Assalaamualaikum…hai!
Banyak
sangat jenama atau produk skincare di pasaran, kan. Kadang-kadang kita sampai
tidak tahu mahu menggunakan produk yang mana satu, dan muka mula menjadi bahan
eksperimen pula 😅. Sebelum membeli sesebuah produk skincare, penting
untuk kita tahu jenis kulit wajah kita.
Baca: Cara Kenali Jenis Kulit WajahBerminyak
Jika kulit wajah anda jenis berminyak, di
sini saya kongsikan cara memilih pencuci muka yang bersesuaian untuk anda.
Membersihkan kotoran dari wajah
Pencuci muka tentulah fungsinya untuk
membersihkan muka kita dari kekotoran kan? Untuk mengetahui sama ada muka kita
betul-betul bersih selepas dicuci, kita boleh cuba cara ini:
1.
Ambil kapas dan basahkan dengan toner
2.
Sapukan pada keseluruhan muka
3.
Muka yang bersih sepenuhnya tidak akan ada
kesan kotoran pada kapas. Jika masih ada kotoran, maknanya muka anda belum
cukup bersih tau 😊
Membersihkan kotoran pori-pori
Pencuci muka yang bagus adalah pencuci muka
yang dapat membersihkan liang pori-pori. Ini untuk memastikan muka kita
betul-betul bersih dan pori-pori tidak tersumbat akibat dari muka berminyak dan
pemakaian mekap harian.
Kulit tidak kering
Kulit wajah kita memerlukan kelembapan. Apabila
kulit kita kering, kelenjar minyak akan perasan kelembapan kulit kita
berkurangan dan akan auto-produce lebih banyak minyak untuk memastikan
kelembapan kulit kita mencukupi. Elok-elok nak kurangkan muka berminyak, kulit
muka makin berminyak dan jerawat makin naik pula 😢😢
Jadi, pencuci muka kita wajib yang tidak
mengeringkan untuk memastikan kulit makin tidak berminyak!
Melembapkan kulit
Selain membersih, pencuci muka perlu
melembapkan kulit dan tidak mengeringkan. Pencuci muka yang melembapkan dapat
membantu tahap pengeluaran minyak wajah kita dan juga mengekalkan kelembapan
semulajadi kulit kita.
Bertindak secara lembut
Pencuci muka yang terlalu kuat boleh memberi
kesan sampingan yang merbahaya. Ia boleh menghakis pigmen dan menjadikan
lapisan kulit kita menipis, dan lebih terdedah kepada sinaran UV. Nanti, masalah
jeragat pula timbul.
Sebab itulah, langkap pertama untuk kulit
yang cantik dan sihat adalah memilih pencuci muka yang sesuai. Sebab jika
tersalah pilih, kulit boleh menjadi semakin berminyak, jerawat timbul dan boleh
terjadi jeragat!
Youth Gel Oil
Cleanser membersih, menghalus dan menyediakan kulit kita secara lembut untuk
wajah yang lebih berseri. Hanya perlu picit sebesar kacang pea ke atas tapak tangan
yang basah, ratakan ke seluruh wajah dan bilas 😊
Berminat dengan Set Youth Skincare? Set Youth ini boleh
dibeli dengan dua cara:
1.
Anda boleh layari Shaklee website https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1441796 untuk
terus beli di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun
2.
Whatsapp saya di https://www.wasap.my/60166203735/sayanakyouth dan saya akan bantu belikan
untuk anda. Hassle free :P
Hubungi
saya: _cikEdahyu
Whatsapp:
016-6203735 Klik sini
Page
FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock
(vitaminayu)
Your
certified Shaklee Product Consultant
COD
Klang
Pengeposan
ke seluruh Malaysia
Enjoy!
_cikEdahyu :)
39 Comments
sayalah tu kulit berminyak :(
ReplyDeleteSamalah kita...gerammmm je kan
DeleteWow thanks for sharing these tips on choosing a good facial cleanser to people with oily skin. Thanks for this useful guide. Now we know how to choose.
ReplyDeleteGlad it helps! 🤩
Deletedulu pernah pakai cleanser youth ni, lepas guna memang muka lembab je rasa.
ReplyDeleteBetul tu, saya memang tengah pakai sekarang..lembap lembut je rasa 🥰
DeletePencuci muka antara produk harus ada dan memang harua cuci muka beraih...tk atas perkongsian prosuk baharu ini.
ReplyDeleteCleanser ni kira macam basic item la kan, terima kasih ☺️
DeleteSis jenis kulit kering.. mulanya ingat berminyak juga, tapi lepas buat ujian muka tu, kesahnya kering kulit Sis.. bagus ni produk shaklee..ramai kawan Sis guna..
