Menang Giveaway Sampul Raya Hipster daripada Blog Azhafizah.com

Hari Raya Aidil Fitri 2021 sudah berlalu. Tetapi, masih ada entry yang saya belum post. Lama betul peram...hehe

Bulan April lalu, blogger Fiza ada buat Giveaway Sampul Raya Hipster dan saya berjaya menjadi Pemenang Kedua, guys! Fiza bagi hadiah 40 pcs sampul duit raya hipster 😊

Kemudian, Fiza bagi link untuk saya pilih sendiri design yang disukai. You guys boleh tengok link ni.

Memang cantik-cantik sangat design nya. Rasa ekslusif sangat. Saya pilih dan kecilkan pilihan jadi Top 3 yang saya suka..hehe




Lepas pilih-pilih, saya pilih design yang ni. Motif bunga raya 😊 Soooo cantik. Siap boleh customize nama tau di belakang sampul tu 😉
 

Tetapi, memandangkan tahun ni Raya MCO, saya simpan dululah sampul ni. InsyaAllah boleh guna lagi raya-raya tahun depan. Nak simpan elok-elok, sayangggg 😊

Thanks again Fiza!


Enjoy!

_cikEdahyu :)

Post a Comment

0 Comments