Saya
pasti ramai yang berazam untuk kurangkan berat badan semasa bulan puasa, kan? 😊 haha..nampak senang sebab kita tidak
makan siang, tetapi tidak semua yang berjaya untuk capai berat idaman sebelum
raya..hehe..Perubahan pola pemakanan semasa puasa adalah salah satu faktor
kerana kita kurang makan pada waktu siang, dan akan craving macam-macam semasa
berbuka puasa 😁
Mari
saya kongsikan tips dan menu diet semasa berbuka.
Kawal pengambilan kalori
Kita
boleh mengawal pengambilan kalori dengan lebihkan pengambilan hidangan yang tinggi
serat seperti sayur-sayuran, dan buah-buahan. Kurma juga merupakan sumber serat
yang hebat. Makanan tinggi serat juga dapat membuat perut rasa cepat kenyang.
Di
antara contoh makanan dan jumlah kalori:
Kalori yang
diambil perlulah diproses dan digunakan (penggunaan tenaga untuk aktiviti
harian) supaya tidak terkumpul menjadi lemak. Jadi, lebih baiklah berpada-pada
dalam pengambilan kalori semasa berbuka 😊
Kurangkan makanan dan minuman manis, tinggi gula
Juadah berbuka
puasa seperti kuih-muih manis di bazar Ramadhan mengandungi kandungan gula yang tinggi.
Begitu juga minuman manis yang lazimnya diambil semasa berbuka puasa.
Untuk memastikan
berat badan tidak bertambah semasa bulan puasa, elok untuk kita kurangkan
pengambilan makanan dan minuman yang manis ini. Nak makan boleh, tidak salah.
Tapi, perlu hadkan pengambilannya ye 😊
Minum air yang secukupnya
Pengambilan
air yang mencukupi seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah
sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Air yang cukup sangat penting untuk
elakkan badan kita terhidrasi. Ini kerana air dapat bantu kawal kadar gula
dalam darah kita dan juga oksigen yang bantu kita rasa bertenaga dan tidak
mudah rasa letih. Bila kurang rasa letih, kuranglah nak makan berlebihan semasa
berbuka 😊
Cadangan KKM untuk cukupkan 8 gelas sehari macam ni:
- 1 gelas selepas bangun sahur
- 1 gelas selepas sahur
- 1 gelas selepas azan maghrib
- 1 gelas selepas solat maghrib
- 1 gelas selepas makan
- 1 gelas selepas solat Isyak
- 1 gelas selepas solat Terawikh
- 1 gelas sebelum tidur
Contoh menu berbuka puasa (Sumber: Pusat Maklumat Pemakanan (PMP) Johor Bahru)
Selepas azan Maghrib
- 3 biji kurma
- ½ cawan jus buah-buahan
- 1 mangkuk kecil sup sayur
- 2 ketul kuih
Selepas solat Maghrib
- 1 ½ cawan nasi
- 1 cawan kangkung goreng
- 1 ketul ayam masak kicap
- 1 biji epal
- 1 gelas atau lebih air kosong
Selepas solat Isyak dan Tarawikh
- 1 cawan bubur kacang
- 1 gelas atau lebih air kosong
Hilangkan dahaga setelah seharian berpuasa dengan Performance Drink Shaklee
Performance
Drink Shaklee ini istimewa dengan proprietary OPTI-LYTE campuran
elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera
dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum. Ia mempunyai kedua-dua
gula ringkas dan kompleks berbanding kebanyakan minuman hidrasi / isotonik di
pasaran yang mengandungi hanya gula ringkas di mana ianya terlalu manis dan
memberikan kalori tambahan.
Lengkap dengan 6 jenis elektrolit:
1. Magnesium
2. Kalsium
3. Kalium
4. Fosforus
5. Klorida
6. Natrium
Lagipun,
Performance Drink ini tiada tambahan perasa, pemanis, pengawet dan pewarna
tiruan. Memang lega lah anak tekak ni bila minum masa berbuka nanti! 😊
Berminat dengan Performance Drink?
Performance Drink ini boleh dibeli dengan dua cara:
Anda boleh layari Shaklee website https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1441796 untuk terus beli di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun
Whatsapp saya di https://www.wasap.my/60166203735/PerformanceDrink dan saya akan bantu belikan untuk anda. Hassle free 😊
Hubungi
saya: _cikEdahyu
Whatsapp:
016-6203735 Klik sini
Page
FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock
(vitaminayu)
Your
certified Shaklee Product Consultant
COD
Klang
Pengeposan
ke seluruh Malaysia
Enjoy!
_cikEdahyu :)
Nak tahu macam mana untuk dapatkan diskaun 20% Shaklee? Tekan sini
Boleh baca : 5 Tanda Anda Dehidrasi: Tidak Cukup Air
Tips Dan Idea Mendidik Anak-Anak Berpuasa Untuk Kali Pertama
Tips Minum Air Yang Cukup Semasa Puasa
Testimoni ESP Untuk Kurangkan Gastrik
24 Comments
Tips yang menarik untuk dipraktikkan. Tak sabar nak puasa. Kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah, moga ada rezeki kita sambut puasa :)
DeleteNice tips! :)
ReplyDeleteThanks! Glad it helps :)
Deleteinsya allah akan cuba praktikkan sempena ramadan tak lama lg ;-)
ReplyDeleteInsyaAllah :)
Deleteterima kasih atas perkongsian penuh bermakna ni. pernah tahu, tapi terlupa.. apa pun peringatan ini boleh refresh balik. terima kasih.
ReplyDeleteHehe..terima kasih, sudi singgah :)
DeleteBagus juga ada pembahagian minum air untuk puasa.
ReplyDeletehaah, kan..at least kita boleh beringat nak minum air kosong..hehe
Deletezelamat menyambut ramadhan.. 😅
ReplyDeleteSalam Ramadhan juga :) Tak lama je lagi ni
DeleteLagi seminggu nak sambut Ramadhan 🌹🌹
ReplyDeleteInsyaAllah, salam Ramadhan :)
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Minum air secukupnya tu penting :)
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteCikbunga dtg sini lagi🌹🌹
ReplyDeletehaiiiii!
Deletesyukran for sharing..
ReplyDeleteThanks! :)
DeleteAlhamdulillah. Baik perkongsian ini.
ReplyDeleteTerima kasih :)
Deleteboleh try tips ni nty :)
ReplyDeleteSelamat mencuba! Salam Ramadhan :)
DeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.