5 Tips Persediaan sebelum Vaksin

Salam Ogos 2021 😊

5 Tips Persediaan sebelum Vaksin|| Tahniah kepada anda yang sudah berjaya mendapat vaksin, tak kiralah baru 1st dose atau sudah berjaya full dose! 😊 Mesti sudah terbayang-bayang nak rentas daerah atau negeri, kan…hehe

Yang masih belum berjaya mendapat tarikh temujanji untuk vaksin macam mana pula kan? OK, mulai 2 Ogos 2021, warga Lembah Klang yang belum mendapat tarikh vaksin, boleh walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terpilih.

Walk-in Vaksin Lembah Klang

 

PPV di Lembah Klang

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sebelum vaksin kena buat apa? Tips Persediaan sebelum Pergi Vaksin

Tips 1: Makan secara sihat

·         Untuk mengurangkan rasa gelisah atau berasa hampir pitam selepas vaksin, elok jika kita pastikan perut tidak kosong sebelum suntikan.

·         Makanan yang diambil sebelum suntikan penting untuk memastikan paras gula dalam darah adalah mencukupi.

·         Ambil makanan yang tinggi kandungan protein tanpa lemak seperti protein soya, buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan karbohidrat kompleks, Vitamin B dan mineral.

·         Nak lebih mudah, sebelum vaksin boleh minum smoothie buah dengan ESP 😊

Tips 2: Dapatkan tidur secukupnya

Tidur yang cukup, 7-9 jam sehari untuk memastikan badan dapat rehat sepenuhnya dan badan dalam keadaan optimum semasa hari vaksin.

Tips 3: Kekal terhidrat

Badan yang terhidrat dapat membantu menyokong kekuatan imun sistem dan badan kekal bertenaga. Baca di sini untuk info lebih lanjut mengenai 5 Tanda Anda Dehidrasi: Tidak Cukup Air

Tips 4: Sediakan “Vaksin Kit” anda

·         Kad pengenalan

·         Pen

·         Pelitup Muka

·         Telefon bimbit – pastikan telefon bimbit bercas penuh kerana perlu scan MySejahtera

·         Hand Sanitizer

Tips 5: Ambil Vitamin untuk membantu imunisasi badan

Ambil vitamin yang dapat merangsang sistem imun badan sebelum dan selepas vaksin, seperti Vitamin C. Vitamin C sangat penting untuk tubuh badan kita, namun badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C. 

Jadi kita perlu mengambilnya melalui supplemen ataupun buah-buahan dan sayur-sayuran. Boleh baca mengapa anda perlu ambil Vitamin C Shaklee di sini.

Dah bersedia nak pergi vaksin? Good luck! 😊


      Enjoy!

_cikEdahyu :)