ReplyDeleteMemang bagus. Yang lagi best,cleanser ni memang sesuai untuk semua termasuklah yang kulit kering & sensitif.. sebab jenis gel oil 🤩
DeleteSayalah pemilik kulit berminyak tu. Cantik betul packaging dia - nampak sangat remaja dan exclusive
ReplyDeleteSama, kulit berminyak juga 😅..modern sangat packaging ni, tak payah bukak penutup cleanser tu..just pulas & picit je..hehe
DeleteYouth Gel Oil Cleanser is new to me. Thank you for the sharing..looks good
ReplyDeleteGlad it helps!
DeleteBenda penting dalam penjagaan muka ialah pencuci.. Pernah dulu waktu remaja main pakai je apa2 epncuci, muka tak serasi. Dh besar baca sana sini. Baru tau.. Youth ni ramai juga kata bagus
ReplyDeleteSamalah, masa muda remaja senang tergoda..haha
DeleteAlhamdulillah, serasi dengan Youth ☺️
Penting kena buat pilihan pencuci muka untuk kulit berminyak boleh cuba cara ni, tapi sya yang kulit kering ada juga cara lain lebih suka guna pelembab dan serum
ReplyDeleteBoleh cari cleanser untuk kulit kering juga, macam Youth cleanser jenis gel oil ☺️
DeleteMy face ni combination condition pulak.. depending dengan cuaca juga.. Boleh la try juga ni since I memang ada amalkan facial routine and looking for products that suit me well.
ReplyDeleteBoleh try! Saya pun recommend 🥰
Deleteooo Youth ni produk Shaklee ker , nanti nak try saya hubungi awak yer sebab setahu saya brand Shaklee ni memang dah lama ada dalam pasaran dan memang terjaga kualitinya...
ReplyDeleteHaah, Youth ni Shaklee punya skincare. Shaklee memang details pasal kualiti and klinikal study..hehe
DeleteBoleh contact saya, ye 🥰
Dulu saya confuse dgn kulit sendiri. Rasa macam berminyak, tapi bila pakai set penjagaan kulit berminyak, jadi lebih teruk. Rupanya kulit dehydrated dan macam yg awak cakap la, dia akan over produce sebum. Kesimpulannya, kena betul2 tahu jenis kulit dan pilih produk yg sesuai.
ReplyDeleteSetuju, glad it helps ✌️
DeleteBagus ni. Sebab pernah baca review yg bg komen positive lepas guna produk ni
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya pun tengah guna..memang serasi..hehe
DeleteBaru tahu cara yang betul untuk cuci muka. sebelum main bedal je cuci muka
ReplyDeleteHaha..kalau nak ikut skincare memang banyak stepnya 😆..but first step is the cleanser 🥰
DeleteAku bila da semakin meningkat umur baru kisah sangat dengan kulit wajah. Dulu, main gasak je haha. Pemilihan pencuci yang sesuai dgn kulit memang penting
ReplyDeleteMuda remaja senang tergoda..dah ada ilmu banyak sikit, baru memilih..hehe
DeleteTerima kasih atas perkongsian yang bagus ni. Saya pun tak sure kadang-kadang nk pilih skincare yang sesuai dengan kulit sendiri
ReplyDeleteGlad it helps! Boleh cuba ya ☺️
Deletewaa.. dah agak dah mesti Shaklee.. hee~ atie memang consumer dan suka dengan produk Shaklee..
ReplyDeletehai, geng! saya pun serasi dengan Shaklee :)
Deleteselalu jugak dengar pasal produk youth ni. kulit muka sy pun berminyak mungkin boleh tukar guna youth nanti
ReplyDeleteBoleh, Nik :) Saya pun kulit berminyak, lembut lembap je lepas cuci muka
Deleteterima kasih kongsi ilmu ni, huda memang ada masalah kulit berminyak . artikel ni sangat bagus untuk atasi masalah ni.
ReplyDeleteterima kasih for sharing this.. just nak tanya adakah produk youth ni sesuai dengan orang yang ada masalah psoriasis?
ReplyDeleteHi Tengkubutang, Youth skincare ni bebas dari bahan pencemar dan racun perosak, and its 100% vegan dan natural. Boleh refer di entry ini juga ye (link di bawah)
Deletehttp://www.vitaminayu.com/2020/12/8%20Sebab-Anda-Perlu-Pilih-YOUTH-Skincare.html
Hope it helps :)
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.