Travelog Jeju, Spring 2018: Jeongbang Waterfall Dan Play KPop (Day 3)
Jeongbang Waterfall
Ada 3 waterfall
yang terkenal di Jeju: Jeongbang Waterfall, Cheonjiyeon Waterfall dan Cheonjeyeon Waterfall. Disebabkan Jeongbang Waterfall paling dekat
dengan Seogwipo ni, kita pergi Jeongbang Waterfall je lah.
Entrance fee:
2,000KRW per person
Kena hiking sikit untuk sampai ke waterfall ni, elok pakai shoes atau kasut yang bersesuaian.
Tiada apa nak
buat kat sini selain bergambar dan kami lepak rendam kaki sekejap. Sejuk
airnya! Jadi, spend sedikit masa je kat sini 😊
Play KPop
Next, kami ke
Play KPop untuk penuhi hasrat fangirl Big Bang..haha..agak jauh rasanya. Tapi,
on the way tu kami singgah supermarket beli stock Maxim Coffee etc jadi
berbaloi je lah..haha
Kami gerak dari Play
KPop ni dah lewat petang nak ke malam, cari restoran semua kebanyakannya black
pork restaurant (kat Jeju memang famous black pork ni). Kami ada juga berhenti
kat satu restoran ni, takde gambar pork tapi kena halau
keluar..haha..sadis..ganas betul ahjumma tu 😂 Malas nak layan tourist tak reti
cakap Korea lah tu..hahah!
Jadinya, balik
lah kita ke Seongsan. Makan malam di restoran sebelah Seongsan Ilchulbong.
Rezeki jumpa
restoran di Seongsan Ilchulbong ni sebab kami dah hampir give-up dah, keletihan. Last
resort, nak repeat je makan di restoran semalam. Nasib baik, rezeki dapat rasa
makanan Jeju yang lain.
Dinner: 38,000KRW total
Done Day 3 di
Pulau Jeju, memang aktiviti dari pagi sampai ke malam. Balik hotel untuk
berehat dan tidur je. Esok nak check-out dah.
You
guys pernah pergi ke Jeju-do? Boleh lah share pengalaman you guys di ruangan
komen ya!
Enjoy!
_Edahyu
😊
Travelog Jeju, Spring 2018: Manjanggul Lava Tube - Salah Satu Lava Tube Terbesar Di Dunia (Day 2)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.