Ini throwback travelog trip kami selama 2 minggu; KL-Spain-Morocco-Netherlands-KL
pada hujung Januari 2020 – awal Februari 2020. Baru ada kesempatan upload
cerita pasal trip ni 😊
Salah satu tempat yang saya sangat excited nak
visit ialah Alhambra. Alhambra ini bermaksud “Istana Merah” yang terletak di
Granada (selatan Sepanyol, yang juga dikenali sebagai Andalusia).
Alhambra memang terkenal dengan sejarah Islam.
Dulu Alhambra merupakan istana tempat tinggal raja-raja Muslim Granada, tetapi
sekarang sudah jadi muzium yang memaparkan kecantikan seni bina Islam. Kalau
nak cerita pasal zaman kejatuhan Islam di Granada ini memang menyedihkan, jadi
anda boleh google sendiri lah ya 😊
Cara nak pergi Alhambra dari Plaza Nueva,
Granada
Kalau dari Plaza Nueva, kita sudah boleh nampak
Alhambra yang gah sebab Alhambra terletak di atas bukit. Ada 2 cara untuk ke
Alhambra:
1.
Bas
– Harga tiket 1 EU, approximately 10 minutes. Boleh check dengan hotel lokasi
bus stop. Hotel saya di Plaza Nueva, jadi bus stop ke Alhambra hanya perlu
seberang jalan sahaja.
2.
Jalan
kaki – tapi saya tak galakkan sebab perlu mendaki...haha..takut tak sempat tour
Alhambra dah kepenatan 😊
Opening Hours
October 15 – March 31 (Monday – Sunday)
Open: 8.30am
Close: 6pm
April 1 - October 14 (Monday – Sunday)
Open: 8.30am
Close: 8pm
Tiket Masuk
Alhambra General Ticket (termasuk Alcazaba,
Nasrid Palaces, Generalife Palace and Gardens, juga Palace of Carlos V.): 14 EU
*boleh rujuk official website https://tickets.alhambra-patronato.es/entradas-alhambra-general-2/ untuk membeli tiket dan maklumat
yang terbaharu.
Tips:
1.
Beli
tiket awal untuk secure tiket masuk Nasrid Palaces sebab Nasrid ada entry
window untuk masuk.
2.
Sewa
audio guide untuk tahu sejarah-sejarah Alhambra ini. Memang berbaloi.
3.
Bawa
packed lunch sebab susah nak cari makanan di kawasan ni. Ada vending machine sandwich
and chips je di depan restroom.
Alhambra
Kami sampai Alhambra around 8.30am rasanya. Alhambra
ni memang besar dan banyak tempat untuk dilihat dan ambil gambar sepanjang
jalan nak ke Nasrid Palaces/ Palace of Carlos V. Pastikan ambil map untuk senang
nak refer 😊 dan sewa audio. Trust me, memang
berbaloi.
Dari pintu masuk, kami ambil simpang ke kiri ke
arah Nasrid Palaces (jalan terus ke Generalife) sebab entry masuk Nasrid
Palaces kami pukul 10am.
Palace of Carlos V.
Palace of Carlos V. terletak bersebelahan dengan Nasrid Palaces. Jadi, sementara menunggu untuk beratur entry 10am masuk Nasrid Palaces, kami singgah melawat Palace of Carlos V. dulu.
Bentuknya memang unik. Dari luar nampak macam
istana bentuk petak, tetapi bahagian dalam berbentuk bulatan
Not much to see kat sini. Ada museum tapi kena
bayar, jadi kami skip..hehe
Nasrid Palaces
Tips:
1.
Pastikan
sampai awal dari waktu masuk sebab perlu beratur panjang. Saya pilih entry 10am
sebab:
a)
nak
fresh masuk Nasrid dengan gembira
b)
nak
elak rushing sebab Nasrid ada entry window dia. Takut kalau visit tempat lain
nanti terlepas entry window. Kalau terlepas, memang tak boleh masuk Nasrid
Palaces ni.
2.
Elak
bawa bagpack sandang atau boleh tinggalkan dalam loker berbayar. Kalau tidak,
perlu pakai sandang ke hadapan macam saya ni 😊
Dalam excited bergambar, beg pack dah ketepi 😅 Jangan macam saya, ya. Follow the rules pakai beg pack ke hadapan. Saya kena tegur by the guard. Kalau 3 times dia tegur, kena keluar dari Nasrid ni. Baikkkk, saya menurut peraturan.
Satu hal la pulak kalau kena keluar kan...tidakkkkk
Kan dah macam model beg 😊 Takkan lah nak ambil gambar wajib ni begpack
sandang depan kan..haha
Taman ni kira last spot sebelum keluar kiranya.
Nasrid Palaces ni memang besar. Kami habiskan masa 2-3 jam jugaklah dalam ni sebab
memang nak relax-relax, taknak rush😊.
Menarik kan? 😍😍
You guys pernah visit Alhambra? Bolehlah share
experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca: Travelog Alhambra: Alcazabar Fortress dan Generalife
Baca juga: Sunset di Mezquita Mayor de Granada
Baca juga: Shopping di Granada,Spain
Baca juga: What we ate in Granada, Spain
Baca juga: Free Walking Tour
6 Comments
Cantiknya seni binaan kat sana. MasyaAllah. Memang puas jalan tu sebab ambik masa 2-3 jam. Enjoy the moment.
ReplyDeleteDone follow sini tau, #5
Hi Eza, memang cantik seni bina Nasrid ni. itu yang spend sampai 2-3 jam tu..hehe
DeleteFollow #88
Pernah jejak tapi time tu tak terfikir nak amik gambar banyak² sebab pegi atas tugasan. So dalam memori jela .. cumanya letih jugakla bejakan dalam tu..hehehe
ReplyDeletemeans Salina kena datang Alhambra lagi la tu :P
DeleteYe, letih juga sebab besar Nasrid ni, itu yang sebelum keluar lepak kat taman dia dulu tu :)
Assalamualaikum. Need your advise, berapa hari sesuai stay di Granada? Dan apa yang menarik di Cordoba? Terima kasih.
ReplyDeleteHi Rashid,
DeleteKami di Granada 3 hari 2 malam sebab taknak rush kat Alhambra, kami spend pagi-petang kat Alhambra (2nd day). 😊
Cordoba pulak, we just spend 1 night and visit Mezquita de Cordoba and Roman bridge je, itu pun betul-betul depan hotel 😬.. entry Cordoba is on the wayyyy 😊
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.