Travelog Turkey: Pamukkale

 

Travelog Turkey: Pamukkale

Trip Pamukkale ni boleh di kira sebagai day trip sebab kami tiba di Pamukkale awal pagi dan lewat petang sudah gerak ke airport.

Memori?

Tragedi tertinggal kamera di dalam bas! 😅😅 Huhuhu..

Dari Cappadocia, kami naik bas malam ke Pamukkale. Entah mengapa (mungkin juga sebab kami tak habis research), sampai di Pamukkale bas berhenti di tepi jalan sahaja dan kemudian perlu naik van pula. Jadi, dalam keadaan mamai baru bangun tidur terus turun bas dan naik van pula yang tengah menunggu. Dalam van baru perasan beg kamera tertinggal dalam bas! Allahu..berdebar, stress, nak menangis semua ada masa tu 😭

Terus kami beri tahu van operator, dan dia terus telefon bas. Memang tertinggal dalam bas, bawah seat..lol.. Van operator tu boleh ambilkan kamera tu di station bus, jadi bayar je lah 😂 Hangus 25 EUR 😂

Disebabkan kami tempah operator yang sama untuk ke Denizli Airport lewat petang nanti, jadi kami tinggalkan luggage di ofis mereka. Senang sikit nak jalan-jalan tanpa beg besar..hehe

Pamukkale atau juga dikenali sebagai “cotton castle” ini famous dengan thermal travertine terraces dan ancient theatre of Hierapolis. Kami berjalan kaki je ke Pamukkale National Park ni. Bayar entrance fee 35 Turkish Lira dan dah boleh masuk terus. 

Kita mula dengan pendakian 😎 Nak ke travertine terraces ni kena buka kasut ye. Jadi, better prepare beg kasut untuk simpan kasut 😊

Travelog Turkey Pamukkale National Park travertine terraces 
Menapak dengan berkaki ayam

Travelog Turkey Pamukkale National Park travertine terraces 
Pemandangan tasik dari travertine terraces

Travelog Turkey Pamukkale National Park travertine terraces

Travelog Turkey Pamukkale National Park travertine terraces

Travelog Turkey Pamukkale National Park travertine terraces 
Honestly, view memang cantik tapi tercemar sedikit sebab terrace-nya sudah tak putih sangat. Dan tak dapat lah view macam dalam google 😓

Travelog Turkey Pamukkale National Park travertine terraces

Travelog Turkey Pamukkale National Park travertine terraces 

Lepas pusing-pusing dan bergambar di sini, kami pakai kasut dan sambung explore Pamukkale National Park ni.

Travelog Turkey Pamukkale National Park

Travelog Turkey Pamukkale National Park

Travelog Turkey Pamukkale National Park 
Ancient ruins yang ada di sini

Travelog Turkey Pamukkale National Park
Bunga kecil tepi batu..comel sangat

Travelog Turkey Pamukkale National Park Ancient Pool

Travelog Turkey Pamukkale National Park Ancient Pool 
Antique Pool Entrance

Travelog Turkey Pamukkale National Park Ancient Pool

Travelog Turkey Pamukkale National Park Ancient Pool 

Antique Pool ni open to swim sebenarnya, tapi ada bayaran. Kami memang takde plan nak mandi open macam ni pun…haha..jadi, pusing-pusing sekejap je dalam Antique Pool ni.

Perjalanan diteruskan ke Theatre of Hierapolis. Kena mendaki sikit sebab theatre ni atas bukit.

Travelog Turkey Pamukkale National Park Theatre of Hierapolis 
Pendakian ke Theatre of Hierapolis. Nun di atas sana 😊

Travelog Turkey Pamukkale National Park Theatre of Hierapolis 
“The theatre of Hierapolis today is a Museum-Theatre, that presents itself as a large open-air book of Architecture” – Francesco D’Andria, 2006

Travelog Turkey Pamukkale National Park Theatre of Hierapolis

Travelog Turkey Pamukkale National Park Theatre of Hierapolis

Travelog Turkey Pamukkale National Park Theatre of Hierapolis

Travelog Turkey Pamukkale National Park Theatre of Hierapolis 
No Entri – jadi, kita tengok dari jauh je lah 

Travelog Turkey Pamukkale National Park Theatre of Hierapolis 

Agak lama juga la kami habiskan masa di sini sebab lepaskan lelah mendaki jugak..hehe..Selepas Theatre of Hierapolis, kami berjalan-jalan untuk melihat another ruins yang ada di sini.

Travelog Turkey Pamukkale National Park Theatre of Hierapolis 
Bunga-bunga kecil yang comel

Travelog Turkey Pamukkale National Park Theatre of Hierapolis

Travelog Turkey Pamukkale National Park Theatre of Hierapolis

Travelog Turkey Pamukkale National Park Theatre of Hierapolis

Travelog Turkey Pamukkale National Park 

Untuk turun ke Entrance, akan lalu terrace ni semula. Waktu ni orang dah ramai berbanding masa kami baru sampai tadi. Nampak sangat pagi-pagi dah sampai National Park ni kan..hahah!

 Travelog Turkey Pamukkale National Park

Tasik yang tenang dan menghijau. Memang cantik 😍 Atas tu travertine terraces 😊

Kami pusing-pusing di sekitar tasik ni, rehat-rehat sambil makan jagung..hehe..lepas leka dan puas hati di tepi tasik ni, kami berjalan keluar 😢 dari National Park ni.

Kami balik semula ke operator office nak bertanyakan kamera kami tadi..haha..berjalan-jalan di National Park tadi dah lupa sekejap kegusaran kamera hilang. Alhamdulillah, dapat balik kamera 😊 Kemudian, kami pusing-pusing town cari lunch, dan lepas tu tumpang rehat di operator office sementara tunggu airport transfer ke Denizli Airport.

Ke mana lepas ni? Santorini bebeh! 😍

You guys pernah visit Pamukkale dan korang pergi mana je kat sini? Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊

 

Enjoy!

_cikEdahyu

Boleh baca: Travelog Turkey: Hot Air Balloon Cappadocia

Baca juga: Travelog Turkey: Green Tour in Cappadocia

Post a Comment

4 Comments

  1. Nasib baik dpt semula kamera tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, eventhough kena bayar..hehe..asalkan jumpa :)

      Delete
  2. Salam, cantik tasik tu..travetine terrace pun indah permandangannya.. Best dapat travel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, memang cantik!! Hope you enjoy the story..hehe

      Delete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.