2 tempat terkenal untuk tengok sunset di
Albaicin adalah di Mezquita Mayor de Granada (Mosque of Granada) dan Mirador
San Nicolas.
Petang turun dari Alhambra, kami terus ke Albaicin dan plan untuk tengok sunset pemandangan Alhambra dari Albaicin pula 😊. Dari Alhambra, kita boleh terus ke Albaicin tau, tidak perlu naik bas ke Plaza Nueva macam waktu sampai Alhambra.
Jalan ke Albaicin dari Alhambra: Keluar saja dari
pintu Alhambra, boleh belok kanan dan boleh nampak dah pathway turun bukit
belah kanan juga. Ikut je pathway turun bukit tu dan akan sampai ke Albaicin
square.
Meriah jugaklah square ni ada orang main guitar.
Kami rehat sebentar kat square ni lepas kecewa, sambil tengok Alhambra. Kecewa restaurant dah closed
kitchen..hahah! Lapar wehhh 😅😅
Dari square ni, boleh mendaki naik balik (haha) ke arah Mezquita. Tapi, jangan risau. Nak ke Mezquita ni kita lalu kawasan kedai (boleh stop untuk beli souvenir) dan kawasan perumahan Albaicin. Jadi, tak terasa penat sangat la walaupun tangga dia bertingkat-tingkat! 😁😁
Kami ambil masa dalam 30 minit juga la nak sampai ke Mezquita ni. Sebab berhenti-henti rehat kat tangga-tangga tu..huhu..penat wohhh tak proper lunch lagi. Tadi masa kat Alhambra kami just makan chips dan pastry beli pagi tadi 😂
Sebab tu bila sampai Restaurante Teteria
Marrakech ni dan mereka kata ambil order, laju aje kami masuk 😊 Mula-mula risau juga takut kitchen closed, tapi Alhamdulillah rezeki 😍After late lunch di restoran sebelah Mezquita
ni, kami masuk ke Mezquita untuk solat sunat dan solat jamak. Dah masuk waktu
solat Asar masa tu 😊
Selepas solat, kami berehat di kawasan masjid ini juga sebab pemandangan yang cantik ni 😍😍 Memang plan nak tengok sunset kat sini 😊 Cantik kan?
Keluar je dari Mezquita, jalan sikit dah sampai
Mirador San Nicolas. Ramainyaaaa orang! Syukurlah dapat tengok pemandangan dari
kawasan Mezquita tadi 😊
Lepas cuba berjingkit-jingkit cuba ambil gambar
dalam ramai-ramai orang kat Mirador San Nicolas ni, kami start turun ke Plaza
Nueva. Kami memang tak plan nak lama-lama sampai gelap pun kat sini, dapat
tengok view oren-oren sunset pun dah cukup lah puas hati.
Tips: Untuk ambil view sunset Alhambra, boleh
masuk ke dalam Mezquita. Kat situ tak ramai sangat orang macam depan Mirador
San Nicolas ni. Tapi, berpada-pada hormati
masjid la ye 😃
Sampai bawah dah gelap. Street ni jual banyak souvenir.
Bagi saya memang berbaloi harganya kalau nak beli kat sini. Menyesal tak sudah
tak beli sweater logo “Granada” kat sini. Dalam RM60 je kalau tak silap 😢..huhu
Bagi yang dah sampai ke Granada, saya memang recommend untuk mendaki tangga sikit ke Mezquita ni (1) untuk solat sunat (2) untuk pemandangan Alhambra yang sangat cantik 😍😍
You guys pernah visit Mezquita Mayor de
Granada? Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca: Travelog Alhambra: Palace of Carlos V. dan Nasrid Palaces
Baca juga: Travelog Alhambra: Alcazabar Fortress dan Generalife
Baca juga: Shopping di Granada,Spain
Baca juga: What we ate in Granada, Spain
Baca juga: Free Walking Tour
4 Comments
bestnya boleh menziarahi tempat bersejarah ini. abam kie dah follow blog ayu. no 8. tq.
ReplyDeletebetul, seronok..hehe..thank you :)
DeleteRinduuuuuuu
ReplyDeleteRindu jugaaaaa :)
DeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.