Tips dan menu diet berbuka puasa

Tips dan menu diet berbuka puasa

Saya pasti ramai yang berazam untuk kurangkan berat badan semasa bulan puasa, kan? 😊 haha..nampak senang sebab kita tidak makan siang, tetapi tidak semua yang berjaya untuk capai berat idaman sebelum raya..hehe..Perubahan pola pemakanan semasa puasa adalah salah satu faktor kerana kita kurang makan pada waktu siang, dan akan craving macam-macam semasa berbuka puasa 😁

Mari saya kongsikan tips dan menu diet semasa berbuka.

Kawal pengambilan kalori

Kita boleh mengawal pengambilan kalori dengan lebihkan pengambilan hidangan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran, dan buah-buahan. Kurma juga merupakan sumber serat yang hebat. Makanan tinggi serat juga dapat membuat perut rasa cepat kenyang.

Di antara contoh makanan dan jumlah kalori:

Nasi berianiNasi beriani :830 kcal

Kuetiau gorengKuetiau goreng : 670 kcal

Nasi tomatoNasi tomato : 600 kcal

Kalori yang diambil perlulah diproses dan digunakan (penggunaan tenaga untuk aktiviti harian) supaya tidak terkumpul menjadi lemak. Jadi, lebih baiklah berpada-pada dalam pengambilan kalori semasa berbuka 😊

Kurangkan makanan dan minuman manis, tinggi gula

Juadah berbuka puasa seperti kuih-muih manis di bazar Ramadhan mengandungi kandungan gula yang tinggi. Begitu juga minuman manis yang lazimnya diambil semasa berbuka puasa.

Untuk memastikan berat badan tidak bertambah semasa bulan puasa, elok untuk kita kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis ini. Nak makan boleh, tidak salah. Tapi, perlu hadkan pengambilannya ye 😊

Minum air yang secukupnya

Pengambilan air yang mencukupi seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Air yang cukup sangat penting untuk elakkan badan kita terhidrasi. Ini kerana air dapat bantu kawal kadar gula dalam darah kita dan juga oksigen yang bantu kita rasa bertenaga dan tidak mudah rasa letih. Bila kurang rasa letih, kuranglah nak makan berlebihan semasa berbuka 😊

Tips Minum Air yang Cukup semasa Puasa

Cadangan KKM untuk cukupkan 8 gelas sehari macam ni:

  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas sahur
  • 1 gelas selepas azan maghrib
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawikh
  • 1 gelas sebelum tidur

Contoh menu berbuka puasa (Sumber: Pusat Maklumat Pemakanan (PMP) Johor Bahru)

Selepas azan Maghrib

  • 3 biji kurma
  • ½ cawan jus buah-buahan
  • 1 mangkuk kecil sup sayur
  • 2 ketul kuih

Selepas solat Maghrib

  • 1 ½ cawan nasi
  • 1 cawan kangkung goreng
  • 1 ketul ayam masak kicap
  • 1 biji epal
  • 1 gelas atau lebih air kosong

Selepas solat Isyak dan Tarawikh

  • 1 cawan bubur kacang
  • 1 gelas atau lebih air kosong

Hilangkan dahaga setelah seharian berpuasa dengan Performance Drink Shaklee

Performance Drink Shaklee

Performance Drink Shaklee ini istimewa dengan proprietary OPTI-LYTE campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum. Ia mempunyai kedua-dua gula ringkas dan kompleks berbanding kebanyakan minuman hidrasi / isotonik di pasaran yang mengandungi hanya gula ringkas di mana ianya terlalu manis dan memberikan kalori tambahan.

Lengkap dengan 6 jenis elektrolit:

1. Magnesium

2. Kalsium

3. Kalium

4. Fosforus

5. Klorida

6. Natrium

Lagipun, Performance Drink ini tiada tambahan perasa, pemanis, pengawet dan pewarna tiruan. Memang lega lah anak tekak ni bila minum masa berbuka nanti! 😊

Performance Drink Shaklee

Berminat dengan Performance Drink? 

Performance Drink ini boleh dibeli dengan dua cara:

Anda boleh layari Shaklee website https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1441796  untuk terus beli di sana dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Ataupun

Whatsapp saya di https://www.wasap.my/60166203735/PerformanceDrink dan saya akan bantu belikan untuk anda. Hassle free 😊

Hubungi saya: _cikEdahyu

Whatsapp: 016-6203735 Klik sini

Page FB: Pengedar Shaklee Klang Readystock (vitaminayu)

Your certified Shaklee Product Consultant

COD Klang

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Enjoy!

_cikEdahyu :)

Nak tahu macam mana untuk dapatkan diskaun 20% Shaklee? Tekan sini

Diskaun Shaklee

Boleh baca : 5 Tanda Anda Dehidrasi: Tidak Cukup Air

Tips Dan Idea Mendidik Anak-Anak Berpuasa Untuk Kali Pertama

Tips Minum Air Yang Cukup Semasa Puasa

Tips Kurus Bulan Puasa



Testimoni ESP Untuk Kurangkan Gastrik


Post a Comment

24 Comments

  1. Tips yang menarik untuk dipraktikkan. Tak sabar nak puasa. Kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, moga ada rezeki kita sambut puasa :)

      Delete
  2. insya allah akan cuba praktikkan sempena ramadan tak lama lg ;-)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian penuh bermakna ni. pernah tahu, tapi terlupa.. apa pun peringatan ini boleh refresh balik. terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Bagus juga ada pembahagian minum air untuk puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, kan..at least kita boleh beringat nak minum air kosong..hehe

      Delete
  5. zelamat menyambut ramadhan.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan juga :) Tak lama je lagi ni

      Delete
  6. Lagi seminggu nak sambut Ramadhan 🌹🌹

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian. Minum air secukupnya tu penting :)

    ReplyDelete
  8. Cikbunga dtg sini lagi🌹🌹

    ReplyDelete
  9. syukran for sharing..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Baik perkongsian ini.

    ReplyDelete
  11. boleh try tips ni nty :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)



Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.