Travelog Jeju, Spring 2018 (Day 2)// Salah satu
tempat menarik bila visit Jeju ialah Manjanggul
Lava Tube atau Manjanggul Cave.
Manjanggul Lava Tube: 4,000KRW per person.
Manjanggul Lava
Tube ni merupakan salah satu lave tube yang terbesar di dunia. Ia sepanjang
7,400 meters, tinggi maksimum 25 meters dan lebar 18 meter. Dan Manjanggul ni
terbentuk ratusan tahun dahulu.
Sumber: Korea Tourism Organization
Nervous tak nak masuk? 😀
Manjanggul Lava
Tube ni ada 3 laluan masuk katanya, tapi hanya 1 laluan ni saja dibuka untuk
pelancong (keluar dan masuk tempat yang sama). Dari 7.4km Manjanggul Lava Tube
ni, hanya dalam 1km sahaja yang dibuka untuk pelancong.
Berbaloi ke? Sangat berbaloi!!
Pada penggemar geologi mesti happy datang sini. Ada stalagtite, stalagmite and batu-batu cantik dalam ni..haha..saya yang tak pandai sangat ni pun rasa teruja 😊
Ada kawasan yang terang dengan lampu, dan ada juga kawasan yang agak gelap dan basah. Nasib baik kami memang pakai kasut, jadi confident lah juga nak berjalan dalam Manjanggul Lava Tube ni. Bukan apa, takut tergelincir je 😅
Bila jumpa batu
tinggi ni, maknanya kita dah sampai ke akhir kawasan yang dibuka pada pelancong.
Kat sini ada spotlight, jadi jangan risau memang on-point la nak
bergambar..hehe
Penjelasan
mengenai lava column di sini:
“A lava column
forms when lava pours down from the ceiling to the floor and congeal. Lava
columns are found in many lava tubes elsewhere around the world.
However, the 7.6m high lava column in Manjanggul Lava Tube is the largest lava column in world. The lava poured down from the ceiling spread across the floor of the lower passage and made well-developed lava toes"
Dah sampai hujung ni, kami berpatah balik sebab jalan keluar sama macam jalan keluar tadi 😊
Kami tak spend banyak masa pun di sini. Datang awal
pagi, orang tak ramai dan jalan dalam cave tu pun dengan tenang.
Recommended! 👍👍
Jeju juga terkenal dengan laut biru yang cantik, kan.
Lagi-lagi cuaca tengah elok ni. Kami pilih laluan tepi laut..hehe..Cantik beach
ni dengan laut birunya lagi 😍
Next, kami ke
Seongsan Port untuk ke U-do.
You
guys pernah pergi ke Jeju-do? Boleh lah share pengalaman you guys di ruangan
komen ya!
Enjoy!
_Edahyu
😊
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.