10 Tips Mengurangkan Kulit Berminyak Secara Tradisional


Assalaamualaikum…hai!

Wajah berminyak selalu menggusarkan jiwa. Lagi-lagi bila bergambar, nampak muka berkilat semacam 😂memang boleh bagi spoil mood! Walaupun kita tahu kulit berminyak disebabkan oleh minyak yang berlebihan yang dikeluarkan oleh kelenjar minyak (natural), mesti kita tetap berfikir bagaimana cara untuk mengurangkan wajah berminyak kan?

Ini antara cadangan yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan kulit wajah berminyak 😊

Mencuci muka dengan pencuci yang betul

Seeloknya pilihlah pencuci muka yang tidak mengandungi sabun kerana sabun lebih mengeringkan kulit. Jika kulit kita kering, kelenjar minyak akan perasan kelembapan kulit kita berkurangan lalu menghasilkan lebih banyak minyak untuk memastikan kelembapan kulit kita mencukupi. 

Baca lebih mengenai Cara Memilih Pencuci Muka yang Terbaik untuk Kulit Berminyak.

Pastikan muka bersih terutamanya sebelum masuk tidur

Kita perlu memastikan mekap harian yang kita guna dibersihkan secukupnya sebelum masuk tidur. Ini untuk memastikan liang pori-pori tidak tersumbat dan kulit kita boleh recover untuk pembaharuan sel kulit baru.

Membasuh muka dengan air suam

Air suam dipercayai mampu membuka pori-pori dan membuatkan pori-pori mudah untuk dibersihkan. Tetapi, jangan lupa memakai toner selepas itu ya. Untuk membersihkan kulit-kulit mati dan juga mengecilkan pori.

Sapu hirisan lemon di muka

Lemon memang terkenal dengan vitamin C dan tinggi anti-oksidan. Ini membantu untuk menahan radikal-radikal bebas dari masuk ke badan kita. Jadi, hanya perlu sapu hirisan buah lemon di wajah, untuk mengurangkan minyak 😊 

Spa timun

Timun selalunya diletakkan di mata untuk mengurangkan mata sembap kerana timun itu menyejukkan. Selain mata, timun juga boleh membantu menyerap minyak berlebihan di muka.

Caranya ialah anda boleh meletakkan hirisan timun di seluruh wajah dan dibiarkan selama 25 minit, kemudian di bilas dengan air bersih. Spa timun di rumah memang idea yang menarik 😊

Untuk kesan cepat hilangkan mata sembap, baca lebih lanjut mengenai Youth Restoring Eye Treatment

Membuat mask dengan oatmeal

Oatmeal selalunya untuk sarapan pagi kan? Apa kata buat masker pula 😊 Seperti lemon, oatmeal juga tinggi anti-oksidan.  

Mask madu

Satu lagi jenis mask adalah dengan menggunakan madu. Madu yang merupakan antibakteria dan antiseptik sangat membantu mengurangkan minyak di wajah. Caranya sapukan madu ke seluruh wajah dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Elakkan makanan yang berminyak

Pengambilan makanan yang berminyak terutamanya yang tinggi lemak, gula dan garam perlu dielakkan untuk memastikan kulit tidak semakin berminyak. Makanan bergoreng juga punca jerawat timbul di wajah.

Banyakkan minum air kosong

Air kosong (bukan air manis) dapat membantu membuang toksin di dalam badan, yang menjadi punca penghasilan minyak yang berlebihan di wajah.

Memakai blotting paper

Blotting paper dapat menyerap minyak di wajah. Walau bagaimanapun, ianya bersifat sementara sahaja untuk membuat kulit kurang berkilat. Bukan mengurangkan penghasilan minyak oleh kelenjar minyak.

Selamat mencuba!

Anda juga boleh mencuba Youth Skincare yang berfungsi untuk:

·         Melembapkan kulit wajah

·         Mengurangkan masalah kemerahan pada kulit

·         Membantu masalah jerawat

·         Mencerahkan kulit

·         Memperbaharui sel kulit

·         Meningkatkan penghasilan kolagen

 

Set Youth ini boleh dibeli dengan dua cara:

1.    Anda boleh layari Shaklee website https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1441796  untuk terus beli di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun 

2.    Whatsapp saya di https://www.wasap.my/60166203735/sayanakyouth dan saya akan bantu belikan untuk anda. Hassle free :P

 

Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Klang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

 

Enjoy!

