Assalaamualaikum…hai!

Wajah berminyak selalu menggusarkan jiwa. Lagi-lagi bila bergambar, nampak muka berkilat semacam 😂memang boleh bagi spoil mood! Walaupun kita tahu kulit berminyak disebabkan oleh minyak yang berlebihan yang dikeluarkan oleh kelenjar minyak (natural), mesti kita tetap berfikir bagaimana cara untuk mengurangkan wajah berminyak kan?

Ini antara cadangan yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan kulit wajah berminyak 😊

Mencuci muka dengan pencuci yang betul

Seeloknya pilihlah pencuci muka yang tidak mengandungi sabun kerana sabun lebih mengeringkan kulit. Jika kulit kita kering, kelenjar minyak akan perasan kelembapan kulit kita berkurangan lalu menghasilkan lebih banyak minyak untuk memastikan kelembapan kulit kita mencukupi. 

Baca lebih mengenai Cara Memilih Pencuci Muka yang Terbaik untuk Kulit Berminyak.

Pastikan muka bersih terutamanya sebelum masuk tidur

Kita perlu memastikan mekap harian yang kita guna dibersihkan secukupnya sebelum masuk tidur. Ini untuk memastikan liang pori-pori tidak tersumbat dan kulit kita boleh recover untuk pembaharuan sel kulit baru.

Membasuh muka dengan air suam

Air suam dipercayai mampu membuka pori-pori dan membuatkan pori-pori mudah untuk dibersihkan. Tetapi, jangan lupa memakai toner selepas itu ya. Untuk membersihkan kulit-kulit mati dan juga mengecilkan pori.

Sapu hirisan lemon di muka

Lemon memang terkenal dengan vitamin C dan tinggi anti-oksidan. Ini membantu untuk menahan radikal-radikal bebas dari masuk ke badan kita. Jadi, hanya perlu sapu hirisan buah lemon di wajah, untuk mengurangkan minyak 😊 

Spa timun

Timun selalunya diletakkan di mata untuk mengurangkan mata sembap kerana timun itu menyejukkan. Selain mata, timun juga boleh membantu menyerap minyak berlebihan di muka.

Caranya ialah anda boleh meletakkan hirisan timun di seluruh wajah dan dibiarkan selama 25 minit, kemudian di bilas dengan air bersih. Spa timun di rumah memang idea yang menarik 😊

Untuk kesan cepat hilangkan mata sembap, baca lebih lanjut mengenai Youth Restoring Eye Treatment

Membuat mask dengan oatmeal

Oatmeal selalunya untuk sarapan pagi kan? Apa kata buat masker pula 😊 Seperti lemon, oatmeal juga tinggi anti-oksidan.  

Mask madu

Satu lagi jenis mask adalah dengan menggunakan madu. Madu yang merupakan antibakteria dan antiseptik sangat membantu mengurangkan minyak di wajah. Caranya sapukan madu ke seluruh wajah dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Elakkan makanan yang berminyak

Pengambilan makanan yang berminyak terutamanya yang tinggi lemak, gula dan garam perlu dielakkan untuk memastikan kulit tidak semakin berminyak. Makanan bergoreng juga punca jerawat timbul di wajah.

Banyakkan minum air kosong

Air kosong (bukan air manis) dapat membantu membuang toksin di dalam badan, yang menjadi punca penghasilan minyak yang berlebihan di wajah.

Memakai blotting paper

Blotting paper dapat menyerap minyak di wajah. Walau bagaimanapun, ianya bersifat sementara sahaja untuk membuat kulit kurang berkilat. Bukan mengurangkan penghasilan minyak oleh kelenjar minyak.

Selamat mencuba!

Anda juga boleh mencuba Youth Skincare yang berfungsi untuk:

·         Melembapkan kulit wajah

·         Mengurangkan masalah kemerahan pada kulit

·         Membantu masalah jerawat

·         Mencerahkan kulit

·         Memperbaharui sel kulit

·         Meningkatkan penghasilan kolagen

 

Set Youth ini boleh dibeli dengan dua cara:

1.    Anda boleh layari Shaklee website https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1441796  untuk terus beli di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun 

2.    Whatsapp saya di https://www.wasap.my/60166203735/sayanakyouth dan saya akan bantu belikan untuk anda. Hassle free :P

 

Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Klang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

 

Enjoy!

_cikEdahyu :)