Assalaamualaikum…hai!
Entri
kali ini, saya nak kongsikan fadhilat solat dhuha yang cukup sinonim dengan
rezeki..Jom kita baca:
1. Dicukupkan Rezeki.
Allah S.W.T menjamin rezeki yang cukup kepada hambanya yang mempunyai masa untuk solat Dhuha. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud)
2. Rumah Di Syurga.
Rasulullah S.A.W memberi motivasi kepada orang yang rajin memperuntukkan sedikit waktu paginya untuk Solat Dhuha dengan sabda baginda, “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”
(Sahih al-Jami’: 634)
3. Nilai Seperti Bersedekah.
Sesungguhnya di dalam badan kita ini terdapat
360 sendi pinjaman Allah. Sendi inilah yang membolehkan kita bekerja dan
menjalani kehidupan. Maka sendi-sendi ini ada hak-haknya yang perlu kita
langsaikan.
Dari Abu Dzar, dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda : “Di setiap pagi ada kewajipan sedekah ke atas setiap sendi dari salah seorang kalian. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar adalah sedekah. Dan dapat memadai untuk semua itu dua rakaat yang dilakukan pada waktu Dhuha”
( Hadis Riwayat Muslim )
4. Diampunkan Dosa Terdahulu.
Sesungguhnya Allah amat rindu pada hambanya
yang ingin menyucikan dosa. Sebanyak mana dosa yang kita lakukan, pintu keampunan
Allah tidak pernah tertutup. Solat Dhuha adalah antara pintu ampunan yang
disediakan oleh Allah. Rasulullah S.A.W berkongsi kelebihan solat Dhuha yang
kita lakukan di dalam sabdanya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
5. Memperoleh Keuntungan Besar
Atau dalam bahasa Arabnya disebut Ghanimah.
Dikisahkan bahawa Rasulullah S.A.W mengutus tentera Islam berperang melawan
musuh Allah. Dengan izin Allah, tentera Islam menang dan mendapat harta
rampasan yang banyak. Orang ramai bercerita singkatnya peperangan itu dan
banyaknya harta rampasan perang yang diperoleh. Kemudian Rasulullah S.A.W
menjelaskan bahawa ada yang lebih utama dan lebih mudah memperoleh kemenangan
dan harta rampasan yang banyak iaitu shalat Dhuha.
Rasulullah S.A.W bersabda : “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”
(Sahih al-Targhib : 666)
6. Mendapat Pahala Umrah.
Rugi kalau kita tidak mahu lagi kerjakan solat Dhuha jika secara terang-terangan Allah menganugerahkan pahala umrah melaluinya. Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”
(Sahih Al-Targhib: 673)
Semoga bermanfaat! 😄😄
2 Comments
MasyaAllah banyak sungguh ganjarannya
ReplyDeleteJom sama-sama kita amalkan
Alhamdulillah :) Semoga bermanfaat
DeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.