Travelog
Langkawi: Kerisik Restaurant, Laman Padi// Lama rasanya tak
ke Langkawi, jadi bila ada kesempatan boleh rentas negeri ni kami ambil peluang
melancong ke Langkawi. Maklumlah, support local dan cuti-cuti Malaysia,
kan 😎
Laman Padi ini
terletak di Cenang, kebetulan memang dekat je dengan hotel yang kami duduk, memang
walking distance. Jadi, kami berjalan kaki je ke Laman Padi ni.
Kami sampai
dalam pukul 6.30pm dengan harapan nak makan di pondok-pondok tepi sawah, tapi
penuh sebab ada reservation pula. Jadinya, kami pilih duduk dalam restoran,
tapi masih dapat tepi sawah 😊
Dapat meja
hujung sekali. Kira kalau ketepi je sikit, memang ada potensi jatuh dalam sawah 😁 Nak sangat kannnn…haha
Kerisik Restaurant ni serve makanan dalam dulang ikut pilihan Set Nasi. Ada Nasi Set Tuba, Nasi Set Padang Lalang, Nasi Set Sunda dan Nasi Set Kedawang. Klasik kan, nama set dia 😍 Selain itu, ada juga makanan ala-carte 😊
Kami pilih Nasi
Set Kedawang. Ada nasi putih, kambing bakar, udang, sotong, ulam-ulaman dan
sambal belacan. Set untuk 2 orang, RM48. Just nice la untuk makan 2 orang 😊 feeling-feeling tepi sawah.
Portion nasi dan lauknya just nice, cukup untuk kami. Saya paling suka lauk sotong telur masin dan yang paling rare, saya boleh habiskan sambal belacan dan ulaman dia..hehe..sebelum ni agak kurang gemar sambal belacan sebab selalunya pedas sangat. Tapi, sambal belacan yang ni walaupun pedas, nak terus menyuap juga 😉
Vibes restoran
pun best, rasa tenang je 😊 Waktu malam, sawah tu berwarna-warni. Sekejap
hijau…sekejap purple 😍
Recommended 👍
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca: Travelog Langkawi: Tempat Menarik di Langkawi
Travelog Langkawi: Pengalaman Menginap di Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi
5 Comments
Nikmatnya makan tepi sawah, indah permai, nampak tenang, pernah lalu je belum pernah singgah. Kena buat reservation ye untuk pondok-pondok tu, thanks for info.
ReplyDeleteSaya pun sebelum ni lalu je Laman Padi ni. Ini baru kali pertama cuba makan di restoran ni..hehe..memang feels tepi sawah betul! :)
ReplyDeleteHaah tengok tidak banyak sangat. Secukupnya lauk. Sedap sangat itu.
ReplyDeletecantiknya tempat..best! x pernah sampai langkawi lagi...antara yg dlm list jugak ni
ReplyDeletecantiknya view di restoran tu, siap ada sawah padi lagi... menu semua pun nampak mengiurkan betul
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.