Early April, 2017.
Destinasi kami selepas Pamukkale, Turkey adalah Santorini, Greece. Perjalanan agak panjang nak ke Santorini ni 😊 Pamukkale ke Istanbul (Turkish Airways) - Istanbul ke Athens (Aegean Airlines) - Athens ke Santorini (Ryan Air).
Plan kami di Santorini untuk 2 malam, satu malam di Oia dan malam kedua di Fira. Dari Airport Santorini, kita boleh naik bas ke Oia.
Harga tiket bas: EUR 3.60 untuk seorang.
Sampai di Oia masih awal untuk check-in. Jadi,
kami cari café untuk breakfast dulu sambil berehat.
Masa breakfast di café ni, terjumpa couple dari
Malaysia datang honeymoon..hehe..seronok kan honeymoon jalan-jalan kat sini.
Romantik nya 😘
Rezeki kami masa nak bayar, baru tahu couple
tadi dah bayarkan breakfast kami. Alhamdulillah, rezeki pagi 😊
Cukup masa, kami check-in. Mudah je nak cari apartment Top Oia ni, located betul-betul sebelah dataran. Jadi, senang nak cari.
Rezeki kami dapat book bilik dengan balkoni,
memang berbaloi dijamu view yang cantik. Top Oia ini ada satu bilik je yang ada
private balkoni tau. Jadi, boleh check dulu sebelum book ye 😊
Top Oia: EUR 85 untuk satu malam
Lepas check-in, kami berehat-rehat je di bilik…Pemandangan
dari bilik pun cantik dan tenang je. Memang berehat betul 😀
Rasa lapar, kami keluar untuk lunch dan jalan-jalan di sekitar Oia ni.
Jumpa restoran yang jual seafood. Sedappp sangat!
Puas hati dengan seafood dish di sini, memang fresh.
Lunch di “Thalami”: EUR 36
Early April sebenarnya masih end of winter, jadi kind of off-peak season. Jadi boleh nampak banyak hotel yang buat maintenance preparation untuk summer crowd.
Oia famous juga dengan pemandangan sunset yang cantik. Jadi, kami standby agak awal di sini nak secure spot cantik..haha..padahal bawa kamera biasa je, orang lain bersusun tripod kamera hebat 😁😁
Selepas sunset, kami singgah beli dinner dan
balik hotel. Malam ini dinner Crepe Nutella je, beli di café yang kami
breakfast pagi tadi. Konon nak dinner sambil tengok view malam la kat balkoni.
Tapi, sejukkkk udara malam kat sini..haha..Jadinya, laju-laju makan crepe dan
masuk bilik.
Dinner: EUR 6
Esok paginya, awal-awal dah bangun dan keluar
ke balkoni nak tengok sunrise. Dengan kesejukan, sempat snap view sunrise dari
jauh. Cantik kan? 😍
Untuk hari ini, breakfast included dalam package apartment ni. Semalam masa check-in, kami awal-awal request “no meat” untuk breakfast. Jadinya dapatlah roti, telur dan cheese untuk sarapan pagi. Boleh lah dan bertambah sedap sebab view pun cantik.
Lepas breakfast, untuk tak membuang masa kami jalan-jalan exercise pagi sekitar Oia ni. Pakai sweater sebab pagi masih sejuk, ambil kamera dan turun bawah untuk explore. Pagi masih tak ramai orang dan rasa sunyi tenang.
Tengahari, tiba masa untuk check-out. Kami akan ke Fira pula dan stay satu malam di Fira sebelum flight ke Athens. Kalau ikutkan hati, macam tak puas je satu malam di Oia ni.
Kalau ada bajet lebih, mungkin boleh consider untuk relax-relax dua malam 😊 sebab memang puas hati dengan view yang cantik.
Dari Oia ke Fira, kami naik bas. Tambang bas seorang EUR 1.80 je. Boleh tunggu bas depan kedai ni. Sambil tunggu bas, bolehlah beli souvenir last minit di sini. Saya dapat sunglass cantik (sayang sampai sekarang) di kedai souvenir ni, harga EUR 8.50 je 😊
You guys pernah visit Oia, Santorini? Bolehlah
share experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu :)
Boleh baca: Travelog Turkey: Hot Air Balloon Cappadocia
Baca juga: Travelog Turkey: Green Tour in Cappadocia
11 Comments
Nice place
ReplyDeleteMy wishlist nk ke turki jugakk
Turki memang cantik sangat! Boleh lah singgah Greece jugak dalam itinerary tu :P
Deleteuishhhh mmg cantikkkkk sgtttt terpukau melihatnya... sng ke nk booked hotel kt sini?
ReplyDelete1st time sy dgr santorini ni sbb chef wan. dia hadiahkan bulan madu serena dulu ke sini heheheh
Kitorang rezeki dapat Airbnb apartment yang paling affordable lah rasanya dengan view cantik..hehe
DeleteYang Chef Wan hadiahkan tu mesti lagi gempak kot hotel & viewnya..kekeke
Cantiknya.. Tenang sangat. Tengok gambar je.. Kalau ada kat situ tak tahu la rasa macam mne.
ReplyDeletememang cantik..hehe..boleh la masuk dalam bucket-list Naniey :)
DeleteCantiknya view di Santorini, Greece ni. View laut dan bangunan tu memang awesome sangat.
ReplyDeleteCantikkkkk, kalau ada bajet memang nak stay bermalam-malam kat sini
DeleteBestnya santorini, cantik! Gambar2 tu kalau besar lagi puas tengok.
ReplyDeleteHaah, kan...baik, akan diusahakan..hehe..thanks Aisya :)
DeletePandai ambil gambar, cantik-cantik semua, nak duduk sana bole ke, cita-cita besarkan..hehe..bila la bole sampai sana..
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.