End January, 2020.
Day 1 di Cordoba
Dari Granada, kami naik bas 3pm ke Cordoba.
Dari bus station Cordoba, kami naik teksi ke hotel dan masa tu memang dah lewat
petang dah.
Since memang main point kami ke Cordoba untuk
visit Mezquita-Cathedral de Cordoba, kami pilih hotel yang literally in front of
Mezquita. Keluar je hotel sudah sampai, tak sampai 5 langkah pun dah sampai
pintu masuk Mezquita tu 😛
Lepas
checked-in dan rehat sebentar, kami keluar tengok sunset dari Roman Bridge.
Roman Bridge ni pun walking distance je, tak sempat berpeluh pun.
Tak banyak untuk dilihat pun..hehe..lepas lepak duduk-duduk kejap, kami cari restoran untuk dinner. Kelaparan, last lunch makan kebab masa kat Granada tengahari tadi je.
Kami pilih Halal Moroccan food. Cantik restoran ni,
konsep dalam taman. Rasanya kat Spain ni memang konsepnya dalam taman 😊 Rumah, restoran, hotel pun ada konsep
taman..hehe
Dinner ni total EUR 29, maaf tak ingat dah nama restoran ni tapi dekat je dengan Mezquita. Restoran ambients OK, tenang je. Oh, kami ada pengalaman yang lucu. Waitress kat situ tegur mata my sis cantik, padahal contact lens je kottt 😜 bila kata pakai lens, tak percaya pulak tu..haha..
Bukan kat sini je tau, masa di Hard Rock Seville pun staff kat situ tegur benda yang sama "mata cantik". Agaknya kelas customer service kat Spain ajar small talks with customer cakap pasal mata kot..hehe..pandailah dia ambil hati customer 😝😝
Sebab kami dinner dengan gembira, dan berjalan
balik ke hotel dengan gembira 😊
Esok nak ke Mezquita pagi-pagi, pintu bukak je kami nak terus pergi. Maklumlah, depan hotel je 😁
You guys pernah visit Cordoba dan korang pergi
mana je kat sini? Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca:
Travelog Alhambra: Palace of Carlos V. dan Nasrid
Palaces
Baca juga: Travelog Cordoba : Mezquita-Cathedral
& sekitar Cordoba
2 Comments
bestnya..hotel dekat sgt dgn Mezquita-Cathedral..
ReplyDeletedekat sangat..bebetul depan pintu masuk :P
DeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.