Akhirnyaaaaa,
tiba giliran saya untuk divaksin 😊 Yay!
19
Julai 2021, giliran saya untuk terima vaksin (1st dose) di WTC Kuala
Lumpur, dulunya dikenali sebagai PWTC. Sebelum ini hanya dengar cerita keluarga
dan kawan-kawan yang pergi cucuk vaksin. Alhamdulillah, sampai giliran saya
akhirnya.
Walaupun
tarikh vaksin sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha, tapi memandangkan tidak
kemana-mana OK sajalah. Lainlah kalau boleh balik kampung kan..hehe
Appointment saya pukul 10.30 pagi. Bila sampai diperkarangan WTC KL, orang dah ramai. Saya turun di drop-off dan ikut flow barisan, kemudian dibahagikan ikut nombor station seperti di MySejahtera appointment, macam saya di Station 2.
Check-in MySejahtera, check temperature dan ikut je barisan Station 2 ni 😊
Naik
2 level (kalau tak silap), dan pastikan kita masih di barisan
nombor station kita sebab takut termasuk station lain. Kemudian, kita akan
diberi 2 helai form dan diminta duduk menunggu di sini, tunggu giliran. Sambil itu,
boleh lah isi form. Pastikan bawa pen sendiri, untuk minimize exposure 😄
Kerusi nak duduk tu, memang tak boleh buat apa lah kan. Takkan nak bawa kerusi lipat pula..hehe
Masa saya sampai dapat kerusi hampir ke belakang sebab depan sudah penuh. Bila yang depan start dipanggil, kita pula akan dipanggil untuk penuhkan tempat duduk di depan. Memang akan berpindah randah 😂 saya nak dekat 3 kali bangun duduk 😂
Saya
rasa paling lama tunggu giliran kat sini. Sambil menunggu giliran, boleh
belajar masak-masak.
Bila nombor naik di papan tanda depan tu, bolehlah ke depan untuk ke ruang seterusnya iaitu registration. Ye, tunggu lama tadi belum register..haha
Registration tak lama. Mereka check kita punya MySejahtera appointment dan tanya background macam IC, kerja apa etc.
Scan MySejahtera appointment dan tadaaaa ‘they are expecting us’..rasa welcoming kan 😍
Ruang
menunggu lagi. Kat sini kita akan di terangkan simptom-simptom selepas vaksin. Antara
key point yang saya dapat sambil nervous mendengar tu :
1. Tuam tempat vaksin dengan ais
2. Ambil 2 biji panadol, jika sakit kepala
atau demam
3. Pergi ke klinik jika demam berterusan
lebih 3 hari
4. Pergi ke klinik dengan segera jika vomit berterusan, bengkak atau naik ruam merah
Saya
nak ambil gambar atau video masa divaksin tetapi nurse/ doktor situ tak bagi
untuk elakkan any issue, katanya. Kita pun OK je lah.
Sebelum dicucuk, mereka ada terangkan dan tunjuk jarum dah isi vaksin. So, no
worries.
Tapi sekarang dah boleh ambil video dan gambar ye masa cucuk vaksin tu..haha..tunggu 2nd dose nantilah, kita ambil video 😊
Lepas cucuk vaksin, kita turun 1 level ke ruang pemerhatian. Pastikan duduk di bahagian depan untuk dengar taklimat dan dapat kad vaksinasi. Lepas dapat kad, baru beralih duduk di bahagian belakang.
Kita
akan di-observed selama 15 minit dan kalau tiada apa-apa simptom, we are free to go!
Saya
tengok di WTC KL ni, banyak frame untuk ambil gambar tu. Keluar je ruang ni sudah
ada frame untuk ambil gambar, jadi tidak berebut pun.
Saya
datang seorang jadi memang tak plan nak ambil gambar dengan frame sebab satu
hal la pulak nak mintak tolong orang kan..haha..exposure di situ, kita cuba minimize.
Jadi, saya turun bawah ikut arah exit.
Dan nampak frame-frame ni..cantik pulak background paintings kan. Jadi, kita ambil gambar frame untuk kenangan 😊
Kemudian, cari jalan keluar exit ke Seri Pacific Hotel sebab memang dah janji untuk di-pick up di sini. Alhamdulillah, tak serabut kalau nak dibandingkan dengan tempat drop-off depan pintu WTC KL tadi.
Lama tak keluar rumah kan..gembira tengok langit biru 😊
Sambil
tu, kita edit gambar selfie tadi masuk frame..haha..bolehlah buat kenangan cucuk vaksin 😎
Overall,
saya spend dalam 1 jam 15 minit di WTC KL ni. Agak lama kalau nak dibandingkan
dengan kawan-kawan beritahu 30-45minit je di PPV lain.
Ada
effect tak lepas cucuk vaksin ni?
Saya
tak rasa immediate effect, malam baru rasa badan lenguh-lenguh dan rasa panas
dalam. Other than that, all is well Alhamdulillah. Tak sabar nak 2nd
dose bulan September nanti 😊
You guys sudah
terima vaksin? Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu
16 Comments
Alhamdulillah ...
ReplyDeleteNaniey masih tunggu turn
Alhamdulillah, InsyaAllah tak lama lagi tu :)
Deletealhamdulillah... setel dh 1st dose... sy alhamdulillah done complete dose sinovac dah jun hari tu.. hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah, lajuuuu :) Mesti tak sabar nak rentas negeri kan..hehe..stay safe!
DeleteAlhamdulillah..senang proses vaksin semua serba cepat. Saya pun baru 1st dose. Rasa kebas sehari je. Second dose next week. 2nd dose nanti bolehlah rekod pulak kan. Dah boleh :)
ReplyDeleteyessss, 2nd dose nak rekod..hahah!
DeleteMarilah kita rekod nanti :) Berdebar pulak nak tengok jarum tu nanti. hihi
Deletelama jugak ye sampai sejam lebih, masa akak dapat vaksin di sg long specialist hospital kene beratur kejap pastu kene duduk beberapa tempat tapi cepat je... sukarelawan pun ramai . Dos pertama cuma rasa pening sikit sengal dekat tangan tu je tapi tak taulah dos kedua nanti macamne
ReplyDeleteWTC ramai betul orang..nak cucuknya sekejap je, menunggu yang lama..haha..apa-apa pun, Alhamdulillah dah dapat 1st dose. Tunggu 2nd dose jugak! :)
DeleteAlhamdulillah, dah setel 1st dos.
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
Deletealhamdulillah... nnt dah boleh pegi haji ni😊
ReplyDeleteAlhamdulillah, Aaminnn..hehe :)
Deletealhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih :)
DeleteAlhamdulillah selesai ikhtiar, terus bertawakkal kan..
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.