Assalaamualaikum…hai!
Detox
lemon dengan minum air lemon memang terkenal di kalangan mereka yang mahu mengurangkan
berat badan. Mengapa? Ini kerana:
Lemon
mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi
Buah
lemon terkenal dengan kandungan Vitamin C yang tinggi, selain buah oren.
Vitamin C ini memang terbaik kerana mempunyai antioksidan yang tinggi, yang
dapat menghalang radikal-radikal bebas daripada memasuki tubuh badan kita.
Membersihkan
sistem pencernaan
Detox
lemon juga dapat membantu membersihkan sistem pencernaan dan membuatnya
berfungsi dengan lancar. Senang lawas, kata orang.
Membantu
membakar lemak dalam badan
Selain
itu, minum air lemon pada waktu pagi dapat membantu tubuh membakar lemak dengan
lebih cekap dan berkesan. Ia dapat meningkatkan metabolisma tubuh lantas
membantu dalam penurunan berat badan.
Cara detox lemon yang betul
Rendam
lemon dalam air tanpa gula
Buah
lemon boleh dihiris dan direndam di dalam air, dan minum. Semudah itu 😊 Ia elok diminum begitu sahaja tanpa
ditambah gula. Iyalah, nak kurus kan..haruslah tanpa gula 😛
Rendam
lemon dengan kulit
Kulit
buah lemon mempunyai flavonoid yang tinggi yang membantu penyerapan yang lebih
baik. Jadi, untuk mendapat khasiat buah lemon yang maksimum, air rendaman lemon
yang terbaik adalah dengan kulitnya sekali..bukan isi lemon sahaja.
Jangan
membuang lemon yang berlebihan
Kita selalunya akan menghiris sebahagian
buah lemon sahaja untuk satu-satu masa minuman, kan? Jangan membazir membuang
lemon yang berlebihan itu. Simpan dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian
sebab khasiat lemon takkan berubah walaupun nampak kering tau!
Jom detox lemon! 😊 Anda juga boleh klik sini untuk Senaman Mudah Kuruskan Badan di Pejabat.
Hubungi
saya: _cikEdahyu
Whatsapp:
016-6203735 Klik sini
Page
FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock
(vitaminayu)
Your
certified Shaklee Product Consultant
COD
Klang
Pengeposan
ke seluruh Malaysia
Enjoy!
_cikEdahyu :)
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.