Travelog Sunset di Mezquita Mayor de Granada, Granada

 

2 tempat terkenal untuk tengok sunset di Albaicin adalah di Mezquita Mayor de Granada (Mosque of Granada) dan Mirador San Nicolas.

Petang turun dari Alhambra, kami terus ke Albaicin dan plan untuk tengok sunset pemandangan Alhambra dari Albaicin pula 😊. Dari Alhambra, kita boleh terus ke Albaicin tau, tidak perlu naik bas ke Plaza Nueva macam waktu sampai Alhambra.

Jalan ke Albaicin dari Alhambra: Keluar saja dari pintu Alhambra, boleh belok kanan dan boleh nampak dah pathway turun bukit belah kanan juga. Ikut je pathway turun bukit tu dan akan sampai ke Albaicin square.

Alhambra to Albaicin

Alhambra to Albaicin
Cameraman in action

Alhambra to Albaicin

Alhambra to Albaicin

Albaicin

Meriah jugaklah square ni ada orang main guitar. Kami rehat sebentar kat square ni lepas kecewa, sambil tengok Alhambra. Kecewa restaurant dah closed kitchen..hahah! Lapar wehhh 😅😅

Alhambra dari Albaicin

Alhambra dari Albaicin
Alhambra gah di atas bukit

Dari square ni, boleh mendaki naik balik (haha) ke arah Mezquita. Tapi, jangan risau. Nak ke Mezquita ni kita lalu kawasan kedai (boleh stop untuk beli souvenir) dan kawasan perumahan Albaicin. Jadi, tak terasa penat sangat la walaupun tangga dia bertingkat-tingkat! 😁😁

Albaicin

Albaicin

Alhambra dari Albaicin
Pemandangan Alhambra semasa “pendakian” ke Mezquita

Kami ambil masa dalam 30 minit juga la nak sampai ke Mezquita ni. Sebab berhenti-henti rehat kat tangga-tangga tu..huhu..penat wohhh tak proper lunch lagi. Tadi masa kat Alhambra kami just makan chips dan pastry beli pagi tadi 😂

Sebab tu bila sampai Restaurante Teteria Marrakech ni dan mereka kata ambil order, laju aje kami masuk 😊 Mula-mula risau juga takut kitchen closed, tapi Alhamdulillah rezeki 😍After late lunch di restoran sebelah Mezquita ni, kami masuk ke Mezquita untuk solat sunat dan solat jamak. Dah masuk waktu solat Asar masa tu 😊

Restaurante Teteria Marrakech
Halal restaurant sebelah Mezquita

Mezquita Mayor de Granada

Kawasan Mezquita ni open to all untuk masuk tetapi ruang solat hanya untuk kita yang beragama Islam. Cantik Mezquita ni, tenang je rasa masuk dalam. Tempat ambil wuduk di tingkat bawah dan perlu naik atas semula untuk solat. 

Mezquita Mayor de Granada
                                                         biodiversidadvirtual.org

Mezquita Mayor de Granada
                                       commons.wikimedia.org

Mezquita Mayor de Granada 

Selepas solat, kami berehat di kawasan masjid ini juga sebab pemandangan yang cantik ni 😍😍 Memang plan nak tengok sunset kat sini 😊 Cantik kan?

Alhambra sunset

Alhambra sunset

Alhambra sunset

Alhambra sunset
Nampak sama je pemandangan ni kan? Tapi percayalah, kalau korang tengok view ni depan mata...memang tak jemu nak snap kamera tu 😊

Alhambra sunset
Alhambra dengan background Sierra Nevada

Mezquita Mayor de Granada

Mezquita Mayor de Granada

Mezquita Mayor de Granada

Mezquita Mayor de Granada
Kawasan perkarangan Mezquita

Keluar je dari Mezquita, jalan sikit dah sampai Mirador San Nicolas. Ramainyaaaa orang! Syukurlah dapat tengok pemandangan dari kawasan Mezquita tadi 😊

Mirador San Nicolas 

Lepas cuba berjingkit-jingkit cuba ambil gambar dalam ramai-ramai orang kat Mirador San Nicolas ni, kami start turun ke Plaza Nueva. Kami memang tak plan nak lama-lama sampai gelap pun kat sini, dapat tengok view oren-oren sunset pun dah cukup lah puas hati.

Tips: Untuk ambil view sunset Alhambra, boleh masuk ke dalam Mezquita. Kat situ tak ramai sangat orang macam depan Mirador San Nicolas ni. Tapi, berpada-pada hormati masjid la ye 😃

Albaicin

Albaicin
Nak cari juga sipi-sipi pemandangan Alhambra 😊

Albaicin
Lorong-lorong nak menghala ke Plaza Nueva. Kiri-kanan ni kebanyakannya rumah orang.

Albaicin 

Sampai bawah dah gelap. Street ni jual banyak souvenir. Bagi saya memang berbaloi harganya kalau nak beli kat sini. Menyesal tak sudah tak beli sweater logo “Granada” kat sini. Dalam RM60 je kalau tak silap 😢..huhu

Bagi yang dah sampai ke Granada, saya memang recommend untuk mendaki tangga sikit ke Mezquita ni (1) untuk solat sunat (2) untuk pemandangan Alhambra yang sangat cantik 😍😍

You guys pernah visit Mezquita Mayor de Granada? Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊

 

Enjoy!

_cikEdahyu 


Boleh baca: Travelog Alhambra: Palace of Carlos V. dan Nasrid Palaces

Baca juga: Travelog Alhambra: Alcazabar Fortress dan Generalife

Baca juga: Shopping di Granada,Spain

Baca juga: What we ate in Granada, Spain

Baca juga: Free Walking Tour

Post a Comment

4 Comments

  1. bestnya boleh menziarahi tempat bersejarah ini. abam kie dah follow blog ayu. no 8. tq.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.