_cikEdahyu :)




















Post a Comment

30 Comments

  1. betul kan, kalau kita jaga pemakanan insha allah ianya akan terpancar di wajah juga. yang pasti tips tu memang buat kita rasa segar dan relaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul..mana-mana skincare or supplement kita ambil pun, pemakanan tu memang tetap kena jaga :)

      Delete
  2. makanan berminyak tu susah betul nak elak haha. Tak pernah lagi pakai bloating paper, selalunya guna oatmeal mask je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan memang sedap. saya dulu-dulu muda remaja pakai juga bloating paper :) Baguskan oatmeal mask :)

      Delete
  3. Betul kn pakai pencuci muka yang bersesuaian. Tak sangka byk rupanya cara tradisional atau homemade remedy yang boleh kite buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak Bella, rajin tak rajin je :) Yes, cleanser yang betul memang sangat penting.

      Delete
  4. pakai pencuci muka yang sesuai tu memang penting sangat. tapi tu la paling susah nak avkid makan bergoreng huhubu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, cleanser yang betul memang sangat penting :) Bab makanan tu, takpe kita slow-slow..haha

      Delete
  5. Tapi makanan berminyak tu lah yang sedap. Hahaha. Tapi Sis biasa buat mask oatmeal dan sapu lemon. Memang sedap la rasa kulit wajah.

    ReplyDelete
  6. paling susah sekali ialah nak elakkan makanan berminyak.. haha.. kena giguh sangat2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Rozita, slow-slow :) nak muka cantik punya pasal :P

      Delete
  7. Sy jarang guna kaedah tradisional ni. Memang guna pencuci muka, pelembap & toner je. Tp part makanan berminyak tu mmg xleh elak 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, skincare yang betul memang penting. Tradisional ni untuk yang betul-betul rajin..hehe

      Delete
  8. Jarang tepek2 muka dgn kaedah tradisional haha biasa mmg guna cara moden je hehe..tp tu la pemakanan mmg kena jaga sebebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, cik min..modern-modern pun, pemakanan jugak kena jaga :)

      Delete
  9. thanks for all the useful tips. i will be sure to remember them during my skincare routine

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian tips. Rasanya madu, oatmeal, dan timun tu pun sesuai juga untuk yang kulit kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin tak rajin je lah nak buat, kan Ummi :)

      Delete
  11. Selain pakai pencuci, Sis guna timun tu jee, lain tak pernah..sebab takut alaham kulit muka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, ni antara suggestion je sis. Kalau ada alahan, mintak jauhkan awal-awal :)

      Delete
  12. Never try lagi guna timun, madu or oatmeal for facial.. macam menarik juga kan.. aduii baca jer pun dah boleh rasa kesegaran bahan2 ni bila diletakkan atas muka.. boleh try lah..

    ReplyDelete
  13. Betul ini adalah petua semulajadi yang selamat dan juga memberi kesan yang lebih baik pada kulit muka kita yang sensetif boleh lah kita cuba juga sebab ada yang kita pernah cuba buat tapi tak selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba Mahamahu..rajin tak rajin je kan? Good luck!

      Delete
  14. Tips yang bagus kak. Saya baru tau Shaklee ada skincare. Menarik juga formulasi dia. Sejak pakai face mask. Saya dah ada jerawat kecik dan banyak kali juga tukar cleanser. Alhamdulillah sekarang jerawat kurang. Tp oil production meningkat. Geram betol!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shaklee memang ada skincare Ruby, lama dah. Mungkin tak seexposed supplement..hehe..jerawat sebab face mask tu memang boleh kasi stress :( Samalah, tapi Alhamdulillah pakai cleanser & toner Youth, jerawat cepat kecut :)

      Delete
  15. alamak, adakah sebab sy selalu makan makanan berminyak menyebabkan muka sy banyak minyak. thanks for the tips, sure will apply this routine

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu faktor yang mempengaruhi 😉..just tell me if you need any help ya 😁

      Delete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.