End January, 2020.
Day 2 di Seville, Spain
Hari ini kami akan ke Marrakesh, jadi by noon dah
kena check-out dan bergerak ke airport.
Pagi itu, kami bersiap-siap nak ke seberang jalan ke Plaza Espana. Untuk breakfast, kami tak ambil breakfast hotel sebab nak jimat (tips!). Tapi, hotel tak sediakan cerek dalam bilik pula. Kata nak hantar, tapi tunggu-tunggu tak sampai. Jadi, kami nekad bawa turun megi dan nak minta air panas kat restoran hotel..haha (macam di Cordoba. LoL). Cumanya di Cordoba, kami bawa naik megi makan dalam bilik. Tapi, disebabkan rush nak ke Plaza Espana, kami makan megi cup sambil berjalan.
Best gak, makan megi cup panas-panas..berjalan cuaca sejuk pula tu..memang 👍👍
Hmm..basically datang sini bergambar
je..haha..takde apa yang menarik sangat 😝
Enjoy the photos and view!
Itu jeeee..Spain kami baru cover Barcelona, Madrid, Granada, Cordoba dan Seville..hehe..InsyaAllah more to come 😊
Quite gloomy morning. Matahari masih belum naikLepas pusing Plaza Espana, kami balik hotel
untuk check-out dan terus ke station bas untuk ke airport. Boleh tahan jauh
jugaklah station bas dia, adalah dalam 20 minit kot mengangkut beg dengan seret
beg troli..haha..nak jimat punya pasal taknak naik teksi 😁
Station bas dia just deretan bus stop banyak-banyak, open-air je. Bukan dalam building terminal tau. Depan “Universidad De Sevilla” ni.
Then, pandai-pandailah cari which bus stop nak
ke airport. Ada tulis kat bus stop tu 😊 Tak tunggu lama, cepat je bas
sampai dan laju! Hahaha..tak sempat nak letak beg betul-betul dia dah laju je
jalan 😓😓
Nasib baik airport dekat je, tak sampai 30
minit dah sampai rasanya. Alhamdulillah 😊
You guys pernah visit Seville dan korang pergi
mana je kat sini? Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca: Travelog Alhambra: Palace of Carlos V. dan Nasrid Palaces
Travelog Cordoba : Mezquita-Cathedral & sekitar Cordoba
Travelog Seville : Real Alcazar de Seville
Travelog Seville : Foods & Jalan-Jalan Sekitar Seville, Spain
2 Comments
Kalau tak silap sebahagian area Plaza Espana ni dorang guna as government department punya office. Yang perasan hari tu immigration office
ReplyDeleteyep, betul :)
DeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.