Tajuk tak nak kalah, gitu 😊 What to eat in Granada macam hebat sangat, jadi kita ambil tajuk “What We Ate in Granada” lah 😄
Day 1
Breakfast
Dari Madrid, kami ke Granada naik bas. Bas
1.30am rasanya dari Madrid dan sampai Granada langit masih gelap..haha. Jadi, sementara
tunggu hari terang sikit nak naik bas ke hotel kami di Plaza Nueva, kami rehat la
di café yang ada kat bus station ni.
Light breakfast 1 cawan coffee dengan toast &
tomato spread. Buat syarat tumpang duduk kat café orang 😁😁 Nampak simple kan? Tapi, toast & tomato
spread ni sangat sedap OK! Entah macam mana lah dorang buat tomato spread ni,
sedap betul 😊 Total: EUR 2
Breakfast
Breakfast lagi! Haha..
Sebenarnya since sampai hotel tu sangat awal
pagi (7 pagi), tentu-tentulah belum boleh checked-in hotel. Jadi, kami lepak la
makan breakfast lagi kat restaurant sebelah hotel ni, La Plaza 3 nama dia. Isi
perut dengan omelette, toast with tuna, dan hot chocolate.
SEDAP! Total dalam EUR 10
Late Lunch + Dinner
Dulu masa pergi Barcelona (2013), kami memang
dah pernah rasa Paella. Paella ni macam makanan Spanish yang terkenal la
kiranya. Must try kalau pergi Spain.
Jadinya, dari 2013 tu teringat-ingat lagi
sedapnya seafood paella. Haha..Sebab tu menjadi misi gak nak cari paella kat
sini. Dan rezeki La Plaza 3 restaurante ni ada jual paella jugak! Bagus betul
restaurant ni. Dahlah dekat je sebelah hotel, breakfast sedap, dinner pun sedap
😊 😊
Seafood Paella
Selain paella, kami order dish sotong ni (kalau
tak silap rasanya masam-masam pedas), deria rasa dah lupa, yang penting sedap.
Maklumlah throwback setahun lepas kan..hehe..
Tips saving masa travel, boleh combine lunch dan
dinner. Sebab kadang-kadang bila tengah berjalan tu ( in this case
shopping), tak terperasan pun sebenarnya tak lunch lagi 😊
Total: EUR 38
Day 2
Breakfast + Light lunch
Kami singgah beli pastry di Isla (Pastelerias
Isla) dan packed bawa ke Alhambra. Kami memang dah bersedia bawa packed pastry
ni, chips and chocolate untuk makan masa kat Alhambra sebab baca review tempat
makan yang ada hanyalah restoran hotel..haha.. memang tak lah kan 😊
Jangan risau, kat Alhambra ada vending machine
jual sandwich, chips and drinks. Tak kelaparan la kiranya kalau tak bawa
apa-apa, but limited choices 😁 Vending machine yang kami jumpa ni depan
pintu masuk Alcazabar Fortress.
Isla pastries : EUR 3
Hot Chocolate at Alhambra: EUR 1
Late Lunch + Dinner
Alhamdulillah, ada halal food kat sebelah Mezquita. Nama restoran tu “Restaurante Teteria Marrakech”, Moroccan food. Boleh tahan lah rasa, boleh makan 😊 Kena dengan tekak dan deria rasa..hehe..masa ni confident, kalau macam ni la Moroccan food..memang takde masalah la nak makan masa kat Morocco nanti..tapiiiiii, hah! 😝😝
Harga pun OK, 2 orang makan ni dalam EUR 26 je 😊
Memang boleh nampak Mezquita dan Alhambra dari restaurant ni. Boleh makan kat luar tapi sejuk! Jadi, kami makan dalam restoran je, selesa.
Dinner
Lepas tengok pemandangan sunset Alhambra dari Mezquita, sebelum balik hotel kami singgah makan halal kebab dan baklava di Nemrut Kebab-Pizza Restaurant sebagai dessert. Musim sejuk ni senang lapar 😍Nemrut Kebab ni sederet dengan hotel kami di Plaza Nueva ni, sebelah La Plaza 3 restaurante, restaurant jual paella tu 😊
Total: EUR 7
Day 3
Breakfast
Breakfast hari ini kami repeat pastry Isla
sebab sedap sangat 😊 Kali ini kami tak bungkus tapi
makan terus kat café ni. Yang menjadi pilihan ialah almond pastry dan hot
chocolate. Haruslah pilih hot ditengah-tengah musim sejuk ni 😊 Total EUR 5.50. Memang seronok breakfast dengan
bau pastry yang baru bake dan hot coffee (even though masa tu minum hot
chocolate)..hehe
Lunch
Last day di Granada ni, kami kena grab bas tengahari ke Cordoba. Jadi, pilihan lunch yang ideal dekat dengan hotel adalah Halal kebab di Nemrut Kebab-Pizza Restaurant ni jelah, senang. Paling best kalau restoran kebab ni adalah portion dia memang sangat besar! Haha..satu kebab dish ni kami kongsi 2 orang tau, itu pun memang berebut-rebut suruh siapa kena habiskan.
Harga pun OK. EUR 7.50 je. Murahlah untuk 2 orang makan kan..kan..
Jadi, inilah menu makanan kami selama 3 hari 2 malam di Granada. Banyak je halal food di Granada ni tapi kami pilih yang paling convenient dan senang nak di terima tekak 😃
You guys pernah visit Granada dan korang makan
apa je kat sini? Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca: Travelog Alhambra: Palace of Carlos V. dan Nasrid Palaces
Baca juga: Travelog Alhambra: Alcazabar Fortress dan Generalife
Baca juga: Sunset di Mezquita Mayor de Granada
Baca juga: Shopping di Granada, Spain
Baca juga: Free Walking Tour
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.