Dari Seville, kami naik flight ke Marrakesh,
Morocco. Plan kami di Morocco ialah rehat Day 1 (sebab sampai pun dah nak gelap
masa tu) – esok pagi-pagi ikut tour ke Merzouga Desert (3 hari 2 malam) – balik
ke Marrakesh. Kami pilih Riad yang sama untuk Day 1 dan hari balik dari desert
tu sebab senang nak tinggalkan luggage. Road trip tak payah bawak banyak
barang, bawak bagpack with essential things je.
OK, entry kali ini saya nak share pengalaman
road trip to Merzouga Desert! 😍
Dari Malaysia, kami memang dah book siap-siap
dengan travel agent, Ando Travel. Untuk trip ni, kami pilih budget shared
desert tour and request to upgrade to luxury desert camp. Sebab yang budget
shared tour ni toilet dia kat luar tent masa kat Merzouga nanti...hah! Haruslah
cari tent yang ada private toilet kan 😆Jadi kami tambah duit sikit untuk upgrade.
Yang upgrade ni dapat private tent dan toilet dalam tent kita sendiri..yay!
Road trip ni 3 hari 2 malam. Hari pertama on
the road (bermalam di Tinghir), esoknya pagi-pagi kita sambung perjalanan ke Merzouga (bermalam di Merzouga camp), dan hari terakhir tu on the road jugak
balik ke Marrakesh. Dan sepanjang road trip ni, takdelah always
dalam van, adalah berhenti-henti untuk makan dan tengok-tengok tempat
orang…kekeke…baca more kat bawahhhh! 😎
Personally, saya memang sangat recommend trip dengan Ando ni sebab driver dia pun hype jugak..haha..Jadi, taklah bosan dalam van sepanjang trip tu 😊 Boleh check out website Ando Travel ni untuk further info, email pun dorang cepat reply.
Day 1 Road Trip : Marrakesh – Tinghir
Pagi road trip tu, kami memang request breakfast awal from Riad sebab meeting time pukul 7am. Meeting point pun kebetulan dekat jalan besar keluar dari Riad, jadi Alhamdulillah takde masalah..haha..Nervous kott pagi-pagi tunggu van yang entah macam mana rupa kat negara orang..haha..kebetulan ada satu couple tunggu di meeting point yang sama. Jadi kuranglah nervous nak menunggu tu 😊
Ada 10 orang dalam trip ni, lepas ambil semua orang, kami gerak..yas! Nama pun road trip kan, memang akan berhenti a few
places yang view cantik untuk bergambar. Dan ada berhenti untuk toilet break jugak, no worries 😃
After a few hours, kami tiba di Kasbah Ait Ben Haddou.
Ada guide yang lead tour ni, tapi dia terangkan waktu awal je, lepas tu dia bagi kita explore sendiri. Enjoy the view!
Memang berbaloi la singgah kasbah ni sebab memang unik. Panjat naik atas untuk view yang lagi cantik dengan langit biru! 😍😍 After pusing (memanjat) Kasbah Ait Ben Haddou ni, kami ke restoran untuk lunch..yay!
Kami pilih untuk kongsi pizza, tak ambil lunch
berat sebab nak sambung perjalanan berliku-liku dalam van lagi ni..huhu…After
lunch dengan tenang, kami sambung perjalanan road trip ni.
Akhirnyaaaaa, we are done for the day! Kami
berhenti untuk tidur satu malam di Tinghir.
Hotelnya cosy tapi takde heater!!! 😨😨 Giler
sejuk wehh, dahlah winter ni. Kami pun tak report or tanya receptions sebab dah
malam, jadi cuba jelah tidur. Ingatkan bilik kami je problem, rupa-rupanya yang
lain pun sama..haha..siap ada yang tidur pakai winter jacket lagi sebab kesejukkan
sangat 😋
Day 2 Road Trip: Tinghir – Merzouga Desert Camp
Dah siang, baru sempat ambil gambar exterior
hotel ni. Yelah, semalam sampai dah malam 😃 Siap ada swimming pool, kalau datang
waktu summer boleh la berendam kejap kot..hehe..Ni tengah winter, memang tidaklahhhh
Hari kedua, lepas breakfast terus checkout
untuk sambung tour. Dorang bawak jalan-jalan pagi-pagi, exercise betul 😜
Singgah tengok kilim house. Kilim ni macam some sort of tenunan 😊 Ni kilim karpet. Cantik kilim ni sebab motif dia menarik dan lain dari yang lain. Actually, seni kilim ni tak semestinya untuk karpet, ada jugak dibuat beg, sarung bantal dan jugak handbag. Saya pernah beli kilim handbag di Cappadocia, Turki 😊
And the tours continue…
Berjalan dengan view yang cantik 😊
Singgah di Todgha gorges/canyons. Cantik dan sejuk kat sini. Mula-mula kami turun tak bawak jacket, kena angin sejuk, wahhhh lari balik van amek winter jacket 😆😆 Kat sini just jalan-jalan je tengok view. Kalau nak shopping adalah jual survenior kat tepi-tepi ni. Tapi, kami tak beli pun 😊
Sambung perjalanan..
.
.
.
Continue di Travelog Morocco : Road Trip to Merzouga Desert, Morocco (Part 2)
You guys pernah visit Morocco dan korang pergi
mana je kat sini? Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca: Travelog Alhambra: Palace of Carlos V. dan Nasrid Palaces
Baca juga: Travelog Cordoba : Mezquita-Cathedral & sekitar Cordoba
Travelog Seville : Real Alcazar de Seville
Travelog Seville : Foods & Jalan-Jalan Sekitar Seville, Spain
6 Comments
okayyy nampak ada travelogue. saya simpan dlu nnt insyallah dtg kembali baca =)
ReplyDeleteqada blogwalking blog kawan2 dlu hehe..
yasss, ada travelog..hehe..jemput singgah ye :)
DeleteWow.. Perjalanan yang sungguh menarik..
ReplyDeleteyep, alhamdulillah..dapatlah ber-road trip before all this MCO begin :P
Deleteawan2 membiru tu mengingatkan sy ms travel ke mesir dulu...suasana pun lbh kurang sama bezanya tak ada laa bukit/gunung bsr tu... mknn pun nmpk sedap...pizza tu nmpk tempting pulak hahahaha
ReplyDeletebelum penah smpi morrocco lg insya allah akn dtg kot... cepatlah covid lenyap dr muka bumi ni...
cepatlah covid lenyap..Aaamin :)
Deletetekak lalu makan pizza je, anies. takut nak makan berat-berat sangat. Yelah, perjalanan berliku-liku masih panjang..hehe
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.