End January, 2020.
Day 1 di Seville, Spain
Kami di Seville tak lama. Cuma satu malam
sahaja. Sampai Seville dari Cordoba by train, dah around noon masa tu. Stay
satu malam dan kena gerak ke airport around noon juga untuk ke Marrakesh,
Morocco.
Jadinya, masa first day kami cover Real Alcazar,
late lunch di BBQ House, rasa Spanish Churros, dan jalan-jalan pusing-pusing je.
Daripada Real Alcazar, kami berjalan mencari late lunch. Kami memang dah plan nak lunch di BBQ House, Halal Restaurant di Seville ni. Jadi, dah senang sebab memang dah tahu arah tujuan 😊
Salah satu sebab saya suka Seville – bangunan yang
sangat cantik dan colorful. Rambang mata nak ambil gambar buildings sini 😍
Akhirnyaaaaaa,
berjalan dengan perut kelaparan..kami tiba di BBQ House Restaurante.
Total : EUR 40
Satu lagi makanan yang perlu cuba di Spain ini
selain Paella, adalah Churros. Spanish Churros ni lain dengan Churros yang
kita biasa makan tu. Spanish Churros ni macam Char koi pun ada..haha
Cozy café ni. Interior pun cantik. Tapi, ramai
orang. Jadi, kami tak lepak lama di sini. Lagipun, dah lewat malam. Nak berjalan
balik ke hotel lagi 😁
Jalan balik ke hotel, kami singgah Hard Rock Shop.
Hard Rock Shop ni dekat dengan Real Alcazar sebenarnya tapi waktu siang tadi
tak nampak pula. Malam waktu balik, baru perasan. Rezeki, dapat lah belikan
t-shirt kiriman orang. Dengan diri sendiri sekali tergoda, beli jugakkkk T-shirt 😂😂
Rasa safe tak berjalan malam?
Alhamdulillah, rasa OK je. Lampu jalan pun
terang je, lagipun laluan balik ke hotel lalu Plaza Espana. Jadi, memang terang
benderang. Kami tak singgah malam tu sebab penat kot..haha
Esok, pagi-pagi kita singgah Plaza Espana sebelum ke airport 😊
You guys pernah visit Seville dan korang pergi
mana je kat sini? Bolehlah share experience korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca: Travelog Alhambra: Palace of Carlos V. dan Nasrid Palaces
Baca juga: Travelog Cordoba : Mezquita-Cathedral & sekitar Cordoba
Baca juga: Travelog Seville : Real Alcazar de Seville
Baca juga: Travelog Seville : Plaza Espana
2 Comments
The biggest splurge on meal ever!! Mujur masa planning jumpa pasal BBQ House ni, eventhough location dia out of the way from main attraction...tapi berbaloi la jalan jauh dpt makan sedap & kenyang (penting untuk sambung jalan & shopping!!)
ReplyDeleteKan...memang berbaloi-baloi makan kat BBQ House ni..dah dekat dengan shopping street pulak tu, haruslah sambung shopping! :P
DeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.