Travelog Jeju, Spring 2018 (Day 2)// Dari Manjanggul
Lava Tube, plan kami seterusnya nak ke Udo. Udo ni sebenarnya satu pulau kecil
berhampiran Jeju. Kita boleh ke Udo dengan naik feri dari Seongsan Port. Kami
parking separuh hari, bayar 5,000KRW.
Sampai je Seongsan Port, kami beli tiket pergi dan balik (8,500KRW seorang) dan terus naik feri. Tak pasti jadual feri macam mana, tapi kami tunggu tak lama. Terus dapat naik feri ke Udo.
Sampai je Udo, kami cari kedai sewa basikal. Tak jauh dari jeti, memang akan nampak bila keluar dari pintu gerbang Udo ni. Kami sewa basikal seorang satu untuk ronda-ronda island ni. Sewa basikal: 10,000 KRW seorang.
Jalan-jalan mencari kedai makan, kami memang dah target nak makan lobster kat sini. Kayuh-kayuh punya kayuh, akhirnya jumpa restoran “CocoMama” ni. Restoran ni mengadap laut, jadi dapatlah makan sambil tengok pemandangan laut yang cantik.
Lobster set ni ada ayam sebenarnya tapi sebab kita tak boleh makan ayam, kita request siap-siap untuk tak masukkan ayam dalam set ni. Portion ni pun dah cukup besar rasanya. Kenyang!
Dapat aiskrim
free sebab kami tak amek ayam dalam set lobster tadi..haha..jadi, dia gantikan
dengan aiskrim. Sedap!
Lunch CocoMama lobster: 58,500KRW total
Selepas makan, kita sambung kayuh basikal pusing pulau ni.
Oh, air mango ni specialty Udo. Boleh lah cuba minum air mango di Udo ni!
Sampai waktu
untuk pulang ke Jeju semula, sebelum hari makin gelap. Luangkan masa separuh
hari di sini, just nice la. Boleh berbasikal pusing pulau, makan lobster dan
rehat tengok laut. Tenang dan cantik. Pulau ni pun tak crowded.
Recommended! 👍👍
You
guys pernah pergi ke Jeju-do? Boleh lah share pengalaman you guys di ruangan
komen ya!
Enjoy!
_Edahyu
😊
Travelog Jeju, Spring 2018: Manjanggul Lava Tube -Salah Satu Lava Tube Terbesar Di Dunia (Day 2)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.