The best memories in Rawa Island, Johor

Sebenarnya Rawa Island ni memang dah termasuk dalam travel list lama dah, tapi tahun 2020 ni baru berkesempatan dapat pegi. Rawa Island ni terletak di Johor dan hanya ada dua (2) accommodation di pulau ni. Satu is Rawa Island Resort dan satu lagi adalah Alang’s Rawa. We opt for Alang’s sebab more economical to us. Hehe..

From Terminal Bersepadu Selatan (TBS), kami naik bas malam Transnational ke Mersing. Sebabnya malas nak drive dan malas nak fikir nak parking kat mana. Bas pukul 11.30pm tapi kena datang awal sikit sebab kena tukar physical tickets setengah jam awal. First time naik bas dari TBS ni. Macam WOW! jugak la..selesa dan besar. Tempat tunggu pon sufficient banyak. Tetiba teringat bus station Madrid yang gonjeng tu..dahlah kesejukan tunggu bas nak ke Granada 1.30am..memang kesejukan dan takde proper tempat duduk. Malaysia Boleh! *tetiba* 😝

Tiket bas harga RM32.80 one-way..beli je online, senang. Tapi, masa kitorang nak beli quite penuh gak la. So, better book fast, jangan take for granted dengan tiket bas ni.

Siap ada terminal/ gate sendiri OK! Giler hebat 😎

Naik bas ni pun, ada pengalaman menarik. Rupanya bas ikut laluan Pahang..lalu Muadzam Shah, Tanjung Gemok etc. Hamek, jalan kampung. Tapi, takpe rileks lagi sebab bas malam kan. Tido je lah 😎.. Yang best nya, pakcik driver bas ni tak familiar dengan jalan ke Johor! Sebab katanya dia replacement driver, biasanya dia drive ke arah utara. Adoyaiii..macam ni pun ada 😢. Nasib baik la ada yang dah biasa naik bas ke Mersing ni, tunjukkan jalan ke bas terminal Mersing sebab bas ni dah terlajak..haha

Sampai bas terminal Mersing dalam 5am kot. Rileks duduk jap bagi bearing aligned dulu, baru bergerak jalan ke arah jeti sebab terminal bas dia pon macam deserted je. Berjalan dalam 15minit je dah sampai jeti. Berhenti kat Mersing Harbour Centre dulu sebab macam lagi proper sebab senang nak solat subuh and siap-siap. Kat sini pagi-pagi pon dah ramai orang ye..untuk beli ticket ferry or boat.

Kami tak beratur pun, sebab boat transfer dah memang dalam package. Checked-in Alang’s ni sebenarnya pukul 2pm tau. Tapi disebabkan kami dah sampai Mersing ni pepagi buta, kami arranged dengan boat provider tu untuk pegi Alang’s awal. Alhamdulillah, kebetulan ada guest yang nak checked out 11am, so kami dapatlah naik bot dari Jeti Mersing 10am camtu. 

Pintu masuk Jeti Mersing

Tempat bergambar di depan pintu masuk jeti

 

Dari pintu jeti, belah kira ke Rawa Island Resort reception dan toleh ke kanan, akan nampak Alang’s office.. Nampak tak perbezaan darjatnya di situ 😆😅


Sementara tunggu bot, kami lepak di Alang’s office ni. Ada aircond..hehe..Sampai masa, kami di guide untuk ke jeti. Dannn…boat tu kami yang punya!! Hahahaha..

Kami berdua je dalam bot sebab odd hours kan 😃😃

Pemandangan di Jeti Mersing

Bot menghampiri Rawa Island

Sebelah kiri dah boleh nampak Rawa Island Resort punya jeti

Alang’s A-Frame💓

Sampai je Rawa..macam wahhh, Subhanallah..memang cantik 😇. Lepas letak beg kat reception (eventhough sampai awal, checked in still 2pm). Tapi, kami dapat meja untuk letak beg dan rehat-rehat sementara menunggu lunch dan checked in..not bad lah, kan. Lepas tu, servis memang terbaik la..eventhough guest Alang’s turun tepi pantai je (Rawa Island Resort’s guest turun kat jeti dia tu…macamlah jauh nauuu) tapi service angkat beg dari dalam bot ke reception, ok 😝😝

Lepas duduk-duduk kejap, apalagi..pusing la ambil-ambil gamba kan..

Alang’s Rawa boat

Jeti Alang’s vs Jeti Rawa Island Resort 😋

Laut dan langit yang membiru

Decoration di reception/ lounge/ restaurant. Kat sinilah segalanya. Makan, nak baca buku yang disediakan atau main games


Kelengkapan kayak, vest, goggle yang disediakan untuk guest

Table assigned untuk each house/ room


Rawa Island Resort dengan Alang’s Rawa ni sebelah-sebelah je. Takdelah jauh nauu macam yang dibayangkan. So, kami jalan-jalan je di sekitar Rawa Island Resort juga. Memang rasa eksklusif la. Sempat kami tumpang main ping pong 💃💃 Lepas penat main ping pong, kami berbaring kat bean bag tepi pantai..haha..merempat belum boleh check in..

