Set Youth ini boleh dibeli dengan dua cara:

1.    Anda boleh layari Shaklee website https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1441796  untuk terus beli di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun 

2.    Whatsapp saya di https://www.wasap.my/60166203735/sayanakyouth dan saya akan bantu belikan untuk anda. Hassle free :P

 

Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Klang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

 

Enjoy!

_cikEdahyu :)




Post a Comment

39 Comments

  1. sayalah tu kulit berminyak :(

    ReplyDelete
  2. Wow thanks for sharing these tips on choosing a good facial cleanser to people with oily skin. Thanks for this useful guide. Now we know how to choose.

    ReplyDelete
  3. dulu pernah pakai cleanser youth ni, lepas guna memang muka lembab je rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, saya memang tengah pakai sekarang..lembap lembut je rasa 🥰

      Delete
  4. Pencuci muka antara produk harus ada dan memang harua cuci muka beraih...tk atas perkongsian prosuk baharu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cleanser ni kira macam basic item la kan, terima kasih ☺️

      Delete
  5. Sis jenis kulit kering.. mulanya ingat berminyak juga, tapi lepas buat ujian muka tu, kesahnya kering kulit Sis.. bagus ni produk shaklee..ramai kawan Sis guna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bagus. Yang lagi best,cleanser ni memang sesuai untuk semua termasuklah yang kulit kering & sensitif.. sebab jenis gel oil 🤩

      Delete
  6. Sayalah pemilik kulit berminyak tu. Cantik betul packaging dia - nampak sangat remaja dan exclusive

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama, kulit berminyak juga 😅..modern sangat packaging ni, tak payah bukak penutup cleanser tu..just pulas & picit je..hehe

      Delete
  7. Youth Gel Oil Cleanser is new to me. Thank you for the sharing..looks good

    ReplyDelete
  8. Benda penting dalam penjagaan muka ialah pencuci.. Pernah dulu waktu remaja main pakai je apa2 epncuci, muka tak serasi. Dh besar baca sana sini. Baru tau.. Youth ni ramai juga kata bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, masa muda remaja senang tergoda..haha
      Alhamdulillah, serasi dengan Youth ☺️

      Delete
  9. Penting kena buat pilihan pencuci muka untuk kulit berminyak boleh cuba cara ni, tapi sya yang kulit kering ada juga cara lain lebih suka guna pelembab dan serum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari cleanser untuk kulit kering juga, macam Youth cleanser jenis gel oil ☺️

      Delete
  10. My face ni combination condition pulak.. depending dengan cuaca juga.. Boleh la try juga ni since I memang ada amalkan facial routine and looking for products that suit me well.

    ReplyDelete
  11. ooo Youth ni produk Shaklee ker , nanti nak try saya hubungi awak yer sebab setahu saya brand Shaklee ni memang dah lama ada dalam pasaran dan memang terjaga kualitinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, Youth ni Shaklee punya skincare. Shaklee memang details pasal kualiti and klinikal study..hehe

      Boleh contact saya, ye 🥰

      Delete
  12. Dulu saya confuse dgn kulit sendiri. Rasa macam berminyak, tapi bila pakai set penjagaan kulit berminyak, jadi lebih teruk. Rupanya kulit dehydrated dan macam yg awak cakap la, dia akan over produce sebum. Kesimpulannya, kena betul2 tahu jenis kulit dan pilih produk yg sesuai.

    ReplyDelete
  13. Bagus ni. Sebab pernah baca review yg bg komen positive lepas guna produk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya pun tengah guna..memang serasi..hehe

      Delete
  14. Baru tahu cara yang betul untuk cuci muka. sebelum main bedal je cuci muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..kalau nak ikut skincare memang banyak stepnya 😆..but first step is the cleanser 🥰

      Delete
  15. Aku bila da semakin meningkat umur baru kisah sangat dengan kulit wajah. Dulu, main gasak je haha. Pemilihan pencuci yang sesuai dgn kulit memang penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muda remaja senang tergoda..dah ada ilmu banyak sikit, baru memilih..hehe

      Delete
  16. Terima kasih atas perkongsian yang bagus ni. Saya pun tak sure kadang-kadang nk pilih skincare yang sesuai dengan kulit sendiri

    ReplyDelete
  17. waa.. dah agak dah mesti Shaklee.. hee~ atie memang consumer dan suka dengan produk Shaklee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, geng! saya pun serasi dengan Shaklee :)

      Delete
  18. selalu jugak dengar pasal produk youth ni. kulit muka sy pun berminyak mungkin boleh tukar guna youth nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, Nik :) Saya pun kulit berminyak, lembut lembap je lepas cuci muka

      Delete
  19. terima kasih kongsi ilmu ni, huda memang ada masalah kulit berminyak . artikel ni sangat bagus untuk atasi masalah ni.

    ReplyDelete
  20. terima kasih for sharing this.. just nak tanya adakah produk youth ni sesuai dengan orang yang ada masalah psoriasis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Tengkubutang, Youth skincare ni bebas dari bahan pencemar dan racun perosak, and its 100% vegan dan natural. Boleh refer di entry ini juga ye (link di bawah)

      http://www.vitaminayu.com/2020/12/8%20Sebab-Anda-Perlu-Pilih-YOUTH-Skincare.html

      Hope it helps :)

      Delete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.