14 Oktober 2021,
Boarding to Langkawi.
Dari rumah kami di
Klang, selalunya kami akan naik Aerobus untuk ke KLIA. Tapi memandangkan
perkhidmatan Aerobus belum bermula sejak PKP ni, jadi kami pilih untuk pandu
kereta ke KLIA dan parking di Long Term Car Park (LTCP), KLIA.
Mudah juga parking di LTCP
ni sebab ada feeder bus percuma disediakan untuk ke KLIA dan KLIA2. Lagipun,
LTCP ada buat promosi parking. Jadi, murah lah sikit nak parking situ 😊.
Sampai
di KLIA pun,
mudah saja urusannya. Cuma perlu pastikan bateri handphone secukupnya sebab
banyak point kena check-in MySejahtera dan tunjuk vaccination certificate.
Selain dari tu, urusan check-in luggage laju saja.
Kami di Langkawi 4 hari 3 malam sebenarnya, tapi stay di Pelangi ni 2 malam saja sebab malam last tu weekend. Pelangi sudah fully booked 😅. Bukan main ramai lagi yeee yang datang Langkawi..hehe 😃😋
Urusan check-in mudah. Kita hanya perlu duduk menunggu di lobi saja sambil minum welcome drink. Urusan check-in diuruskan staff Pelangi, jadi kita tidak perlu beratur panjang macam sesetengah hotel.
Kami dapat bilik yang berhampiran dengan lobi. Boleh berjalan kaki saja. Restaurant dan pool pun dekat. Yay!
Bilik pun agak luas
untuk 2 orang. Lupa pulak nak ambil gambar view penuh bilik ni. Ada sikit-sikit
je 😂 Bagi saya bilik ni nampak luas sebab wardrobe dia semua dalam bilik air.
Jadi, ruangan katil dan sofa jadi luas.
Pelangi ni best sebab kawasan dia besar dan ada direct access to the beach, memang cantik 😍
Ada banyak kerusi rehat di tepi pantai. Banyak je kerusi rehat ni, jadi InsyaAllah tak berebut
Memang layanlah
jalan-jalan petang dengan pokok tinggi-tinggi tuuuu 😀 Weather pun cantik just
nice, Alhamdulillah.
Pelangi Beach Resort
& Spa Langkawi ni ada dua pool. Di bahagian depan lobi (memang masuk je
terus nampak) ada kolam renang dewasa dan kanak-kanak. Satu lagi kolam renang
jauh sedikit ke dalam, namanya cascade pool. Pool pun besar, jadi tak
crowded..hehe
Overall, kami enjoy
staying di Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi ini.
InsyaAllah, ada rezeki boleh datang lagi. Recommended 👍
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca:
Travelog Langkawi: Tempat Menarik di Langkawi
1 Comments
Bestnya, dari check in dilayan baik, semua cantik dari khabar dan rupa, pantai pun privacy, thanks for sharing, rasa relaks ja..
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.