5 Tips Persediaan sebelum Vaksin

 

5 Tips Persediaan sebelum Vaksin

Salam Ogos 2021 😊

5 Tips Persediaan sebelum Vaksin|| Tahniah kepada anda yang sudah berjaya mendapat vaksin, tak kiralah baru 1st dose atau sudah berjaya full dose! 😊 Mesti sudah terbayang-bayang nak rentas daerah atau negeri, kan…hehe

Yang masih belum berjaya mendapat tarikh temujanji untuk vaksin macam mana pula kan? OK, mulai 2 Ogos 2021, warga Lembah Klang yang belum mendapat tarikh vaksin, boleh walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terpilih.

Walk-in Vaksin Lembah Klang

 

PPV di Lembah Klang

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sebelum vaksin kena buat apa? Tips Persediaan sebelum Pergi Vaksin

Tips 1: Makan secara sihat

·         Untuk mengurangkan rasa gelisah atau berasa hampir pitam selepas vaksin, elok jika kita pastikan perut tidak kosong sebelum suntikan.

·         Makanan yang diambil sebelum suntikan penting untuk memastikan paras gula dalam darah adalah mencukupi.

·         Ambil makanan yang tinggi kandungan protein tanpa lemak seperti protein soya, buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan karbohidrat kompleks, Vitamin B dan mineral.

·         Nak lebih mudah, sebelum vaksin boleh minum smoothie buah dengan ESP 😊

Tips 2: Dapatkan tidur secukupnya

Tidur yang cukup, 7-9 jam sehari untuk memastikan badan dapat rehat sepenuhnya dan badan dalam keadaan optimum semasa hari vaksin.

Tips 3: Kekal terhidrat

Badan yang terhidrat dapat membantu menyokong kekuatan imun sistem dan badan kekal bertenaga. Baca di sini untuk info lebih lanjut mengenai 5 Tanda Anda Dehidrasi: Tidak Cukup Air

Tips 4: Sediakan “Vaksin Kit” anda

·         Kad pengenalan

·         Pen

·         Pelitup Muka

·         Telefon bimbit – pastikan telefon bimbit bercas penuh kerana perlu scan MySejahtera

·         Hand Sanitizer

Tips 5: Ambil Vitamin untuk membantu imunisasi badan

Ambil vitamin yang dapat merangsang sistem imun badan sebelum dan selepas vaksin, seperti Vitamin C. Vitamin C sangat penting untuk tubuh badan kita, namun badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C. 

Jadi kita perlu mengambilnya melalui supplemen ataupun buah-buahan dan sayur-sayuran. Boleh baca mengapa anda perlu ambil Vitamin C Shaklee di sini.

Dah bersedia nak pergi vaksin? Good luck! 😊


      Enjoy!

_cikEdahyu :)

Post a Comment

14 Comments

  1. Alhamdulillah dah dapat 1st vaksin. Esok second dose. Syukur dah boleh walk in juga. Terima kaasih share tips ni. Semoga kita jaga kesihatan dan sihat. Aaminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully everything went well for your 2nd dose! Stay safe, Aaminn

      Delete
  2. Syu baru tadi kena cucuk dos pertama. Harap tak ada kesan sampingan yang teruk. Next dos kedua pulak😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay, Alhamdulillah dah dapat 1st dose. Hopefully everything is fine :)

      Delete
  3. terima kasih����
    sy nk bookmark entry ni nnt sblm vaksin boleh refer��

    ReplyDelete
  4. Naniey tunggu tarikh lagi ni. Bestnya tengok orang sharing pengalaman cucuk semua. Bagus juga entri ni boleh buat persediaan sebelum vaksin nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan Naniey dapat tarikh dalam masa terdekat, Aaminn. Stay safe!

      Delete
  5. Ramai orang selalu terlupa part pen tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, saya check banyak kali bawak pen ke tak..siap bawak extra, manalah tau takde dakwat tetiba..hehe

      Delete
  6. sy masih lg menunggu vaksin yg entah bila akan tiba. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, soon tu dah nak dekat..hope everything is fine, stay safe!

      Delete
  7. Bagus perkongsian ini. Insya-Allah, saya ambil 1st dose minggu depan :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.