10 Tempat Menarik di Langkawi// Sejak kerajaan announce travel bubble di Pulau Langkawi, mesti ramai yang sudah mula plan hendak bercuti kan? Sama la kita, kebetulan hotel dan tiket flight tahun lepas ada lagi belum diguna. Cuma setakat ni tak tahu lagi bila tarikh nak perginya 😊
Langkawi ni,
pergi banyak kali pun tak jemu rasanya. Kali terakhir kami ke Langkawi pada
bulan Januari 2020, sebelum Covid-19 ni berleluasa. Jom kita tengok mana tempat
menarik yang wajib dilawati di Langkawi.
Dataran Lang
Dataran Lang
(Dataran Helang) terletak berhampiran Jeti Kuah merupakan mercu tanda Langkawi.
Maksudnya, wajib singgah sini untuk ambil gambar 😊 Kita
boleh parking kereta di jeti dan berjalan saja ke Dataran Lang.
Oh, jangan lupa
makan aiskrim roti sambil menikmati pemandangan laut di Dataran Lang ni tau! 😊
Lokasi: Persiaran Putera Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi:
24 Jam
Kota Mahsuri dan Makam Mahsuri
Pulau Langkawi
memang sinonim dengan lagenda Mahsuri. Menurut sejarah, Mahsuri telah difitnah
dan dihukum bunuh. Semasa menerima hukuman tersebut, Mahsuri telah bersumpah
“Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan”.
Makam Mahsuri dipercayai merupakan tempat di mana Mahsuri dimakamkan dan terletak di dalam
kawasan kompleks Kota Mahsuri.
Kini, Kota
Mahsuri dilengkapi dengan muzium, teater tradisional dan rumah Kedah yang
dikatakan dibina atas bekas tapak rumah Mahsuri. Di sini juga terdapat sebuah
perigi, yang digelar perigi Mahsuri.
Lokasi: Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 9
pagi – 5 petang
Laman Padi
Tempat menarik
untuk bergambar dan ber-OOTD!
Lokasi: Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 9
pagi – 5 petang
Oriental
Village Langkawi
Oriental Village
ni bukan sekadar tempat naik cable car sahaja. Bagi yang tak mahu naik cable
car, boleh berjalan-jalan di Oriental Village ni. Ada bangunan-bangunan yang
menarik, cenderamata dan restoran, seronok juga untuk berjalan-jalan.
Lokasi: Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi:
10 pagi – 6 petang
Langkawi Cable Car dan Sky Bridge
Langkawi Cable
Car (juga dikenali sebagai Langkawi SkyCab) terletak di Oriental Village. Cable
car sepanjang 2.2km ini mengambil masa selama 15 minit untuk ke stesen yang teratas. Bagi yang gayat dengan ketinggian, bolehlah mencabar diri naik cable
car ni..hehe
Bila sudah naik
cable car, haruslah ke Sky Bridge juga kan 😊 Untuk
ke Sky Bridge, kita perlu naik SkyGlide dari stesen teratas cable car.
Marina Harbour Langkawi
Dalam perjalanan
ke Oriental Village, bolehlah berhenti sekejap di Marina Harbour untuk ambil
gambar dengan bot-bot mewah di sini.
Lokasi: Telaga
Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi:
24 jam
Pulau Beras Basah
Cara paling
senang hendak ke Pulau Beras Basah ialah dengan join Island Hopping tour. Biasanya,
kita akan diberi masa dalam 1 jam di sini, sebelum bot datang untuk ambil kita
semula. Bolehlah bawa makanan simple-simple untuk berkelah di tepi pantai.
Sewa satu bot untuk island hopping
Jangan lupa pakai sunscreen sebab Langkawi memang panas lit lit. Vitamin C bagus juga untuk kulit 😀
Tasik Dayang Bunting
Island hopping
tour juga akan singgah di Tasik Dayang Bunting. Kita perlu hiking sikit untuk
sampai ke tasik ni tapi jangan risau, tak jauh dan tak susah pun hiking ni.
Yang penting, sorok semua makanan sebab banyak monyet menunggu untuk serbu..huhu
Pemandu bot
banyak kali pesan jangan lambat sebab ramai yang seronok bermain kat sini
sampai terlambat balik ke bot..haha..Selain mandi tasik, kita boleh main kayak
dan kayuh angsa kat sini. Jadi, perlu bawa duit lebih untuk entrance fee, juga
sewa safety jacket.
Nusantara Gamat
Sebut Langkawi
mesti ingat minyak gamat, kan. Kalau luka-luka, minyak gamat biasanya akan dicari
dulu. Bolehlah singgah Nusantara Gamat untuk beli minyak gamat dan menariknya juga, kita
boleh tengok macam mana minyak gamat dihasilkan di sini.
Lokasi: Nusantara
Maju Enterprise, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 8.30
pagi – 5.30 petang
Idaman Suri dan Kompleks Haji Ismail Group
Tak lengkap nak
kemas beg kalau tak beli coklat dan pinggan mangkuk di Langkawi kan? 😄 Antara
tempat yang terkenal untuk shopping coklat dan pinggan mangkuk adalah Idaman
Suri dan Haji Ismail Group.
Lokasi: Idaman
Suri, No 1, Taman Seri Berlian, 07000 Kuah, Kedah
Waktu Operasi: 10
pagi – 8 malam
Lokasi: Jalan Pandak Mayah, Pusat Bandar Kuah, 07000
Kuah, Kedah
Waktu Operasi: 9
pagi – 9 malam
Memang banyak
lagi tempat-tempat menarik di Langkawi yang boleh dilawati tapi ini saya
senaraikan tempat-tempat yang saya kira tak lengkap kalau tak singgah bila dah
sampai Langkawi.
Ada tempat lain
yang korang rasa wajib singgah kalau ke Langkawi? Bolehlah share experience
korang di ruang komen! 😊
Enjoy!
_cikEdahyu
Boleh baca: Travelog: Pulau Rawa, Johor
Travelog: Pulau Pangkor, Perak
Travelog Langkawi: Kerisik Restaurant, Laman Padi
Travelog
Langkawi: Pengalaman Menginap di Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi
10 Comments
takde experience untuk dishare sebab ammi belum pernah jejak kaki ke langkawi.
ReplyDeleteMudah-mudahan kita dapatlah jejak kaki ke Langkawi tak lama lagi :P
Deletealahai bestnya langkawi. teringat lagi mama terpaksa cancel percutian ke langkawi sebab covid. mujur dpt refund airasia
ReplyDeleteMujur dapat refund :) Kena buat plan barulah nampaknya ni..hehe
DeleteWah banyak tempat belum terokai lagi, terima kasih berkongsi di sini, menarik gambar-gambarnya, rasa nak terjah je
ReplyDeleteBanyakkk sangat tempat cantik kat Langkawi tu..bila nak terjah tuuuu? hehehe
DeleteNegara kita memang tidak kurang tempat menarik untuk dilawati. Saya belum sampai ke Langkawi.
ReplyDeleteBetul tu, banyak sangat tempat cantik-cantik kat Malaysia ni. Tinggal nak explore je :)
DeleteSaya doakan kak Amie dapat melancong ke Langkawi nanti ye, Aaminn.
Cikbunga lum jejak kaki lagi kat sini👆
ReplyDeleteLama tak ke Langkawi, last entah bila …lupa. Mmg lama sungguhlah kalau mcm tu hihi… Sure sekarang dah banyak yang lain. Cantik cantik gambo Edah
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda :)
Disclaimer
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog ini adalah untuk rujukan umum semata.