Around 12.30pm rasanya, staff Alang’s panggil bilik dah sedia..Alhamdulillah, laju 👍

Kami dapat bilik A-frame and condition dalam bilik pun, not bad. Cantik and bagi saya cukuplah..walaupun takde aircond. Tapi, memang tak perlu aircond pun.. Sabun pun wangi. Cuma air dia memang masin air laut. Jadi, kami memang bawa mineral water siap-siap untuk berus gigi. Macam tak lalu je nak cuci gigi guna air masin kan…haha


A-frame type – our house for 2 nights & 3 days

Macam-macam disediakan..tapi, Alhamdulillah..takyah guna pun

Elok je letak beg rehat-rehat, staff panggil pulak untuk lunch..yay!

FYI, makanan dah included dalam package (termasuklah boat pergi-balik), tapi takde air minuman. Kalau nak air, kena order lain lah. If nak snacking pun order lain. Tapi, bagi saya not bad lah harganya.. snack around RM8 - RM13 dengan kuantiti 2 orang boleh share.. Coke RM8, air buah RM15.

Package makan adalah untuk dinner hari sampai, full day course (breakfast, lunch & dinner) and last day ada breakfast dan lunch. Tapi, kami request untuk lunch hari sampai. Jadi, hari balik nanti takde lunch, atau if nak lunch akan jadi extra charge.

Alang’s time table

Lunch 1st day with view 😍😍


Subhanallah. Punyalah clear kan..nampak belah sana dah hujan



Lepas lunch, masuk bilik and sambung rehatlah..apa lagi. Kebetulan petang tu hujan, memang best la suasana nya 😊😊

Dinner 8pm..ada staff akan panggil untuk inform dinner’s ready. Jadi, takyah risau la kalau terlepas atau taktau dah boleh makan ke..takleh makan ni..hehe

Tenang kan 

Romantic vibes

*katanya weekend malam akan ada party di Alang’s ni.. tapi, 2 malam kami kat sini. Tenang..haha..OK!*

Esoknya pagi-pagi lepas Subuh, terus bersiap untuk hiking. Keluar je bilik nampak ada staff tengah tadah air dalam baldi kat tangga, senang untuk guest basuh kaki. Sweet kan 😛


Dari Alang’s, kami berjalan ke arah Rawa Island Resort dan ikut je signage kat situ, lalu tepi restaurant ke arah belakang – pusing kanan macam naik ramp sikit – and naik tangga. Dan mulalah, pendakian. Haha..start dengan tangga ye..menarik gak la tangga tu punya degree, pagi-pagi lak tu. Tapi, sikit je tak sampai 10 minit pon dah sampai checkpoint pertama (yang ada signage South China Sea). Kita naik atas lagi sikit dan akan ada view laut cantik lagi.

Langit pagi di Rawa Island

*Gambar ramp dari atas*..kat simpang bawah tu, boleh belok kanan ye


Pitstop view point sebelum memulakan pendakian tangga

Jangan terlepas tangga ni ye..sebab ada couple dah terlepas..huhu

Tangga yang menjunam tu 😓😓

Photo with the signage 


Lepas signage “South China Sea” boleh hike atas lagi untuk view lagi cantik





Balik hiking, terus breakfast sebab breakfast is on 8am. Lepas breakfast, kita bermandi-manda lah..mula-mula turun mandi kat area depan bilik je.. turun tangga dah sampai, tu pun dah gembira.


*mudah terhibur kan* Tetiba guest rumah sebelah bagitau kalau berjalan ke depan sikit, ada cave. Kami macam OK, thank you. Tapi, tak pegi. Pastu ada kakak naik kayak lalu, sempat jerit bagitau ‘dik, kat depan tu ada lagi cantik’. Dah 2 orang recommend kan, takleh jadi ni.

Jadi, berjalan la kami beberapa tapak je..wahhhh, ada cave comel and ada tempat rahsia wehhh…takde orang..haha..best

Kecil je cave dia..comel




Bergambar depan rumah. Masa ni air surut bolehlah. Kalau air pasang, sampai kat tiang umah nuuu air naik

Dari rumah A-frame yang hujung ni, jalan ke depan sikit ke arah corner tu, dah jumpa cave comel tu.

 

Lunch Day 2

 

Lunch with view, Subhanallah

Lepas lunch, kami ke bawah jeti..tengok ikan..banyak dan cantik. Paras-paras lutut kita je, amek video or gambar, masukkan tangan je..dapat gamba yang cantik dah 😍

Ikan yang berkeliaran once kita dekat 😂😂


Celup tangan je..dah dapat gambar macam ni 😘😘

View yang tak jemu dipandang dan di ambil gambar

Mandi-mandi sampai hujan dah nak turun…around 4pm rasanya kot. Dan lapar pulak, kami singgah snacking kat restaurant. Order popia rolls and fries. Puas hatilah dengan harga, around RM8 – RM13. Memang tak berebut. Fries dia pulak bukan yang beli frozen tau, tapi memang kentang potong-potong and then goreng tu. Memang sedap 👍

Awan dah gelap..Memang tak puas amek gambar pemandangan Rawa ni 😊😊


Pemandangan waktu hujan

Popia rolls and fries yang sedap

Lepas snacking, kepenatan mandi..tidur la, apalagi..Hahah! Lagi, best bunyi hujan vs ombak kan 😎😍

Terjaga dah lewat petang, keluar jalan-jalan kat jeti nak tengok sunset. 

