Travelog Japan, Spring 2018: Sakura di Kyoto// Trip Spring
Japan ni kami combine dengan Jeju. Kami di Jeju 4 hari 3 malam, dan naik flight
T’way Air ke Japan Kansai International Airport.
Hari pertama di
Japan, kami habiskan masa di Universal Studio Japan (USJ) 😊
Kalau pergi theme park macam ni, wajib spend masa seharian tau. Itu pun rasa terkejar-kejar
rasanya..haha..later saya akan buat entry USJ ye.
Hari kedua di
Japan, kami naik train ke Kyoto. Kami memang dah beli Osaka Amazing Pass (train
pass) siap-siap dari Malaysia sebab kalau kat Japan ni memang senang naik train
je, easy access.
Kami naik train
awal pagi ke Kyoto untuk kejar Sakura. Nervous sebab kat Jeju, dah tak banyak cherry blossoms-nya 😅
Sampai Saga Arashiyama
Station Kyoto, kami berjalan ke arah Arashiyama Bamboo Forest. Berjalan
perlahan-lahan sambil tengok rumah-rumah orang Japan sampai jumpa kedai
basikal. Kami memang plan nak sewa basikal hari ini.
Sebelum ni kalau
ke Kyoto, kami berjalan je. Kali ini, nak try feeling berbasikal pula..haha..
Sewa basikal: 1000 yen seorang
Berhanami di Arashiyama, Kyoto
First, kita cari port untuk berhanami! Alhamdulillah, Kyoto masih banyak bunga sakura 😍 Hanami ni sebenarnya aktiviti berpiknik sambil tengok-tengok bunga sakura yang cantik, dengan weather yang memang just nice untuk berkumpul dan berehat di luar rumah.
Kami berbasikal
ke arah Jambatan Togetsukyo ke seberang sungai dan cari port untuk bentang alas
untuk duduk (boleh bawa tikar atau alas sendiri). Masa kami sampai, dah ramai
juga yang dah start ber-hanami. Ada yang main games, ada yang berborak-borak
je.
Selepas berehat-rehat
dan berpiknik, kami start kayuh basikal untuk explore Kyoto ni.
Tengah kayuh-kayuh, nampak torii gate. Jadi, kami berhentilah sekejap nak tengok ada apa. Kami tinggalkan basikal dan daki tangga yang ada. Tak tinggi pun, sekejap je dah sampai.
Boleh naik atas
lagi rasanya, dah tak ingat shrine apa. Tapi kalau untuk kita tengok
pemandangan, sampai atas ni pun dah cantik dah.
Berbasikal di tepi sungai
Kemudian, kami berbasikal perlahan-lahan sepanjang sungai. Tak payah bawa laju-laju pun, nak pergi mana kan? Haha..ramai yang berjalan kaki juga di laluan ni, jadi kena bawa berhati-hati sikit basikal tu.
Kalau datang
waktu musim luruh, daun pokok-pokok belakang tu akan penuh dengan warna merah,
kuning..cantik sangat tau!
Kemudian, kami mencari spot untuk tengok scenic train. Kalau ikutkan, kita boleh nampak laluan Sagano Scenic train dari sini.
Tunggu punya tunggu Sagano scenic train, kami ambillah gambar dan pilih spot..haha..agak ramai juga yang menunggu train ni. Akhirnyaaaaa, dengar sayup-sayup bunyi train. Yay! Scenic train dah sampai 😃
Kami tak pernah naik scenic train ni sebenarnya. Satu, sebab kena bayar (agak kedekut..haha) dan kedua memang kena book awal. Jadi, kami selalu skip scenic train ni. Tapi, one fine day nak cuba naik juga.
Memang gembira
dan puas hatilah dengan pemandangan sakura di Kyoto ni. Cantik sangat!! 😍😍
Oh, basikal tadi
kita tak perlu pulangkan balik di tempat kita ambil. Ada tempat pulang yang
lain, boleh juga drop basikal tu. Mudah.
Jadi, kami drop
basikal dan berjalan ke Saga Arashiyama station semula. Ambil feel jalan-jalan
pula 😊
Lunch di Naritaya, Kyoto
Naritaya Halal
Yakiniku ni BBQ style halal beef di Kyoto. Jadi, balik dari Arashiyama kami
terus ke Naritaya untuk lunch.
Dari train
station, perlu berjalan sikit untuk ke Naritaya ni, tapi masih dalam walking
distance. Sebenarnya, kalau ke Japan ni memang selalunya train dan berjalan je.
Kami ada juga naik
bas, tapi agak jarang lah.
Masa kami sampai Naritaya ni, kedai baru nak buka. Jadi, kiranya kami pelanggan pertama waktu tu sebab kedai buka je, kami terus masuk.
Hanami di Maruyama Park
Lepas lunch,
kami berjalan mencari Maruyama Park. Terjumpa temple ni tapi tutup pula. Jadi,
kita ambil gambar dari luar saja.
Jumpa bazar Japan! Meriah betul 😊 ada macam-macam makanan (memang tergoda)..haha
Ramai yang ber-hanami di sini. Dan memang dah tersedia tikar di Maruyama Park ni, tinggal duduk dan jaga kebersihan je.
Waktu ni sudah lewat petang, jadi cuaca dah agak sejuk dah. Kalau datang Maruyama ni awal mesti lagi cantik dengan langit biru, sebab kat sini memang banyak sakura 😀
Pusing-pusing
bazar tadi, memang tergoda juga..haha..beli Strawberry Mochi sebab cantik 😋
Pablo Cheese Tart, Kyoto
Kalau datang ke
Japan, memang kami tak lepaskan untuk makan Pablo Cheese Tart ni. Memang
sedap.
Kedai Pablo Cheese Tart ni berdekatan dengan Yasaka Shrine, memang nampak je dari tepi jalan. Selain Kyoto, kami ada jumpa kedai Pablo ni di Shinsaibashi Shopping Street juga.
Hopefully masih ada lah kedai Pablo ni, dah lama tak ke Japan ni 😂
Depan Yasaka
Shrine ni, Gion area. Semacam shopping street yang kiri kanan ada je label atau
kedai yang nak masuk..haha..kedai souvenir pun banyak je kat street ni. Kedai
Hello Kitty pun ada tau.
Kyoto Station
Dari Gion, kita
boleh naik train atau bas untuk ke Kyoto Station. Tapi malam masih awal dan
weather pun OK untuk jalan-jalan, jadi kami pilih untuk berjalan kaki je ke
Kyoto Station. Agak jauh jugaklah dalam 30-40 minit nak sampai.
Kalau yang nak kejar masa, eloklah naik train. Laju je sampai 😊
Di Kyoto Station, kita boleh naik ke tingkat atas untuk view Kyoto dari atas. Just follow direction ke “Happy Terrace” untuk naik ke tingkat atas.
Dari view ni,
Kyoto Tower nampak macam jauh kan?
Sebenarnya, Kyoto Tower ni betul-betul depan Kyoto Station ni je. Bila ambil gambar reflection dari cermin di Happy Terrace ni, nampak jauh pula.
You guys pernah visit ke Kyoto, Japan? Boleh lah share pengalaman you guys di ruangan komen ya!
Enjoy!
_Edahyu
😊
Trip
Japan Spring ni, kami combine dengan trip Jeju-do.
1 Comments
Aduh!! Aduh!! Seronoknya.. Terima kasih berkongsi pengalaman..
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.