Kami nampak poster “Free Walking Tour” ni kat
reception hotel. Memandang last day tu, kami ada separuh hari di Granada sebelum bas ke
Cordoba, 3pm jadi kami book untuk free walking tour ni.
Pagi-pagi kami dah turun dari hotel for a quick
breakfast sebab kami tak ambil hotel punya breakfast untuk jimat. Tips jimat
semasa travel 😁 Kemudian, kami berjalan ke blok sebelah hotel ni dan ke bakeri
Pastelerias Isla.
Kami memang dah aim nak breakfast kat Isla ni
sebab semalam sebelum ke Alhambra, kami beli pastry kat sini. Memang sedap! 😊
Lepas breakfast, kami ke hotel semula untuk
jumpa guide Walking Tour. Bagi kami, Walking Tour ni memang best sebab dia bawa
ke tempat yang kami tak sampai kalau explore sendiri..haha.. Padahal
celah-celah shopping street semalam je.
Lepas tu, lagi best dia cerita la sedikit
kisah-kisah sejarah Islam, Kristian kat Spain ni. Kami dengarkan je lah 😊
Flamenco dance ini merupakan Spanish Dance dan
kalau ada masa bolehlah tengok kot. Walking Tour ni bawa kami masuk studio ni
dan tengok pentas je..haha..kalau nak tengok Flamenco dance nya selalu waktu
malam dan belilah tiket sendiri 😊 . Macam pentas teater pun ada.
Kemudian, kami di bawa ke Albaicin area pulak..
Lepas rehat sekejap tengok view Alhambra ni,
kami turun balik ke Plaza Nueva 😊 dan Walking Tour ni habis kat situ.
Free Walking Tour ni memang Free ke? Memang tak
lah, dik. Macam biasalah mana ada benda free. Cuma kita bagi free tips pada
guide yang bawa kita Tour ni. Tapi, not bad lah kan. Bagi lah tips seikhlas
hati 😊
Bagi saya, OK je untuk join Walking Tour kalau available sebab kadang-kadang dengan guide mereka ni lah kita dapat pergi tempat yang kita tak sempat explore sendiri kan?
You guys pernah join Free Walking Tour?
Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca: Travelog Alhambra: Palace of Carlos V. dan Nasrid Palaces
Baca juga: Travelog Alhambra:Alcazabar Fortress dan Generalife
Baca juga: Sunset di Mezquita Mayor de Granada
Baca juga: Shopping di Granada, Spain
Baca juga: What we ate in Granada, Spain
2 Comments
Uwuuu sejukkknya suhu 3 degree, 16 degree celcius aircond pun dah terketaq, apatah lagi 3 degree celcius. Btw tak ada kesempatan lagi nak join free walking tour, baca yang orang je dulu yang mampu ☺️
ReplyDeleteSejukkkk!! Tapi, bila balik Malaysia..jadi rindu angin sejuk tu..haha..Sometimes baca pengalaman orang pun rasa macam tengah travel gak kan, glad it helps! :)
DeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.