Tahun 2017, trip kali ini kami ke Cappadocia, Pamukkale, Santorini, Athens dan Istanbul. Pada penghujung March 2017, kami naik flight Qatar Airways 😀 Dari KLIA, kami transit di Doha Airport sebelum ke Istanbul Ataturk Airport. Jadi, dalam masa transit tu, sempat lah pusing-pusing Doha Airport.
Trip kami ni trip tahun 2017. Sekarang ni kalau ikutkan Ataturk Airport hanya untuk cargo dan passenger flights dipindah ke Istanbul Airport yang baru 😊
Transit Doha Airport. Giant "Lamp Bear" ni kat
tengah-tengah airport, take picture for the gram 😁
Comel 😍
Walaupun touch down Ataturk Airport, Istanbul
bukanlah destinasi kami yang pertama di Turkey ni. Kami akan ke Cappadocia –
Pamukkale – Santorini – Athens dan last baru akan kembali ke Istanbul. Dari Ataturk,
kami ambil airport shuttle bus untuk ke Sabiha Gokcen Airport.
Dari Ataturk,
bas akan berhenti di Taksim dan bertukar bas untuk ke Sabiha. Dari Sabiha
Airport, kami naik teksi ke airport hotel. Flight kami ke Kayseri (Cappadocia)
esok paginya dengan Pegasus Airlines.
Airport shuttle bus, perjalanan ke Taksim
Teruja dengan view dari dalam bas. Bunga
kembang tepi jalan je di Istanbul ni 😊
Sampai di airport hotel, dah petang. Lepas
check-in dan berehat sebentar, kami keluar untuk cari dinner di mall seberang
jalan.
1st meal in Istanbul.
Botol coke ni kecik je. Comel 😂 Of course kami
bawak balik as souvenir 😋
Dessert!
Esoknya pagi-pagi, kami check out dan naik
teksi ke Sabiha Airport. Cappadocia bebeh! 😍
Sampai di Kayseri Airport, kami ambil airport
transfer untuk ke hotel di Cappadocia. Dari Kayseri ni, ambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan juga untuk ke Goreme, Cappadocia.
Overnight di Bedrock Cave Hotel.
Rooftop hotel ni tempat makan dan boleh lepak tengok view
View cantik dari rooftop hotel
Jalan-jalan di sekitar Goreme Town memang
mengasyikkan. Goreme ni memang terkenal dengan "fairy chimney" rock formations. Cantik kan?
SubhanAllah. Fairy chimney ada di
mana-mana kiri dan kanan 😍
Dari town, kami berjalan ke Goreme National Park. Agak jauh, lebih 30 minit kalau tak silap tapi pemandangan sepanjang perjalanan so worth it! Penat tapi tak terasa sangat penatnya...hehe
"Treasures of Turkey"
Musim bunga baru nak start
Balik dari Goreme National Park, kami lunch dan sambung berjalan-jalan di pekan Goreme ni. Banyak kedai souvenir, boleh la kalau nak membeli 😊
Kedai souvenir di Goreme Town
Kilim beg, sempat saya beli satu buat kenangan 😊 Kilim ni some sort of tenunan. Masa di
Morocco kami ada jumpa seni kilim dibuat karpet. Memang cantik.
Rambang mata? Of course tapi trip baru nak
bermula. Kita boleh cari di Istanbul nanti 😊
More fairy chimney
Selepas penat pusing-pusing town,
kami balik ke hotel untuk berehat. Esok pagi-pagi kami nak naik hot air
balloon! 😎
.
.
Awal pagi masih gelap, operator dari Kapadokya Balloons
ambil kami dari hotel. Ada a few stops untuk ambil guest dari hotel berdekatan
sebelum berkumpul di office mereka. Kapadokya Balloons ni recommended by our
hotel, kami dapat rate 100 EUR/person.
Early morning snacking
Dari office mereka, kami naik van ke tempat
hot air balloon. Masa ni excited ada, berdebar pun ada..haha
Hot air balloon 😍
Hot Air Balloon rakyat marhaen..haha..Satu basket
tu ada 4 bahagian, dan each bahagian 5 orang dalam nya. Yang kami join ni, standard package, untuk package lain boleh check out website Kapadokya Balloons for more details. Here we go!
Pemandangan indah dari atas 😍
Hot air balloon dan fairy chimneys
Lebih kurang lepas 1 jam, hot air balloon ni slow-slow makin rendah 🥲 Ready for landing!
Basket ni landing atas trailer terus. Hebat kan
skill landing dia 😎
Gambar kenangan depan basket.
Celebration after landing. Ada champagne and
jus katanya. Kita tengok je lah 😊
“A lifetime’s experience” indeed. Walaupun 1 basket
tu naik 5 orang, tapi Alhamdulillah geng sebakul tu give and take, take turn
ambil gambar.
Yelah, pusing sana view cantik..pusing sini view cantik. Mau tak
rambang mata nak ambil gambar kiri kanan depan belakang? Hehehe..
Naik Hot Air Balloon ni pun rasa OK la, rasa selamat
walaupun masa awal-awal tu nervous la jugak kan naik tinggi. Tapi, rasa stable
dan operator yang bawak tu pun gaya berpengalaman. Alhamdulillah, selamat naik
dan turun 😊
You guys pernah naik Hot Air Balloon di Cappadocia?
Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu
5 Comments
sakanns gi obersi sblm zaman covid 19...😅
ReplyDeletesebelum covid boleh lah...sekarang ni kita throwback je lah :P
DeleteWah...boleh feeling² nazmi dan ifti
ReplyDeleteBestnya jalan jalan... rindukan nak jalan jalan..
ReplyDeleteSeronoknya dapat jejak Cappadocia. Teringin. Harap ada rezeki juga sampai sini.
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.