5 Vitamin untuk Rambut Gugur

 

5 Vitamin untuk Rambut Gugur

Vitamin untuk Rambut Gugur// Bangun tidur je, nampak rambut banyak atas bantal Asalkan sikat rambut je, banyaklah rambut yang tertinggal di gigi sikat tu

Selalu kita mengeluh rambut banyak gugur kan..rasa macam nak botak pun ada..huhu

Tahu tak, rambut juga perlukan vitamin supaya kekal sihat tau! Nak tahu tak vitamin-vitamin yang rambut kita perlukan untuk elakkan keguguran rambut? Jom saya share vitamin-vitamin untuk bantu rambut tumbuh dengan sihat.

1.   Vitamin A

Kulit rambut cukup kelembapan = rambut sihat

1.   Vitamin A

Vitamin A berfungsi untuk membantu pengeluaran sebum (minyak) oleh kelenjar kulit. Sebum ini penting untuk memastikan kelembapan kulit kepala kita, seterusnya menjadikan rambut yang sihat dan kuat. Jadi, rambut gugur dapat dielakkan.

2.   Vitamin B

Folikel rambut kuat = elakkan rambut gugur

Vitamin B elakkan rambut gugur

Vitamin B yang mencukupi dapat meningkatkan kadar pertumbuhan rambut dan menguatkan folikel rambut. Vitamin B yang mencukupi dapat membantu penghasilan darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen dan nutrien yang secukupnya ke kulit kepala dan folikel rambut kita. Sebab itulah, keguguran rambut dapat dielakkan apabila rambut kita mendapat oksigen dan nutrien yang cukup.

3.   Vitamin D

Folikel rambut baru = pertumbuhan rambut baru

Vitamin D untuk pertumbuhan rambut baru

Vitamin D boleh didapati melalui pendedahan kepada cahaya matahari, mudah kan? Jika Vitamin B penting untuk menguatkan folikel rambut, Vitamin D pula dapat membantu pertumbuhan folikel rambut yang baru, untuk pertumbuhan rambut.

4.   Omega 3

Nutrisi diserap dengan baik = rambut sihat

Omega 3 Folikel rambut baru

Omega 3 merupakan asid lemak penting untuk kebaikan kesihatan tubuh dan juga kesihatan rambut. Untuk kesihatan rambut, Omega 3 memastikan membrane sel yang sihat, supaya nutrisi dapat diserap ke sel kulit kepala dan rambut dengan optimum.

5.   Vitamin C

Antioksidan = menahan radikal bebas dari menyerang tubuh

Vitamin C Antioksidan

Vitamin C merupakan vitamin larut air dan kaya dengan antioksidan. Vitamin C juga penting dalam mencipta protein kolagen untuk struktur rambut yang kuat.

Badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Jadi, kita perlu mengambil Vitamin C dari sumber luar seperti supplement, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Boleh baca: Vitamin C tinggi antioksidan

Dapat sesuatu? 😊

 

Enjoy!

_cikEdahyu :)

Post a Comment

4 Comments

  1. singgah baca tentang vitamin ;)

    ReplyDelete
  2. Tulah kdang2 rasa mcm cukup vitamin utk rambut rupanya tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Nina, sebab kita tak nampak kan :( saya pun dah start kena take care lebih ni :)

      Delete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.