End January, 2020.
Day 2 di Cordoba
Seperti biasa, kami tak ambil breakfast hotel
sebab nak jimat. Plan nak alas perut dengan megi tapi hotel tak sediakan cerek pulak 😂 Kami call reception dan receptionist bagitau boleh ambil air panas di
restoran hotel. Haha..dengan konfiden bawa megi cup turun dan isi air panas,
then laju-laju naik bilik balik 😁
Kami masuk Mezquita ni berbayar dan ambil audio
guide. Rupa-rupanya kalau masuk pagi-pagi, percuma saja tak payah bayar
(menyesal sebab tak study betul-betul sebelum datang). Tapi, review bagitau agak
tak selesa dan bising sebab banyak tour guide akan datang time free ni. Dan
masa ni sebenarnya masa untuk maintenance macam potong pokok, sapu sampah dan
sebagainya. Jadi, memang bising.
Kami spend masa sekejap je dalam ni. Dan audio guide dia sangat tak membantu dan old school sangat 😅 Explanation tak terang dan susah sebab numbering kena refer pada map yang diberi. Sooo confusing! Tak macam audio guide Alhambra, Alhambra punya memang best 😊
Ticket masuk Mezquita : EUR 11. Boleh refer sini.
Audio guide : EUR 4
Selepas visit Mezquita, kami berjalan-jalan di
kawasan sekitar mencari shopping street! Hehe..
Portion memang sangat banyak! Makanlah, rezeki
depan mata 😊
Berjalan ke Primark, berpandukan google map. Ada juga yang riadah jogging petang. Best kot, jogging sejuk-sejuk ni 😊
Kat tepi jalan pun banyak pokok oren 😊
Yay!
Memang kami tak visit banyak tempat di Cordoba,
hanya Roman Bridge dan Mezquita. Masa selebihnya kami spend untuk jalan-jalan
di sekitar Cordoba ni.
Esoknya, pagi-pagi lagi kami check-out dan naik teksi ke train station untuk ke Seville 😊
You guys pernah visit Cordoba dan korang pergi
mana je kat sini? Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu :)
Boleh baca: Travelog Alhambra: Palace of Carlos V. dan Nasrid Palaces
Baca juga: Travelog Cordoba : Roman Bridge
0 Comments
Terima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.