Pemandangan sunset dari bilik


Jeti…Rawa Island ni ada flag sendiri tau

And 8pm, kita makan..dinner harini BBQ katanya, sebab tadi masa lalu depan restaurant nak ke jeti, nampak dah tempat BBQ dia dah berasap.

Penuh pinggan. Jgn risau, tak kebulur kat sini 😉😆


Last day, morning..huwaaaa..nak balik dah  😭😭


Air pasang

Breakfast ada roti, coco crunch and pancake..tapi, sempat amek gambar roti je 😂😂 buffet jugak..ambillah berapa banyak nak makan. Kitorang makan banyak sikit sebab nanti dah tak ambil lunch. (baca: jimat) (baca lagi: tak percaya pada diri sendiri nak naik bot balik lepas lunch makan heavy) 😅

 
Sudah mau balikkkkk


 

Bot pulang dari Alang’s ke Jeti Mersing ada dua (2) masa je..satu pkl 11am dan satu lagi 3pm, tapi checked out still pukul 12. Bas kitorang pulak, 4pm. Ha…dah pening. If checkout and naik bot pkl 11 tu, kitorang nak buat apa lama-lama kat Mersing tu sambil nak tunggu pukul 4pm? If naik bot pukul 3, sampai jeti around 3.20 – 3.30pm..haaa..sempat ke pulak nak berjalan dari jeti ke terminal bas?

Discuss punya discuss, tak boleh jadi ni..kita gamble je la, moga Allah lindungi. Daripada lepak kat Mersing tu, baik lepak kat Rawa ni tengok view kan 😀 Sampai jeti nanti, kita berlarian lah ke terminal bas. Macam tak biasa, marathon kejar bas or kejar keretapi masa travel kan. Eventhough dalam hati risau, takpe..kita tenang dulu.

So, pkl12 tu checked out… plan nak jalan-jalan area Rawa Island Resort pulak arini..


Gambar gelap I don’t care 😋😋



Ambil-ambil gambar, sampai staff dah datang nak angkat beg..iye, dikkk..akak check out ni 😂..bye, rumah yang best 😊😍💖




Kami berjalan-jalan di sekitar Rawa Island Resort sementara menunggu bot. Rawa Island Resort ni cantiklah, nama pun Resort kan. Tapi, Alang’s lagi relax and tak ramai.





Konsepnya kehijauan



Siap guna solar energy


Photozone

Housekeeping punya buggy pun plate “Rawa”

Tumpang amek gambar 😍


View from Rock Bar


View IslandWalk yang cantik


Tak boleh ber-spa kat sini sebab kitorang duduk Alang’s..xpe, kita datang lain kali duduk sini, kita pegi spa (tiberr)

Memang faham la kenapa Rawa Island Resort ni mahal tapi tetap ramai orang..Memang cantik, facilities pun macam banyak.. Nampak banyak tempat yang disediakan untuk lepak view laut, tapi mungkin sebab guest nya pon ramai kan

Kami balik ke Alang’s restaurant dalam pkl 2pm.. sampai je, staff kat situ bagitau bot akan gerak awal sikit dalam 2.30pm sebab cuaca macam nak hujan. Kami dah, OK, awal..Alhamdulillah. Tak payah lah nak rush berlari ke terminal bas. Sempat juga nak bungkus KFC..haha

Langit gelap nak hujan

Last selfie before naik bot


Bye Rawa

Sampai je jeti, alhamdulillah..hujan belum turun eventhough macam dah redup..Haha..sebab dalam bot tadi terpikir. Kalaulah hujan, nak redah jalan kaki camno. Dahlah confident tak bawak payung 😁😁

Jalan dengan tenang dari jeti, singgah bungkus KFC jap dan sambung jalan ke terminal bas. Makan KFC tu kat terminal bas je senang. Sebab papehal, kita dah sampai terminal bas kan..Hehe..Bas pun Alhamdulillah sampai sharp 4pm, masa tu hujan dah start turun.



Gambar di sekitar Mersing

Naik bas 4pm dan sampai TBS dalam 11pm. Allahuuu..haha..banyak kali fikir, sampai ke sudah fikir betul ke decision naik bas ni. Eventhough dapat tido tapi azab lama dalam bas nya oiiii 😓😭😭.. tambah setengah jam lagi perjalanan balik ke rumah..nasib baik esoknya masih cuti 😉😆

Kalau ada yang tanya nak repeat Rawa lagi tak? Of course, NAK! Insyaallah, ada budget kita duduk kat Rawa Island Resort pulak..dan kena pikir-pikir nak naik bas ke nak drive 😜

 

Enjoy!

-cikEdahyu


2 comments:

  1. Wahh. Syokk nya bercuti kat pulau. 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best!! tapi suffer sunburn sikit lah..hehe

      Delete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.